November 4, 2012

you might be surprised (:

In the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful. ASSALAMUALAIKUM :)) 

That blissful moment when someone hugs u & whispers in ur ear "It's fine. It's fine. Don't worry, everything is going to be okay. I promise"-Aisyah Syakirah-


#1
Semalam entah kenapa penat sangat rasa mata ni sampai tertidur bersama nota biologi dan buku 'La Tahzan GADISKU'. Alarm dah set, tapi mata berat je nak bangun. tiba-tiba datang A ketuk pintu bilik, 'Hajar, ni N datang' . masa tu pun masih malas nak bangun-.- dan, datanglah N duduk sebelah katil. 'Hajar, aku ada sesuatu untuk kau. nahh :))' 

daripada malas malas nak bangun, konon tak larat, penat, terus segar bugar. senyum lebar dengan mata bersinar sinar walaupun baru bangun tidur :D


#2 
sudahlah assignment masih banyak yg tak sempat disiapkan, ditambah pula dengan masalah dengan si K ni. maka bermurunglah si M ni memikirkan masalah masalah membelengu dirinya. 

sedang M sibuk membelek buku mencari isi untuk melaksanakan assignment, tiba tiba M ternampak ada kertas terselit. "awak yg comel, u can count on me like 1 2 3 i'll be there. la tahzan. buruk muka tu kalau masam. cuba senyummmmmm ayuu sangat <3 p="p">

#3
penat petang tadi berjalan mencari barang untuk projek Biologi masih tak hilang. usai solat maghrib, J duduk di birai katil. tiba tiba fon berkelip. "1 message received". -awak, nak datang rumah boleh?- sender: F. dan F datang dan menghulurkan sebiji gula gula dan sticky note ''this sweet is special for a sweet girl like you". 

agak agak apa reaksi J ? dah lah si F sudi datang rumah, dihulur pulak sticky note yg comel macam tu. bohong sangat kalau tiada rasa gembira kan? 

okayy. nampak tak betapa gembiranya hati manusia ni bila ada surprise dari seseorang? dalam perhubungan, kita digalakkan saling bertukar hadiah. tak perlu yg mahal, yg besar. sebiji gula 5sen pun sudah cukup kalau kita titipkan dengan keikhlasan dan kasih sayang. percayalah, kalau ada kasih sayang dan keikhlasan, sebiji dula 5 sen tu pun boleh buat seseorang tersenyum lebar tau :D

Hadiah tu kan pengikat kasih sayang. bukan nak kata kalau tak bagi hadiah tanda tak sayang, tapi kan bertambah manis perhubungan tu kalau saling menghargai. Betul tak? 

Sabda Nabi SAW:
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang."



kadang kadang nota nota comel yang kawan kawan kirimkan pun dah cukup buat hati ni rasa gembira. lagi lagi kalau dapat tampal dekat dinding, setiap pagi tengok, terasa bersemangat. pagi pagi dah tersenyum lebar :)) kata-kata yg terlontar dari mulut kita pun boleh menggembirakan hati kawan. contohlah, "J, aku sayangg kau sangat kerana Allah". kalaulah ada kawan kita cakap macam ni, mesti ada terlintas kat hati, 'eh, J sayang aku lahh. Ya Allah, seronoknya rasa ada kawan yg menyayangi kita.' 

bila adanya rasa kasih sayang dalam ikatan persahabatan, mesti kita akan rasa dihargai. rasa seronok sangat berdamping dengan dia. lagi lagi kalau ikatan itu sentiasa disulami dengan ingatan kepada yg Maha Penyayang. Yang meminjamkan rasa sayang tu pada kita. sungguh, Allah tak akan biarkan hambanya bersedih. Dia akan pinjamkan rasa sayang itu kepada seseorang untuk disampaikan kepada kita. 

so, selagi diri masih mampu memberi sesuatu, berilah. tak rugi pun. Allah pun sayang kita kalau kita buat orang lain gembira. 



dan hadiah dari Allah yg sangat istimewa ialah ALQURAN. bila hati sunyi, sedih, gembira, bila bila saja ada ayat ayat 'sweet' dari ALLAH. ALLAHHURABBI. 

kadang kadang text yg pendek "awak yg comel, i love you for the sake of Allah. take care my dear" tu pun dah buat hati kita tersenyum. so, mulai sekarang, selitkan dalam hati, 'tak salah kalau buat dia happy. bagilah apa yg kita termampu' :)) kan rasa sayang tu Allah pinjamkan untuk kita. kalau kita manfaatkan SAYANG tu untuk orang lain yg layak, laaggii Allah suka. inshaa Allah bertambah tambah nanti rasa sayang Allah pada kita . 


Disetiap kegelapan pasti ada setitik terang. 
Disetiap doa mesti ada jawapan. 
Disetiap kesusahan ada kemudahan.
Disetiap pertemuan ada perpisahan.
Disetiap ketidakmungkinan selalu ada keajaiban. 
maka bertahanlah dan bersabarlah :)

No comments:

Post a Comment

COMMENT

TuneList - Make your site Live