November 3, 2012

Syukur Alhamdulillah

In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful. Assalamualaikum :)) Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita menghirup oxygen untuk badan kita berfungsi, jantung kita masih boleh mengepam darah keseluruh tubuh, jari kita masih boleh bergerak untuk melaksanakan rutin harian kita. ALHAMDULILLAH.

kadang kadang kita lupa nak ucap 'terima kasih' pada Maha Pencipta kita. padahal, macam macam yang dia dah kurniakan untuk hambaNya yg dikasihi. tapi, still He gives us chance, more and more. Ya Rabb, sungguh , MAHA PEMURAH kan ? 

kita selalu terlupa untuk bersyukur dengan nikmatNya. malah terus terusan merungut dan membandingkan diri dengan orang lain. pernah tak kita terfikir, ramai lagi orang yg kurang bernasib baik kalau nak dibanding dengan kita. kita ada kasut. elok je lagi, tapi sebab dah guna lama sangat, kita merungut nak beli kasut baru. padahal ada orang kasut dia dah haus dah, siap air boleh masuk lagi. ada orang kasut dia setakat nak alas kaki je. dan ada orang yg tak boleh berjalan pun. ada juga orang yg tak pernah berpeluang untuk berjalan sejak lahir lagi. tapi still bersyukur. 

BERSYUKURLAH. sesungguhnya dalam ayat Quran pun ada menerangkan , 

Dan ingatlah juga tatkala Tuhan-mu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih””. (Ibrahim; 14 : 7)

Ya Allah tolonglah kami untuk selalu ingat kepada Mu, untuk selalu bersyukur kepada Mu, dan untuk selalu memperbaiki ibadat kepada Mu.



in sha Allah. dan, hari ni teringin rasanya nak tekankan pasal bersyukur dengan orang sekeliling. sepanjang kita hidup, macam macam orang yg kita jumpa. Ada yg sangat baik yg buatkan kita takut dan tak nak kehilangannya. ada juga yg sebaliknya. tapi, perancangan Allah tu indah dan sangat baik. bila kita jumpa orang yg baik, kita boleh jadikan mereka sebagai contoh. tapi, kalau sebaliknya? bukan saya kata tak baik, tapi belum cukup. mungkin, Allah nak bagi kita peluang bimbing mereka, ajak mereka ke arah kebaikan macam orang yg baik tu bimbing kita. betul tak? paling tak pun, kita boleh ambil pengajaran daripada mereka . 

dan dalam setiap doa, titipkan lah kesyukuran kita pada ALLAH kerana dipertemukan dengan orang orang yg kita jumpa setiap hari. Mungkin ada hikmah disebalik setiap pertemuan dan perpisahan itu kan? who knows? 

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.-



 Ya Allah, sungguh aku bersyukur dapat belajar di Taylors. kerana di sini lah kau pertemukan aku dengan seorang hambaMu yang sangat baik. NURUL NADIA  binti OMAR. seronok sangat dapat kenal awak, nadia. you taught me how to be patient. sungguh banyak sangat yg kita belajar dari nadia. yg paling penting, you bring me closer to HIM. biarlah ukhuwah kita ni berkekalan hingga ke syurganya. inshaa allah. 

UHIBUKIFILLAH ya sohabati. Te quiero mucho :)  gracias for always be my 'sticky notes' ada je benda yg nak diingatkan bila jumpa kann ? 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (HR Abu Daud dan Tirmizi)


dann, awak ajar kita cara nak buat 'BISKUT COKLAT' juga. HHA :P


"kalau hebat seseorang itu waktu jahilnya, hebatlah juga dia waktu islamnya" 

"Ilahi kau yg kutuju, redamu yang ku cari. kurniakan kepadaku mencintaimu dan mentaatimu" insha ALLAH

No comments:

Post a Comment

COMMENT

TuneList - Make your site Live