November 4, 2012

you might be surprised (:

In the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful. ASSALAMUALAIKUM :)) 

That blissful moment when someone hugs u & whispers in ur ear "It's fine. It's fine. Don't worry, everything is going to be okay. I promise"-Aisyah Syakirah-


#1
Semalam entah kenapa penat sangat rasa mata ni sampai tertidur bersama nota biologi dan buku 'La Tahzan GADISKU'. Alarm dah set, tapi mata berat je nak bangun. tiba-tiba datang A ketuk pintu bilik, 'Hajar, ni N datang' . masa tu pun masih malas nak bangun-.- dan, datanglah N duduk sebelah katil. 'Hajar, aku ada sesuatu untuk kau. nahh :))' 

daripada malas malas nak bangun, konon tak larat, penat, terus segar bugar. senyum lebar dengan mata bersinar sinar walaupun baru bangun tidur :D


#2 
sudahlah assignment masih banyak yg tak sempat disiapkan, ditambah pula dengan masalah dengan si K ni. maka bermurunglah si M ni memikirkan masalah masalah membelengu dirinya. 

sedang M sibuk membelek buku mencari isi untuk melaksanakan assignment, tiba tiba M ternampak ada kertas terselit. "awak yg comel, u can count on me like 1 2 3 i'll be there. la tahzan. buruk muka tu kalau masam. cuba senyummmmmm ayuu sangat <3 p="p">

#3
penat petang tadi berjalan mencari barang untuk projek Biologi masih tak hilang. usai solat maghrib, J duduk di birai katil. tiba tiba fon berkelip. "1 message received". -awak, nak datang rumah boleh?- sender: F. dan F datang dan menghulurkan sebiji gula gula dan sticky note ''this sweet is special for a sweet girl like you". 

agak agak apa reaksi J ? dah lah si F sudi datang rumah, dihulur pulak sticky note yg comel macam tu. bohong sangat kalau tiada rasa gembira kan? 

okayy. nampak tak betapa gembiranya hati manusia ni bila ada surprise dari seseorang? dalam perhubungan, kita digalakkan saling bertukar hadiah. tak perlu yg mahal, yg besar. sebiji gula 5sen pun sudah cukup kalau kita titipkan dengan keikhlasan dan kasih sayang. percayalah, kalau ada kasih sayang dan keikhlasan, sebiji dula 5 sen tu pun boleh buat seseorang tersenyum lebar tau :D

Hadiah tu kan pengikat kasih sayang. bukan nak kata kalau tak bagi hadiah tanda tak sayang, tapi kan bertambah manis perhubungan tu kalau saling menghargai. Betul tak? 

Sabda Nabi SAW:
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang."



kadang kadang nota nota comel yang kawan kawan kirimkan pun dah cukup buat hati ni rasa gembira. lagi lagi kalau dapat tampal dekat dinding, setiap pagi tengok, terasa bersemangat. pagi pagi dah tersenyum lebar :)) kata-kata yg terlontar dari mulut kita pun boleh menggembirakan hati kawan. contohlah, "J, aku sayangg kau sangat kerana Allah". kalaulah ada kawan kita cakap macam ni, mesti ada terlintas kat hati, 'eh, J sayang aku lahh. Ya Allah, seronoknya rasa ada kawan yg menyayangi kita.' 

bila adanya rasa kasih sayang dalam ikatan persahabatan, mesti kita akan rasa dihargai. rasa seronok sangat berdamping dengan dia. lagi lagi kalau ikatan itu sentiasa disulami dengan ingatan kepada yg Maha Penyayang. Yang meminjamkan rasa sayang tu pada kita. sungguh, Allah tak akan biarkan hambanya bersedih. Dia akan pinjamkan rasa sayang itu kepada seseorang untuk disampaikan kepada kita. 

so, selagi diri masih mampu memberi sesuatu, berilah. tak rugi pun. Allah pun sayang kita kalau kita buat orang lain gembira. 



dan hadiah dari Allah yg sangat istimewa ialah ALQURAN. bila hati sunyi, sedih, gembira, bila bila saja ada ayat ayat 'sweet' dari ALLAH. ALLAHHURABBI. 

kadang kadang text yg pendek "awak yg comel, i love you for the sake of Allah. take care my dear" tu pun dah buat hati kita tersenyum. so, mulai sekarang, selitkan dalam hati, 'tak salah kalau buat dia happy. bagilah apa yg kita termampu' :)) kan rasa sayang tu Allah pinjamkan untuk kita. kalau kita manfaatkan SAYANG tu untuk orang lain yg layak, laaggii Allah suka. inshaa Allah bertambah tambah nanti rasa sayang Allah pada kita . 


Disetiap kegelapan pasti ada setitik terang. 
Disetiap doa mesti ada jawapan. 
Disetiap kesusahan ada kemudahan.
Disetiap pertemuan ada perpisahan.
Disetiap ketidakmungkinan selalu ada keajaiban. 
maka bertahanlah dan bersabarlah :)

November 3, 2012

Syukur Alhamdulillah

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful. Assalamualaikum :)) Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita menghirup oxygen untuk badan kita berfungsi, jantung kita masih boleh mengepam darah keseluruh tubuh, jari kita masih boleh bergerak untuk melaksanakan rutin harian kita. ALHAMDULILLAH.

kadang kadang kita lupa nak ucap 'terima kasih' pada Maha Pencipta kita. padahal, macam macam yang dia dah kurniakan untuk hambaNya yg dikasihi. tapi, still He gives us chance, more and more. Ya Rabb, sungguh , MAHA PEMURAH kan ? 

kita selalu terlupa untuk bersyukur dengan nikmatNya. malah terus terusan merungut dan membandingkan diri dengan orang lain. pernah tak kita terfikir, ramai lagi orang yg kurang bernasib baik kalau nak dibanding dengan kita. kita ada kasut. elok je lagi, tapi sebab dah guna lama sangat, kita merungut nak beli kasut baru. padahal ada orang kasut dia dah haus dah, siap air boleh masuk lagi. ada orang kasut dia setakat nak alas kaki je. dan ada orang yg tak boleh berjalan pun. ada juga orang yg tak pernah berpeluang untuk berjalan sejak lahir lagi. tapi still bersyukur. 

BERSYUKURLAH. sesungguhnya dalam ayat Quran pun ada menerangkan , 

Dan ingatlah juga tatkala Tuhan-mu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih””. (Ibrahim; 14 : 7)

Ya Allah tolonglah kami untuk selalu ingat kepada Mu, untuk selalu bersyukur kepada Mu, dan untuk selalu memperbaiki ibadat kepada Mu.



in sha Allah. dan, hari ni teringin rasanya nak tekankan pasal bersyukur dengan orang sekeliling. sepanjang kita hidup, macam macam orang yg kita jumpa. Ada yg sangat baik yg buatkan kita takut dan tak nak kehilangannya. ada juga yg sebaliknya. tapi, perancangan Allah tu indah dan sangat baik. bila kita jumpa orang yg baik, kita boleh jadikan mereka sebagai contoh. tapi, kalau sebaliknya? bukan saya kata tak baik, tapi belum cukup. mungkin, Allah nak bagi kita peluang bimbing mereka, ajak mereka ke arah kebaikan macam orang yg baik tu bimbing kita. betul tak? paling tak pun, kita boleh ambil pengajaran daripada mereka . 

dan dalam setiap doa, titipkan lah kesyukuran kita pada ALLAH kerana dipertemukan dengan orang orang yg kita jumpa setiap hari. Mungkin ada hikmah disebalik setiap pertemuan dan perpisahan itu kan? who knows? 

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.-



 Ya Allah, sungguh aku bersyukur dapat belajar di Taylors. kerana di sini lah kau pertemukan aku dengan seorang hambaMu yang sangat baik. NURUL NADIA  binti OMAR. seronok sangat dapat kenal awak, nadia. you taught me how to be patient. sungguh banyak sangat yg kita belajar dari nadia. yg paling penting, you bring me closer to HIM. biarlah ukhuwah kita ni berkekalan hingga ke syurganya. inshaa allah. 

UHIBUKIFILLAH ya sohabati. Te quiero mucho :)  gracias for always be my 'sticky notes' ada je benda yg nak diingatkan bila jumpa kann ? 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (HR Abu Daud dan Tirmizi)


dann, awak ajar kita cara nak buat 'BISKUT COKLAT' juga. HHA :P


"kalau hebat seseorang itu waktu jahilnya, hebatlah juga dia waktu islamnya" 

"Ilahi kau yg kutuju, redamu yang ku cari. kurniakan kepadaku mencintaimu dan mentaatimu" insha ALLAH

September 28, 2012

nikmat Allah tu ada di mana mana

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup oxigen yang Allah bagi. FREE je kan? Dah ucap Alhamdulillah belum? Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Allah tu Maha Pemurah. hari hari Dia bagi kita nikmat, tapi, masih ada manusia yg tak bersyukur. apatah lagi mengucap 'Alhamdulillah'. cuba kita bayangkan, kalau kita, manusia ni. hari hari kita bagi orang tu makanan sedap-sedap, bagi hadiah cantik-cantik, tapi dia tak pernah cakap terima kasih kat kita. pandang muka kita pun nak tak nak je, agak agak kalau sebulan macam tu, ada lagi tak tertitip kesabaran dalam hati kita? ada lagi tak cebisan kasih untuk insan tadi? kalau ada, mesti dah tak sama macam masa awal awal kita nak berbaik dengan dia, betul tak? TAPI, ALLAH? Hari hari dia bagi kita nikmat, bangun pagi, mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar mak kita kejut, tangan masih boleh memegang paip air, masih ada deria rasa, dapat makanan cukup. dah berapa lama kita 'dapat' semua ni? 18 tahun? 21 tahun? 30 tahun? ALLAH tak jemu pun kan? so,  let us say :

''lain yang kita nak, lain yang jadi'' ''benda yg aku tak suka lah yang aku dapat''. Pernah dengar tak ayat macam ni? kadang-kadang kita diuji kerana Allah menguji. kita selalu mengimpikan sesuatu, tapi end up, kita tak dapat pun walaupun kita dah berusaha. contohnya, Kita nak sangat masuk SBP, dari Form 1 lagi dah pasang impian, tapi kita tak dapat. tapi masa Form 4, Allah bagi juga rezeki, masuk sekolah asrama penuh, bukan SBP tapi MRSM. masa Form 1 dulu punyalah frust, menangis nangis sebab tak dapat. tapi, form 4, Allah bagi juga peluang pada kita, masuk MRSM. yang mana ada seribu satu rahmat.

dan kadang kadang kita dapat apa yg kita tak terfikir pun kita akan dapat. contohnya, semua orang nakkan keputusan yang cemerlang gemilang terbilang dalam exam. betul tak? masing masing struggle. sebelum exam, macam dah confident, cehh, dah baca. inshaallah boleh jawab. tapi, time tu Allah dah kata, bukan sekarang masanya. rupanya ada helaian buku yg kita terlepas pandang. soalan tu pula yg bawa markah tinggi. then, bila keputusan keluar, kita tak dapat pun macam yg kita nak. kita nak A. tapi, kita dapat D. FAIL. kita menangis nangis, kita tertanya tanya, kenapa aku dapat D? kenapa aku yg dapat? kenapa? dan Allah jawab, kerana itu yg terbaik untuk kau. cuba kita refleks balik, mungkin kalau kita dapat A, kita dah malas nak study. cikgu cikgu semua bagi pujian, kawan kawan semua kata kita pandai. dan tiba tiba kita jadi lalai. berbanding kalau kita dah gagal awal-awal, mesti kita akan bangkit. 'tak boleh jadi ni. aku dapat D. apa ni ? D? kena banyak lagi usaha. double triple kan lagi' dan setiap malam kita study. kita tanya kawan/cikgu kalau tak faham sebab kita sedar, kita ni tak pandai mana pun. masih perlu pertolongan. tiap hari buat solat hajat agar Allah dengar permintaan kita. dan at the end, we get A. bukan A sahaja, malah Allah tambah lagi belakang tu, jadilah A+ . nampak tak kat situ?


contoh ketiga di mana apa yang betul betul terpendam dalam hati saya, dari darjah 5 lagi saya dah tanam niat, nak sambung belajar kat oversea. and yes, mak dan ayah saya support. tambah tambah bila dapat masuk MRSM, kata mereka, lagi tinggi peluang nak belajar luar negara. sungguh, saya tak pernah terlintas nak cari U dalam negara. bukan sombong, tapi memang dari zaman comot saya, saya nak sangattt belajar luar. saya dengar cerita cikgu saya yg anaknya buat medic di Aussie. saya minta cikgu tu bawak album anak dia, semangat punya pasal. tapi, yeahh, dalam surah Al Baqarah ada tertulis :

 Surah Al Baqarah : Ayat 216

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

masa dah dekat SPM, mak ayah saya kata ''hajar, study sini je lah. tak payah pergi jauh jauh. sini senang kalau ada pape nanti. dekat'' pada awal, memang saya tak ambil serius pun, memandangkan dari awal mereka support saya. tapi, lama lama macam serius pula. sampaikan ada satu masa, saya hulur borang untuk apply INTEC program ALUK dan AUSMAT. tapi, mereka tak setuju. tapi, saya kuatkan hati, saya isi sendiri. saya uruskan sendiri. hujung bulan 12, Intec hantar surat. ''Permohonan anda diterima untuk intake Jan 2012'' gembira of course. sungguh. tapi, mak ayah saya slow talk, tak payah pergi lah jar. tak lama lepas dapat surat dari intec, Taylors call bagitahu yang saya dapat Taylor's Subang. so, tawaran intec tu macam terkubur macam tu je.

yes, sedih sangat. bila sampai Taylor's saya cuba reda. mungkin ni dah tertulis, Taylor's tempat awak, Hajar. 2 bulan, saya terima. walaupun memang kadang kadang masih terlintas, nak juga study overseas. naaaakk sangattt. pada awal, memang macam dah boleh terima. tetapi, bila result SPM keluar, ramai kawan rapat saya yg, diulang ramai kawan yg rapat dapat offer study overseas. UK, EGYPT, macam macam lagi. bila online FB, mesti ada yg update status. hati yg pada awal dah lega, tiba tiba kecamuk balik.

dan yess, saya tertanya tanya, kenapa Allah masih tk nak lembutkan hati parent saya, lepaskan saya belajar oversea? kenapa saya tercampak kat TAYLOR's ? kenapa ?

dan sekarang, almost 10 months saya belajar di Taylor's. ramai orang yg saya jumpa. dan saya dah jumpa 'sesuatu' dalam diri saya. KETENANGAN. mungkin kalau saya tak melangkah ke sini saya terlepas 'sesuatu' tu. tiap kali terdetik impian dulu tu, cepat cepat saya ingatkan diri, SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. Reda dengan takdir Allah. syukur sebab kat sini, saya dapat kenal balik kawan kawan kat maktab dulu yang duduk sebumbung tapi tak rapat mana pun. tak pernah tahu hati dia macam mana. bila duduk subang nilah, baru terasa nikmatnya UKHUWAH fillah yg dulunya saya hanya menyebut tapi tak memahami pun.

dan saya percaya, ni jalan terbaik untuk saya. inshaallah.

so, pada kawan kawan yang nak fly dan yg dah fly tu, jaga diri baik baik okay. belajar elok elok. selalu ingat ALLAH, selalu ingat MAK AYAH. dan, saya mohon, awak semua, belajar elok elok. saya anggap awak semua wakil bagi hati saya yang betul betul teringin nak fly :)) jaga elok elok ye impian saya tu. hehe

AINA SYAQILAH, masa kat maktab dulu,  mungkin kita terlepas pandang ukhuwah fillah tu. tapi, sekarang, rasa seronok sangat dapat kenal dengan aina. sungguh. ISNIN ni awak dah jauh dari MALAYSIA, tapi saya harap awak tak jauh dari hati saya. selalulah ingatkan diri ni ye:)) uhibbukifillah ya sohabati :) semoga semua urusan aina nanti dipermudahkan ALLAH. amiin.

KALAU NAKKAN KEBAIKAN, ALLAH AKAN BAGI MELALUI KEFAHAMAN AGAMA. BILA KITA FAHAM ISLAM, KITA DAH DAPAT DAH KEBAIKAN TU :)


sungguh, saya takkan tinggalkan impian saya macam tu je. mungkin sekarang belum masanya :))

tinta dari hati yang masih mencari NUR mu ya Rabb,

September 16, 2012

every piece is a MASTERpiece

EVERY PIECE IS MASTERPIECE. Assalamualaikum ya akhi ya ukhti :)) Alhamdulilah, still given a chance to take fresh air, to still alive today. thankyou ALLAH. ehem. tadi tiba tiba tergerak nak tengok tengok balik gambar gambar dalam pendrive. this post will show you how much i do miss my school memories. from primary to secondary school. from SK Bakri Batu 5 to SMK (P) Sultan Abu Bakar.  from SMK (P) Sultan Abu Bakar to MRSM Pontian. tadika, tak ingat sangat. tapi, yang saya ingat, masa tadika, saya ada crush-.- HHA. kecik kecik dah gataii. dah besar, tak de perasaan dah ha. so, total up, i had been in school for about 14 years. 3+6+5 . ehemm. dari kecil cemetot, ketot. sekarang dah tinggi. wuu. walaupun tak tinggi mana. tapi, Alhamdulillah normal :) HHA. unfortunately, gambar masa sekolah rendah takde. aduhduh. takpa. okayy, enjoy this. 


okayy. memperkenalkan veteren veteren alumni SKBBL. okay, time ni kami semua dah Form 5. semua ni kawan kawan sekolah rendah. kawan kawan zaman comot comot dulu. now, all of us have grown up. ehemm 


kenangan zaman lower form. SMK (P) SAB. well, nama sekolah pun ada (P). maksudnya semua perempuan. okay time ni aku fikir, sangat seronok. dikelilingi kawan kawan perempuan :)) i like. and im one of the hostelier. and yeahh. BEST ZAMAN ASRAMA ni . 


cikgu kesayangan ! PUAN MERIAM ZAMIMAH :)) i loves her very much ! really. and she loves me too, i know. hehe. kan cikgu kan ? cikgu yang sangat sporting, and supportive juga. semoga cikgu dirahmati NYA. aaamiinn


so yeahh . PMR Result released. and Alhamdulillah, i am one of 67 girls who got straight A's. Alhamdulillah Alhamdulillah. me, just right beside my beloved teacher. see, i told you, we both love each other. ehehh -.- 


abaikan muka tak siap tu. HHA

Dan kini, tibalah masanya saya berhijrah. ecehh. 14 Feb, tarikh keramat. steps into boarding school. MRSM Pontian. actually, sy minta MRSM Batu Pahat masa isi borang. tiba tiba dapat Pontian. first word yg keluar dari mulut masa tahu dapat pontian is, ha? jauhhnyaaaaa ! haihh. bukan nya nak ucap Alhamdulillah. apa lah hajar ni.



dulu, saya tak tahu kenapa saya boleh tercampak kat sini. dah lah jauh, annoying. to be honest, I always cry. tak suka duduk sana, peraturan ketat lah, study susahlah. leceh lah. macam macam. hm, tapi, dari sehari ke seminggu ke sebulan ke setahun. alhamdulillah. finally i realized why i be sent there. ALLAH loves me. syukur sangat masuk pontian. where i think, it just like my fisrt step to change :)) ditemukan dengan sahabat yg baik baik, ustaz, cikgu yg tak putus bagi semangat dan nasihat. 

tempat di mana saya mengenal erti SAYANGNYA seorang ustaz kepada anak didiknya yang perempuan. yng sanggup luangkan masa untuk Ladies Night/ Lailatul Muslimah. rasanya, malam tu mengubah diri saya. Allah buka hati saya untuk serap dan terima apa yang ustaz pesan. Allah hantar ustaz untuk saya muhasabah diri dan sedarkan saya. ALHAMDULILLAH. YA ALLAH, rahmati dan berkatilah Ustaz Abdul Jawwad. he's such a great teacher ! 

not just him. many more teachers. Ustazah Nisak yang selalu selitkan tentang jodoh dalam pelajaran :) ilike. hha. Bonda Jihan yang faham kehidupan sebagai remaja. yang selalu nasihat. well, she's my second emak y'know. 



memperkenalkan, barisan barisan pejuang SPM 5 Oxford 2011. we have only 6 heros and 24 heroins. HHA. seronok kelas ni. paling famous bab makanan. balik pulang bermalam, mesti kelas ni ada kenduri. passing passing makanan . i do love them :)


barisan barisan pejuang SPM Mrsm Pontian 2011


andd, see. siapa ni ? tenene. GRADUATION DAY. after 2 years berhempas pulas :) ALHAMDULILLAH. 

dulu sangat tak suka MRSM Pontian. tapi, sekarang, no . i cant say that. cause i love being there . apa sebabnya? kalau awak kenal saya dari dulu, mesti awak perasan apa perubahan saya :))

and inilah saya sekarang :)) student of TAYLOR's LAKESIDE . 


Oh Allah, I ask You to strengthen my iman & those around me. I ask you to soften my heart & to soften the hearts of the belivers. Amin

love, Shafinaz :))

September 13, 2012

11 orang yang mendapat doa malaikat :))


‎11 orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ 

10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Cinta hati saya untuk Allah. InshaAllah, Allah akan pelihara cinta dan diberi kepada pemilik tulang rusuk saya yang sebenar.

September 9, 2012

ukhuwah fillah itu indah :))

ASSALAMUALAIKUM, ya akhi ya ukhti. lama sungguh rasanya tak update. takde idea. trololo. ''MENTARBIYAH dan DITARBIYAH''. Tertarik dengan 3 perkataan ni. MEANINGFUL ! maksudnya, saling mengingati.

Apa maksud Tarbiyah ? “Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”. 

sebab tu perlunya UKHUWAH FILLAH. ukhuwah kerana Allah. kerana, bila ukhuwah itu dibina atas nama Allah, secara automatik kita akan sentiasa saling membantu sahabat dan orang sekeliling kita untuk sama sama mencari REDANYA. maka, wujudnya istilah MENTARBIYAH DAN DITARBIYAH :) 





antara sahabat sahabat yang selalu sokong dari belakang, sentiasa di sisi dalam perjuangan saya utk berhijrah:) mudahmudahan ALLAH merahmatimu sahabat:) 




JUMAAT, 7 Sept 2012, FIS Mara Taylors jan 2012 intake. HAPPY EID CELEBRATION. Moga ukhuwah Fillah yang kita bina ni berkekalan. May Allah bless all of us. Doctors to be, inshaAllah :))

There is no shame in doing something right & there is no need to be ashamed if something wrong has been committed. Life is about learning.


August 24, 2012

selamat melangkah ke alam baru

ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah, hari ini saya dah 18 tahun 2 hari menjalani kehidupan di bumi Allah :)) oh besar anak dara NORLIZAH dan ZAINAL ni. well, I'm not matured enough as I didnt get married yet :p 

BUNCH of thank you for the wishes and pressie. It was a great day. well, dapat duduk depan bila nabihah drive. dapat dua tetamu yang kata nak datang pukul 9/10. tiba tiba pukul 1130 baru muncul dengan 2 beg comel. thanks for both Syahirah Wagiman and Syahirah Rosnan for the pressie . 


ohya, terima kasih juga to alan for that pressie. nothing much to say, I think. 


SANAH HELWA YA SHAFINAZ :)) I love people call me shafinaz eventhough its sound weird. lalala. okay, sempena ulangtahun kelahiran yang ke 18 ni, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih especially to my super duper mama. thanks for taking care of me, give me love, teach me how to handle life as a student, as a person. 

To be a better muslimah, to be a good daughter, and to be a PERSON. inshaALLAH. thats all what I really want. and one more thing, may Allah ease my way to be a doctor, a gynae one day. inshaALLAH. kawankawan, terima kasih banyak banyak. satu je saya minta, doakan saya dan family. inshaALLAH, Allah kurniakan apa yang awak doa untuk saya kepada awak juga. sama sama lah kita doa sesama kita.

dalam banyak banyak ucapan, only one of my friend do remind me about my mum. yeah. thanks my friend. as expected :)

okaylah, for now,i think, its enough. Assalamualaikum

August 20, 2012

Salam Lebaran

Assalamualauikum ya akhi ya ukhti. alhamdulillah kita dah menyambut kejayaan setelah sebulan 'struggle' di bulan Ramadan. hari ini sudah 2 Syawal. Tapi, tidak terlambat rasanya kalau nak ucapkan, SALAM LEBARAN. Maaf atas segala tingkah laku, yang terang atau tersembunyi. mudah mudahan syawal kali ini lebih bermakna, dan lebih dirahmati Allah. InshaAllah. 

Bagi keluarga saya, Syawal kali ini paling meriah. dan, tahun ini saya beraya sebagai anak dan cucu sulung buat pertama kali. hha. so, agak sibuk sikit berbanding tahun tahun lepas. memang tak menang tangan dah. pagi pagi raya je,keluarga tok ude anak beranak dah datang. lepas tu keluarga pak ngah norman, cik izan,mak long. petang pula keluarga tok cik azmi,tok ude belah nenek datang. memang tak sempat nak keluar rumah pun. 


cousii belah mak. adik beradik mama 2 orang je. so, kami pun tak lah ramai mana. tapi cukup untuk meriuhkan rumah :D
the only brother i have. he'sbecome taller. seriously ! 


one happy family. we are not too big family. but, its okay and that makes us this close 
memang tak putus putus sedara mara datang. 
apa apa pun, pesan saya, jaga diri elok elok. time raya ni lah kita jumpa dengan semua relatives. so,tak payah nak malu malu. yang perempuan,kalau boleh, pakailah tudung bila ada lelaki datang. saya pun sedang mencuba :)) tak semestinya yang bertudung labuh, berstoking itu ustazah atau bakal ustazah, we are muslimah. and we MUST do as what in Quran said :)


SALAM SYAWAL 
dari Siti Hajar Shafinaz  Zainal dan  keluarga 


August 15, 2012

AYATUL KURSI


Assalamualaikum kawan kawan :) sekadar ingin berkongsi. semalam Alhamdulillah tercpai hasrat saya untuk bertarawikh di Masjid AlFalah, Subang Jaya. memang seronok sangat. sampai je kami di sana, baik je makcik di sana melayan kami. mereka seakan mengetahui kami baru pertama kali bertarawihk di sana. seronok sangat. tak tahu nak cakap macam mana. makan dalam dulang, makan pun sedap. ohye, Masjid ni ada macam macam program. dan semua program mendapat dana daripada tabung masjid sendiri. projek terbaru, insyaAllah mereka akan menubuhkan klinik masjid. Alhamdulillah. kalaulah semua masjid di Malaysia ni ada program macam ni, insyaAllah penuh masjid. 

masa iftar, kami makan sedulang dengan seorang makcik ni. dan beliau mengesyorkan kami 'add' Masjid Alfalah di laman facebook. dan saya tertarik dengan post ini :

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

August 13, 2012

KIDAL :))


Assalamualaikum. entri kali ini saya ingin menulis tentang KIDAL. okay, siapa kidal ? angkat tangan ! ;D well, hari ni hari special untuk orang kidal. 13 OGOS ialah HARI KIDAL SEDUNIA . saya kidal :) I just noticed about this special day last year. sepanjang 18 tahun melalui kehidupan sebagai kidal ni, macam macam ragam yang kelihatan pelik kalau nak dibandingkan dengan orang yang normal. normal di sini ialah orang tangan kanan. saya tak maksudkan tangan kiri ni tak normal, cuma special sikit :) 

orang kata, kidal ni sebab masa baby, dia suka hisap jari tangan kiri. ada jugak orang kata kidal sebab masa kecil dia suka capai barang guna tangan kiri. yang mana kesahihannya, entahlah. tapi ada juga orang yang bukan kidal sejak lahir. macam adik saya. dia kidal sebab masa kecil, tangan kanan dia patah. jadi terpaksalah belajar tulis guna tangan kiri.
orang kidal ni special !
antaranya, si kidal kalau menulis, dia akan sengetkan buku dia. itu lebih selesa. kalau saya, saya sebolehnya menyengetkan buku tu 90 darjah :D 


kedua, si kidal kalau makan guna sudu, dia akan pegang sudu menggunakan tangan kanan. dan sangat kekok untuk menyuap makanan menggunakan tangan kanan. setuju sangat. masa kecil dulu, mama dengan tok wan selalu tegur. HAJAR, makan tangan mana ? bila dah besar, admit masih terbawa-bawa lagi pegang sudu dengan tangan kiri. segan-.- tapi dah boleh dah sikit sikit guna tangan kanan :) sebab segan dengan orang kidal sebaya saya yang boleh pegang sudu dengan tangan kanan. 

ketiga, si kidal sangat susah nak pilih gunting. untuk pengetahuan, tak semua jenis gunting sesuai untuk si kidal. sebab kadang kadang, gunting yang tajam pada orang tangan kanan, bila si kidal yang guna, jadi tumpul. 

keempat, si kidal ni boleh buat multi-task . contohnya, sambil menulis, sambil makan ;) seronok kan? hihihi. sebab tu kalau tengah buat kerja rumah, jangan letak makanan depat si kidal. memang laju je lah 

Everyone is born right handed. Only the greatest overcome it 

ada orang kata, usia si kidal pendek 9 tahun daripada orang normal. sebab mereka terpaksa menyesuaikan diri menggunakan barang yang dicipta untuk orang normal. mungkin benar. tapi, ajal maut kan di tangan tuhan. 

sekali lagi, HAPPY LEFT HANDERS DAY :)) untuk abang HAFIZ (satu-satunya geng dalam keluarga) dan kawan kawan Safirah, Syafirul, Asyikin dan Fazeera . setakat ni, ni jelah yang saya tahu. 

kalau ada yang nak buat ujian tentang HOW LEFT ARE YOU. bolehlah cuba :)


August 12, 2012

Iftar bersama

Assalamualaikum . Hari ni, alhamdulillah rezeki Allah kan . tiba tiba ada orang nak belanja makan :3 me, anis, nik, fathin, imran and syed. 6 of us iftar at TONY ROMAS . okayy. to be honest, I was like, ha ? Tony Romas ? apa tu ? makan lah KFC ke, PIZZA HUT ke. paling tak pun, beli donut untuk aku ke, okay lah kan. er, well, bukan apa, just I tak pernah makan kat situ . and it was like ?_? 


aha . I ordered AVOACADO AND BLOOD ORANGE SALMON and PINEAPPLE & GRAPE BLAST . seriously kenyang . 

err, harga dia agak mahal lah. pertama kali dalam hidup, aku makan sepinggan RM 46++ . pffft . kaya hang ! well, orang belanja kan. hha . 


ni lah ANIS SYAKIRAH. later, I'll post something about her. she's really nice :)
btw, TONY ROMAS ni okay lah. untuk penggemar steak. beef steaks dia serious sedap :)) hm, a big thank you to pembelanja . semoga Allah merahmati anda dan keluarga . semoga rezeki anda pun bertambah . amiin .

June 16, 2012

sahabat :)


AMIRA HUSNA . it was so long not see you . tak sangka kita diberi peluang kedua. dulu walaupun dekat, tapi tak jumpa . tapi, rezeki kita kann , almost 6 months mira , kita tak jumpa. and now, 16-06-12 we met :))


NAZATUL NAZIHA . kecik kecik cili api . hha . homeroomate, classmate yang sangat baiikk :)) 


SYAIRA SYAKIRA . she's the one yang sangat ringan tulang. sangat pemurah . sahabat yang selalu beri semangat. the one who stops my tears satu masa dulu :)) aja aja fighting. im still remeber that ! nak ambil berkat caca lah . dapat 4 flatt :)) amiinnn


guess where we are ? HHA . Mydin Subang. yesss, they came here. they came to Subang. We ate together at living room where I studied this morning. We jemaah sama sama . seronok kan ? Ya Allah, terima kasih because you send them to me. you sent me SAHABAT . okayy . sahabat, kawan, teman, kenalan 4 benda yang berbeza. kenalan tu macam ''friend'' kita dekat FACEBOOK, dekat Twitter or whereever laman sesawang. yang kita tak pernah jumpa pun. hanya sekadar kenal. itu Kenalan. tapi, kawan , kira upgrade sikit lah. kawan kira kita bertegur sapa. TEMAN pula orang yang kita dah selesa. mungkin mereka yang rapat dengan kita. tempat kita share problem. kira orang yang kita selesa to talk to tak kira apa keadaan pun. and from teman, it will bloom into SAHABAT. tapi kawan, tak semua teman itu adalah SAHABAT. sahabat adalah teman yang sentiasa ingatkan kita bila kita alpa. bila kita bersama dia, kita teringat Maha Pencipta kita. itulah sahabat ! sangat tinggi nilainya kan ? 

ALHAMDULILLAH Allah sent me to MRSM Pontian. there, i learnt siapa sahabat, siapa teman, siapa kawan :)) Ya ALLAH, indahnya persahabatan keranaMu. uhibukifiilah ya sohabati . I wish to meet all of you again. berjemaah sama sama againn . i wish that. thanksss sahabat :))
TuneList - Make your site Live