December 12, 2013

MAJLIS ILMU MAJLIS ILMU (:

Assalamualaikum w.b.t. lama sungguh tak menulis di sini. DR. Shafinaz is getting busy nowadays :D sekarang dah start sistem block, so memang kena fokus untuk every block. seriously ! memang kena struggle. lebih lebih lagi special case macam saya ni. kena study bersungguh, kena rajin. *sedar diri. hehe

so far, 3 systems dah lepas. musculoskeletal system, hematology and immunology block and cardiovascular system. Alhamdulillah. and next week, will be RESPIRATORY SYSTEM's EXAMINATION merangkap final exam for this year ( 0.0)



setakat ni, block paling best is CVS (cardiovascular system). because belajar pasal jantung. macam mana blood passed through our lung to get oxygenated, then go to the heart, before being pumped to other parts of the bodies. then, when they had given oxygen to the needy, and bring carbon dioxide back to MR HEART to be pumped back to the lung to be reoxygenated and the cycle continues. it is so woooww ! SUBHANALLAH. jantung kita tu tak besar mana pun, segenggaman penumbuk tangan kita je kawan kawan. tapi it do a lot of work, struggling to keep our body alive. siapa yg cipta? (: 

SUBHANALLAH

and, yeahh. belajar process, of course belajar pasal defect juga kan. what if this part is not working, that part can't function well, this part disfunction since in mummy's tummy, semua tu ada kesan kesan dia. contohnya, contoh lah kan, before keluar dari tummy mak kita, heart kita tak developed sepenuhnya, kira ada cacat sedikit di situ yang menyebabkan darah kita boleh pergi ke tempat yang tak sepatutnya dia lalu pun. so, darah boleh bercampur kat situ and kesannya, boleh sebabkan kita kekurangan oxygen sebab darah bawa oxygen kan? 
sikit je defect, tapi banyak consequences. 

so, kita ni, yang ALHAMDULILLAH masih boleh bernafas, berlari, belajar buat aktiviti macam biasa, PATUT bersyukur. ramai lagi orang yg tak sempurna. 

betul. kadang kadang kita terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada. sebab kita tak pernah nampak apa jadi pada orang yang tak memiliki apa yang kita ada. itu manusia. 

saje nak promote, ada 2 events dalam masa terdekat ni which is i think, it will be good if you can join this event. both seronok and penyampainya pun orang hebat (: jomlah kita luang masa untuk majlis ilmu macam ni. kan, kalau kita pergi majlis ilmu, kita adalah selangakah ke syurgaNya (: 


CELIK FAMILI with PROF DR MUHAYA 
29 DISEMBER 2013
DEWAN MERDEKA, PWTC 
student : RM 80 

kalau berminat, boleh klik sini (: http://famili.celikz.com/kuala-lumpur/ 


21 DISEMBER 2013
UIA GOMBAK
EARLY BIRD : RM 50 (yuran + makanan) until 14 disember 


"Dunia ini diciptakan oleh Allah untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat."

#i don't know what had happen to me these past few days. mungkin sebab nak exam kot. asyik ke laut je. duduk duduk, start lah air mata nak melihat dunia. lepastu sendiri bagi motivasi, doktor mana boleh cengeng ! lepastu nangis balik. haihh typical hajar. 

if YOU read this, sungguh i miss the moment when we sit together, having heart-to-heart session. i don't know how to tell you this, sebab tak terluah melalui bicara, hanya boleh monolog sendiri je. anddd, i miss your tight hug. 



TAKPE, KEEP CALM. YOU'RE A FUTURE DOCTOR, HAJARSHAFINAZ. tenang. study. doa. tawakal.



July 31, 2013

i just need to be strong

Terkadang hati bermonolog sendirian
layakkah aku dalam bidang ni?
sanggupkah aku?
mampukah aku menjadi produk yg terbaik 5 tahun lagi?
mampukah?

Allah. Allah. Allah.
kenapa mudah sangat air mata ni luruh?
kenapa mudah sangat semangat ni jatuh?
kenapa? 

Allah, 
I know you there. 

dan aku tahu Kau dah buka pelbagai jalan untuk hambaMu ini.
masihkah aku tak bersyukur? 
masihkah mahu mengeluh?
sedang di luar sana ramai lagi yg kecewa, sedih tak berpeluang untuk ke bidang ini.
Masihkah mahu mengeluh HAJAR ?


semalam, saya jumpa seorang makcik ni. she asked me, what course i am in? i said, medicine. first year. and this makcik pun cerita, cucu dia pun medicine. tapi dah masuk 3rd year. kami tak berbual panjang pun. and nak balik tu, dah salam salam. saya pun melangkah untuk undur diri. but, belum sempat saya melangkah, makcik ni tarik tangan saya, tepat anak mata saya bertentang dengan anak mata makcik ni, terus dia tuturkan, "you must be tough. must be strong. apa-apa pun banyak berdoa. Allah tu ada" Lembut je makcik ni cakap. Allah. rasa nak peluk kuat kuat makcik ni time tu. 

ye, hajar. be tough. be strong. macam pavlova. "gangster di luar, lembut di dalam" (:


nampak lah kan kerja di lab? 


June 21, 2013

I AM A MEDICAL STUDENT

Assalamualaikum w.b.t hai hai semua. Realising that I haven't post anything since March. oh oh. Too busy. I'm officially a MEDICAL STUDENT of TAYLOR'S University. first of all, Alhamdulillah, praise to Allah for giving me a chance to get into medical course, to study about HUMAN which is the best of creation. Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.  

Admittedly, after a very very long break, being at home, jaga Hani Qhaleesya, teman atok wan, jalan jalan dengan adik adik and mama papa, all those happy things, then the time to let it go, you know what I feel right? homesick ! seriously and almost every weekend during first half semester 1 I'm going back home. wuuwuu. 

holding a title as 'Medic student' is not easy man. seriously. people says, "budak medic tak de life wey". but I  make it alive. balik rumah selalu, enjoy enjoy, ha sekali dapat result, sikit lagi nak FAIL ! 

"being a medical student, you need to choose one from 3 : 
  • be a super intelligent 
  • be a super smart
  • be a super hard-working student." - DR. GIRISH
choose one. so, now I know, I'm not the first and two type of student. I'm third. BE A SUPER DUPER HARDWORKING student.

2018 insha Allah (: A doctor is not just a person with stethoscope on her neck and with the white coat on. NO.
they have big big big responsibility

during microbiology lab session. see, ini adalah microorganism. teruja ! tengoklah ciptaan Tuhan yg sekecil kecil ni. 
aku suka part hands-on. macam atas ni, kitorang culture the microorganisms. culture is grow. Ha, belajar microbio ni macam masuk dalam awareness campaign. because y'know microorganism ni kecil je, tak nampak pun dengan naked eye. kalau lah kita makan, tak basuh tangan, ha entah apa-apa je yg kita sentuh sebelum ni kan, lepas tu masuk mulut. kalau okay tak pe, tapi cuba bayangkan bacteria tu datang dari lalat yg hinggap dekat najis najis, dekat tong sampah. ha, who knows kan? 

tapi jangan keliru, tak semua microorganism ni jahat. They're not. Dia ada je dalam badan kita, cuma kalau kita kacau dia je, dia marah lah. macam kekita juga, orang kacau tempat kita, marah tak? ha, mulalah nak melenting, bom sana bom sini. 





buku-buku untuk study . chaiyokk HAJAR chaiyok ! 


pathology and histology lab session. yang ni, dapat tengok specimen melalui microscope. Ya Allah, dalam badan kita ni, ada banyak organ. setiap organ ada beribu tissue. setiap tissue ada beribu cell. dapat bayangkan tak betapa istimewanya Allah jadikan kita ni? masihkah ada alasan untuk kita tidak bersyukur? fikir-fikirkan (:

for this 2nd half semester 1, kami dah pegang cadever. dissect mayat tu. tapi, till now tak berpeluang lagi nak dissect sendiri. soon insha allah. 


ha, cerita pasal study, 

belajar pharmacology, DR Rao asyik dok mengulang, "we need at least 6-7 hours sleep. sleep means, you let your body and mind rest. not just by closing your eyes but in your mind, salvage pathway, segala nama drug kat kepala. tu bukan dikira tidur. but, the reality is, medik student tak tidur 6-7 jam pun. 5 jam pun dah rsa macam nikmat sangat. tapi lepas tu bangun, dah gelabah. tak study ni itu. Ha. tidur pun dah tak proper. tidur berbantalkan notes notes, buku biochemistry, pathology, yg tebal tu. lepas tu bangun bangun dekat muka dah berconteng dengan pen. tu lah padahnya tidur masa study. 

lagi parah bila nak exam. HHA. memang katil tu tak bersentuh. selalu juga telefon mama cakap maa, stress. with tears rolling down. then, mama jawab, "kenapa nak stress, doa banyak banyak. solat hajat." atok wan also say the same thing. 

belajar medik ni memang kena banyak bergantung pada Allah. bukan bermaksud belajar medik je yg kena bergantung, tak. memanglah Allah tu satu satunya tempat kita bergantung. maksud saya kat sini, bila belajar medik, memang kita kena ada sifat tu. sebab, every day belajar banyak topic. terms terms baru, nama pelik pelik. KENA HAFAL semua ni. bila exam, sekali semua subjek di compile dalam 1 paper. baca je, memang tak jamin boleh pass. 

study kena konsisten. ibaratnya kalau seminggu punya topic tak revise, memang sakit juga bila akhir nanti. its not how intelligent you are, but it's how often you revise the thing. that's it. jadi medik student ni kena RAJIN. RAJIN. diulang RAJIN. so, hajar, ingat ni. kawan, ingat kan diri ini andai malas tu datang. 

dalam hidup, memang ada atas bawahnya. macam roda kan? selalu juga diri ni rasa down. time tu lah air mata asyik dok nak keluar je. semua benda jadi tak kena. here, the importance of having supporting network memainkan peranan. Alhamdulillah kat sini roomate, housemate, coursemate semua baik dan supportive belaka. merekalah yg menaikkan semangat bila raa down. menerangkan mana yg sulit (: terima kasih banyak banyak . 

"kadang kadang rasa busy sangat sampaikan rasa macam tak nak toleh benda lain pun. ingat, walau sibuk macam mana sekalipun kita ni, jangan kurangkan waktu untuk ALLAH. jangan terlintas 'kalau lama aku solat, nanti masa study dah kurang' . NO. sebab Allah dah janji, setiap masa yang kau luangkan utk Aku, Aku akan gantikan dengan lagi baik lagi." 

ingat- ingatlah ya. "BUDAK MEDIK" tu bukan gah pada nama sahaja. banyak yang kami kena lalui. menangis, stress, semua ada. ada hikmah Allah letak aku kat sini. mungkin ada kalanya terlintas, aku tak layak. aku ni aku tu. tapi sebenarnya, kita dah dipilih Allah, kita dah dipilih untuk melalui benda ni. so, stay calm. doa banyak banyak. insha Allah Dia tolong (: 





UMI kata umi nak jadi doktor, umi kena lah kuat. hmm fighting umi ! 


I want to be like DR MUHAYA. being motivated and motivate others to be motivated also. 



March 15, 2013

surat cinta untuk adik adik :)

Assalamualaikum W.B.T. ingat lagi tak saya pernah bagitahu. saya jadi tutor untuk student form 4? baca SINI . and semalam, 14 mac 2013 was the last day with them. sad sad T.T So, entry ni saya tulis special ditujukan pada adik adik saya. sebab banyak yang tak terluah semalam-.-

so, here, im gonna leave wasiat for my adik adik sayang. eh ? wasiat? tak tak. haha. my last words. for you. lets imagine that i am in front of you, giving advices and mambling. like mak nenek. haha. okay first of all, thankyou for the feedback yang diberikan. i'm touched. HHA. I had read the letters (: comel nya korang ni 


hari tu, akak nak cakap panjang sebenarnya, dah fikir dah nak cakap apa, tapi bila dah ada depan korang. terus hilang. nervous tengok korang -.- akak nak minta maaf kalau sepanjang kelas akak ada membebel, gurau yang tersinggung perasaan, terdatang lambat,  akak terlepas pandang kat korang and so on. akak minta maaf sangat. well, im just a normal person kan. kadang kadang terlepas pandang and tak terlepas dari kesilapan semua tu. 

masa first day datang, i was a lil bit awkward. nervous. macam macam time tu. haha. risau apa yang akak nak sampaikan tak tersampai. that's why i keep repeating 'FAHAM TAK?' (: sebab akak takut akak syok sendiri. lalala. day by day, bila dah start rapat, korang pun makin sporting, I feel that the bond between us become stronger. makin lama makin sayang. makin eager nak datang kelas. 

siapa kata addmath susah ? siapa kata physics susah ? siapa kata chemistry susah ? tak susah. insha allah. ye, memang akak mengaku benda ni susah. masa awal awal akak masuk form 4 pun akak rasa apa yang korang rasa. because it's a new thing. tiba tiba kena belajar pasal mole lah, logarithm, function semua tu. memang menangis je lah. lagi lagi physics tu. memanglah, kalau buat soalan sorang sorang, tak dapat jawapan rasa macam nak tutup buku, tidur je terus. kan? tapi, kalau fikir balik, nanti kita bangun, kita kena hadap juga soalan tu. bukannya bangun bangun je ada jawapan turun dari langit. NO ! theres no such that thing happen. So, keep on trying. cuba tengok soalan soalan dalam buku lain, buku buku rujukan ke, apa apa je. yang ada contoh jawapan. belajar dari situ. kalau tak faham juga, tanya kawan yang faham. kalau tak boleh juga, tanya cikgu. jangan segan, sebab segan tu lah yang melambatkan awak faham benda tu. seriously.

the beginning is always the hardest ! thats why you must keep on practicing. LIFE rewards those who are work hard at it. so, dont ever ever say 'TAK MAMPU'. please. dont ! 

korang hebat ! why i said so?because korang sanggup datang kelas sampai pukul 4 semata mata nak DAPATKAN ILMU. orang lain, pukul 2 dah boleh balik rumah, tengok tv semua tu, tapi korang still kat sekolah, sambung belajar. HEBAT kan? akak ajak datang rumah hari sabtu pun korang datang. orang lain, hari sabtu tu lah yang rasa macam heaven. boleh bangun lambat lambat. tapi korang ? pukul 8.30 pagi dah datang rumah akak, semata-mata nak tuntut ilmu. belum lagi cakap yang datang jalan kaki. kan? HEBAT kan ?

and teringat masa akak buat quiz physics. seronok tengok korang bersemangat. masing masing try to solve the question. and masa masing masing tengah buat tu, akak terperasan ada sorang duduk kat belakang, cuba untuk jawab. he's alone. lepas tu akak guide dia, and he got the answer. and at last know how to do it. guess whom? FIKRI. masa tu kot akak baru terperasan fikri. before ni tak perasan langsung dia dalam kelas. fikri ni boleh je buat. cuma kadang kadang ter stress. rileks je fikri, tak payah nak stress sangat. buat slow slow, insha allah dapat (: kalau tak dapat, tanya kawan. ramai je yang boleh, AZMAN, AZHAR, MIRA. tanya je. kalau tak dapat juga, keep calm, and tanya cikgu pula. BOLEH punya. mana ada cikgu nak marah kalau student nak tanya soalan. betul idok ? 

3 benda yang tak akan terputus dari seseorang : doa anak yang soleh, ilmu yg bermanfaat dan amal jariah. so, akak harap sangat dengan ilmu yg tak seberapa yg akak sampaikan kat korang ni, korang boleh sampaikan pada yang lain. nanti korang pun dapat pahala bila orang orang yg dapat ilmu tu sampaikan pada orang lain juga. insha allah. and make use of it. 

and please, please please, akak mohon sangat, jangan drop subjek science tulen ni. sebab, dalam science tulen lah korang boleh belajar chemistry biology and physics secara dalam. ilmu yang boleh buat korang makin dekat dengan Tuhan bak kata cikgu Mai. and i am agree with her. seriously cakap. 

tik tok tik tok. kejap je masa berlalu. lagi seminggu je akak nak balik u. nak sambung perjuangan. cepatnya masa berlalu kan? bila dah sayang, terasa sedih nak tinggalkan. haihh. tapi, there is no other way kan. akak harap sangat ukhuwah kita tak terhenti takat ni. tegurlah akak kalau terserempak kat mana mana. facebook twitter mesej ke, tak payah segan segan. tegur je. insha allah akak ingat korang (: and doakan akak mudah belajar, mudah faham, dipermudahkan perjalanan nak jadi doktor muslimah yang berjaya. insha allah. and akak pun doakan yang terbaik untuk adik adik akak ni (: 


and thanks for the gifts. Ya Allah terharu :') comel je korang ni kan. 



and these (: yang atas tu, gifts from them. yang bawah pula, the bookmarks, i made it by myself. at first. i was thinking to just buy it. online order perhaps. but then, theres so much obstacles and not much time left. So, setelah puas ber-google benda ni. i got an idea. why not i make it by myself kan? barulah boleh buat dengan kasih sayang sepenuh hati. cewahhh. HHA. serious ni first time ! buat masa weekend. tak keluar rumah langsung even family semua pergi makan kat luar pun, I refuse to go. and serius bilik macam tettttt. HHA. 3 days stay up buat benda ni (: as this is my first attempt, so normal lah kan kalau tercomot semua tu. smiley tersenget ke, mata tersenget ke. sorry :| 


  the gifts and love letters from them :') 

last but not least, terima kasih sebab bagi akak peluang utk manfaatkan cuti akak ni. you're amazing ! thankyou cause always give respond in class, sporting and you're extremely awesome ! (: kalau nanti rasa stress ke, call lah akak. insha allah mana yang akak boleh tolong, akak tolong (:

FIKRI, ZUL, AZHAR, SHARIQ, TAY, AZMAN, HAZIQ, HARITH, AMIRA SYAHIRA, KHAIRIYAH, AINA, AFIFFAH, SUERIENA, YANA, AMIRAH, NAJIHA, EMYLIA, AFIQAH, NAJIHAH, RAIHANAH, ATIQAH ZAFIRAH, FARAHIN, ALIZAH, ANATI , goodluck (: stay cool. belajar elok elok. dont give up ! okay. ingat, endure all the trials with patience. and always remember that He is always there. so, kalau rasa susah sangat, buntu sangat, doa (: okay PEACE ! 

dan ini nasihat akak :

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari.

-Ku Berlari (:

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

-Insha Allah (:

Hembusan bayu lembut bertiup 
Deru ombak yang memukul pantai 
Sayu hati bila terkenangkan 
Memori indah bersama 
Dengarkanlah lagu kuciptakan 
Tanda ingatan tulus buatmu 
Moga abadi di sanubari 
Bersemi buat selamanya 


Segala yang manis pasti ada pahitnya 

Begitulah jua hidup bersama 
Segala yang indah jadikan hiasan 
Segala yang buruk jadikan sempadan 


Masih segar di ingatan ku sentiasa 

Kenangan menggamit rasa 
Tempuhi onak dan duri 
Itulah yang diharungi 
Janji yang telah kita bina 
Tetap kekal abadi 


-Erti Persahabatan ini (: 

p/s : dengar lagu erti persahabatan ini by de hearty 



salam sayang, 
kak hajar (:

March 8, 2013

Lelaki vs kerja rumah


Assalamualaikum W.B.T. as usual, before you continue reading this entry, if you're not perform your prayer yet, please do so now.  ingat 5 perkara sebelum 5 perkara kan? Tua sebelum muda. Sihat sebelum sakit. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. so, selagi anda masih mampu bernafas, better buat yang wajib dulu ye. because, bila bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. scary right? 

solat 5 waktu is wajib. so, as a muslim, its our responsibility untuk tunaikan. sebab ia WAJIB. it same goes to wearing hijab. as a woman, kita DIWAJIBKAN untuk tutup aurat. tutup aurat ye. bukan balut aurat. apa syarat dia? ingat lagi? from head to toes kecuali muka dan tapak tangan. so, kaki aurat tak? yes, aurat. plus, kita diwajibkan melabuhkan tudung hingga melepasi dada. mungkin ramai yang terlepas pandang, tapi inilah yang disuruh-Nya. makanya, lets make a change ! labuhkan tudung, longgarkan pakaian dan pakai stoking (: seriously girls, u'll look prettier. 

my conversation with my mum and atuk wan
ME : mama, kalau bersanding memang baju pengantin ni ketat ketat ke? 
MAMA : tak delah. tengok pada mak andam lah. and, tengok pada permintaan the bride lah
ME : tapi, macam semua bride je. i mean majority. tudung pun, hmphh. nanti aja tak nak bersanding lah. simple je
MAMA : haha. rugii. tak de kenangan nanti. buatlah baju sendiri. tempah. kalau tak pun, cakap dengan mak andam tu nak baju macam mana. customer is always right ! 

*atuk wan also says the same thing. 

for me, apa salahnya kan kalau pakai baju yang longgar. kan semua yang special tu untuk suami kita. kenapa nak tunjuk kat orang? err, for me, its okay if the bride just wearing baju kurung. tapi pakailah yang macam special sikit. but still it is covering aurah. lagipun banyak dah sekarang ni baju baju kurung yang cantik (; 

okay fine. back to the topic. LELAKI VS KERJA RUMAH. okay. nowadays kan, bila tanya lelaki, pandai masak tak? pandai sidai baju? basuh baju? sapu sampah? trust me, tak sampai 30% lelaki pun tahu buat semua ni. i dont know, mungkin secara normalnya, kerja kerja macam ni perempuan yang biasa buat. sebab mak mak korang yang buat semua ni kan? but then, lelaki buat apa kat rumah? bukan ke suami isteri kena saling membantu ? kalau lah isteri tu nak buat dari A sampai Z. memang lah, serius penat. 

mungkin bagi lelaki, kerja kerja macam ni tak sesuai untuk mereka. tapi, contohlah kan, dalam family tu semua anak lelaki. which means, ada seorang je perempuan dalam family tu- MAK. so, takkan kita nak biarkan mak kita buat segalanya. tak kesian kat mak kita ke? penat tahu. basuh baju, sidai baju, nak terdongak dongak lagi. basuh baju kalau mesin basuh automatik takpe, kalau manual punya tu? kena bilas sendiri, baru masuk dalam spinner. berat tahu baju yang basah. nak dibandingkan lagi, kalau takde langsung mesin basuh? lepas tu, mak kita tengah penat penat, nak pergi sapu rumah pula. kalau tak habis bersawang rumah tu. tak berhenti takat tu, nak masak pula. lepas masak, nak sediakan makanan. nak lipat baju, petang nak buat minum petang. lepas tu nak tu nak ni. yang lelaki mana? 

mungkin betul, yang lelaki buat kerja like gardening or main sport ke. tapi, takkan sepanjang masa kan? ringan ringankan lah tangan tolong mak buat kerja ye. tak rugi pun. atleast belajar lah masak benda yang simple pun takpe. belajar sidai baju. ehh, tak jatuh standard pun lah kalau buat kerja rumah. serious cakap. perempuan lagi suka kalau lelaki pandai buat kerja rumah. at least dapat lah tolong isteri tu nanti kan? 

lagi lagi kalau isteri tu kerja, busy. macam DOKTOR. kalau dari A sampai Z kita nak mengharap pada si isteri kita, tak kesian ke kat dia? dia balik kerja, penat. balik rumah kena buat segala-galanya. kesian kan? kalau lah si suami tolong isteri, contohnya isteri basuh baju, suami tolong sidaikan. lepas tu si suami tolong siangkan ikan, kopek kulit bawang, isteri masak. kan seronok kan? keluarga sakinah pun terbentuk. insha Allah. 



and anak anak pun, kalau dah tengok parents saling membantu, mesti dia pun ikut membantu. kita kan belajar dari apa yang kita nampak. (: nampak tak bahawasanya tak rugi ye kaum adam belajar kerja rumah.

just a short post. but, hopefully u get the message. Assalamualaikum (:


kan comel kalau macam ni. anak tolak ayah main buai. hhe. kidding. yang baju putih tu adik saya, and the one yang pakai spect tu my cousin. 

March 7, 2013

The beginning is always the hardest

Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera. Salam Ukhuwah, Salam 1 Malaysia. PEACE ! eheh. hye hye. hello apa khabar? less than 3 weeks, then sayonara muar. ahhh. 

okay fine. so today's post is about 'Learning a new thing'. well, it is normal that when you do something new, it is always hard. so, you need a lots of practices. 

contoh #1 
masa awal-awal belajar memandu, susah kan? rasa macam besar gedabak je kereta tu. muat ke nak lalu? nak kawal stereng lagi. nak elak lubang kat tengah jalan macam mana? belum lagi cerita part dalam driving school. nak parking, naik bukit, 3 penjuru and all that thing macam susah kan? tapi bila lama-lama drive, insha Allah okay. pegang sebelah tangan, sebelah lagi main press press butang radio, suap makanan dalam mulut pun boleh. kan? 

contoh #2
masa kecil dulu, belajar membaca. A B C. lepas tu nak tulis, punyalah susah. terketar ketar tangan. menangis nangis sebab tak cantik. siap kena ada titik-titik kena sambungkan baru jadi huruf A. wahh! bukan main excited lagi. bila dapat buat. bila dah besar? masing-masing tulisan dah cantik. tak payah titik-titik untuk sambungkan pun. dah boleh tulis sendiri. until sometimes you cant read your own handwriting. kehkeh. 

contoh #3
masa awal awal belajar masak, siapa kata first time belajar masak senang macam kacang tanah? siapa cakap? susah u know. nak masak sup, kentang kena potong kecil kecil. nak masak kari, kentang kena potong bosar bosar. nak menggoreng minyak kena banyak. even nak masak nasi pun susah tahu? air tak boleh lebih, tak boleh kurang. lebih, jadi bubur, kurang nanti kerass. macam macam. so, to master in cooking, wajiblah selalu memasak ye. PEACE ! one thing that still hard for me is, pegang sudip or senduk dengan tangan kanan. memang pelik sangat sangat. rasa macam budak kecil yang baru belajar pegang sudu. ahh. i dont care, tangan kiri tetap tangan kiri. err. mana boleh! kena train tangan kanan juga nih. haihhh ! 

so, nampak tak disitu? mula mula memang sentiasa susah. well, its a new thing kan. haruslah rasa susah. But, in the end, thing will be better. sonang je. macam kopek kulit kuaci. haha. dengan syarat, practice selalu lah. by doing lots of practices, you'll know how to tackle tht thing. lama lama rasa macam biasa je. tak susah pun. (:

Tak percaya? cuba tengok soalan addmath. masa awal awal belajar dulu, serius rasa macam nak menjerit. soalan apa nii ? cikgu ajar lain, kenapa soalan keluar lain? kenapa? kenapa? HHA. mana ada lain, tak lain pun. cuma soalan tu up sikit je. buat je banyak banyak soalan, nanti jumpa lah soalan pelik pelik, lepas tu try buat. at the end nanti, percayalah, tak de yang susah pun (: sebab apa? sebab dah biasa buat. kan? 

So, jangan give up kalau awak gagal masa pertama kali cuba. chill je. baru nak panas enjin orang kata. takpe, yang penting semangat tu jangan biar dia decrease dramatically. kalau turun sikit, takpe. eh, jangan ! HHA. semangat tu, biar dia menaik. Dont let it gooooo. haha. kalau ada semangat, inshaAllah semua benda kita boleh buat dengan baik. 

comel hani ! Hani memang manja dengan ayah dia~
okay. saje je selitkan gambar hani (:

Haaa, ingat tak cerita arnab dan kura-kura? we already know tht kura kura ni jalan memang lembap kan? and Mr A ni bajet dia boleh jalan cepat, dia boleh menang lumba lari tu. tapi, apa jadi ? Mr A tertidur di pertengahan jalan. while this Mr K sangat kuat semangat. even He already knew that dia jalan sangatlah lambat. tapi, berbekalkan semangat dia yang membara, he managed to win the competition. see. apa yang penting? SEMANGAT ! sebab tu orang selalu kata, KAU KENA KUAT SEMANGAT ! yeahh chaiyokkk ! 

faham tak apa yang saya cuba nak sampaikan? well, it is normal to a normal person to feel it is susah untuk buat sesuatu pertama kali. tapi, tak kan lah selamanya kita nak susah or just easily giving up even though you're doing it for the first time. aite? nak hilangkan rasa susah tu, senang je. buat banyak kali. and jangan lupa, doa semoga Allah permudahkan segalanya (: so, chin up. smile. and try it again. you'll do better next time. okayy. Assalamualaikum 

My first half moon shawl. i bought it HERE. seriously best. labuh, tak jarang, senang nak pakai. cuma kena iron before pakai. tak macam pashmina. double chin. ghahaha. 


guess where we were at ? yeahh. my favorite place in muar

February 26, 2013

how i spent my precious time


Assalamualaikum W.B.T ya akhi ya ukhti. apa khabar jasad ? apa khabar hati ? apa khabar rohani ? apa khabar imanmu ? sila jawab dalam hati. shhh jangan bagitahu kuat kuat. hehe. Before you continue reading this entry, if you're not perform your prayer yet, please do so now. jangan lambat lambat kan ye. tak elok untuk kesihatan rohani :') 

"wahai kawan kawan marilah sembahyang, wahai kawan kawan itu pesan Rasulullah. dengan bersembahyang hati jadi tenang, jiwa jadi lapang dosa hilang Allah SAYANG" 
-Mari Bersembahyang by Aeman 

okay. Alhamdulillah dah solat. kan rasa lapang. kan? yeahh, cuti 3 bulan tinggal sebulan sahaja lagi. T.T For about 2 months being at home, I've learnt a lots of new thing. gain new experiences :') banyak benda terjadi. and everything happen for a reason. suka duka sedih tawa riang gembira masam masin pahit manis saya lalui. hidup kan, mana boleh gembira memanjang. nanti alpa dengan nikmatNya. makanya, Dia turunkan ujian dan dugaan supaya hambanya mengingatiNya. 

"orang yang teguh iman sabar dengan ujian diakhirat dia insan yang mulia" 
-Iman itu di Hati by Aeman 

sebelum cuti lagi saya dah letak azam, taknak jadi macam robot. ikut je jadual hidup bangun tidur subuh sarapan menghadap tv facebook twitter melekat dengan phone 24/7 lunch zohor asar maghrib layan Rindu Bertamu di Abu Dhabi pula sekejap lepas tu isyak tidur. No ! i dont want this such of life. ecewahh. tak nak jadi robot selama 3 bulan. makanya I've made a list-to-do. makaihh banyak actually tapi tak dapat nak fulfill semua sekali. tapi, dah ganti dengan benda lain yang insha Allah lebih berfaedah :')  

Pagi pagi bangun tidur subuh and all those thing, lepas tu buat sarapan untuk mama papa and adik adik yang nak berjuang :') serius sebelum ni saya tak pernah masak sarapan untuk family sendiri. takat tolong tolong tu adalah. tapi tak sepenuhnya buat masak dari A-Z. lepas tu sapu sampah, sidai baju. ini mengelat sebab mama yang basuh baju. anaknya ni tinggal sidai je :| 

masa arwah atuk masih ada, dalam pukul 8.30 pagi, tolong salinkan pampers atuk, lapkan atuk. lepas tu mandikan pula si comel loteh Hani :') pakaikan baju semua. ohye, ini pun first time. saya tak pernah mandikan baby, pakaikan baju untuk baby and all those thing untuk baby. semuanya first time. almaklum, adik adik saya semua dah besar. and to be honest, dulu saya tak suka budak kecik. grrrrr. tapi lama lama seronok pula dengan budak kecik ni. mereka ni penghibur di kala duka. betul, tak tipu. 

lepas tu masak :') almaklum saya ni dari form 1 membesar dalam asrama. jarang dapat peluang pegang senduk atau sudip. haihh. memang tak pandai masak. HHE. So, cuti ni saya belajar masak. mula mula tu kekok. seriously. nak masak ungkep, jadi rendang. nak ambil daun kesum, terambil rumput. almaklum saya budak baru belajar. hehe. lepas tu sikit sikit belajar siang ikan, masak itu masak ini. hehe. alhamdulillah kalau suruh masak yang simple simple tu boleh lah sikit sikit. seronok belajar masak dengan tokwan, dengan mama. tengah masak nanti berbual bual, bercerita cerita. seronok sangat :') atuk pesan, "jar, nanti dah kahwin masak untuk laki. jangan asyik makan luar je. tak elok. tak rasa nanti air tangan isteri." baik tok. baik. HHA. 


then, petang petang kalau weekdays saya kerja. jeng jeng jeng. jadi tutor kat Sek Men Tun Dr. Ismail untuk subjek physics addmath and chemistry. makanya, hari hari saya akan revise tajuk tajuk SPM dulu. seronok share ilmu dengan adik adik ni. plus, they're all sporting and supportive. always give respond whenever asked. sungguh saya seronok ! adik adik, sila senyum kalau terbaca blog akak ni ye :D you're extremely awesome. everytime nak ke kelas, hati ni rasa berdebar. faham ke tak nanti adik adik ni bila saya ajar. takut tercepat sangat, takut mereka bosan. haihh. tapi, tawakal je lah. mohon Allah bantu segalanya. 

petang petang kadang teman mama pergi beli barang atau apa apa je lah. lipat kain. takpun bersukan bersenam dengan family. kesimpulannya 95% masa adalah bersama family. this is the reason why selalu call, tak berangkat, mesej lambat dibalas. mohon maaf sangat sangat. kat rumah tak berkepit dengan phone, kadang kadang phone habis battery pun tak perasan. nampak tak betapa kejamnya pengabaian saya terhadap phone tu? kalau pergi mana mana pun, bawa phone sebab fikir kalau apa apa jadi senang nak contact mama. that's all. 


ohyaa, saya belajar jahit manik. duduk duduk ternampak manik manik kak ain dulu. terus ambil benang jarum, jahit. main jahit je. fuhh. serius jenuh duduk lama lama jahit manik ni. so, jangan salahkan kenapa tailor suka ambil upah yang tinggi kalau jahit manik ye. 



cuti ni banyak berbual dengan tukwan. kalau boleh setiap yang tukwan buat, i'll try to be there too. even tak dapat tolong sangat, at least dapatlah teman tukwan kan. she always says that she feels lonely since atok aji passed away. hm, isteri mana tak sayang suami kan? lagikan pula atuk wan yang sangat hormat, sangat sayang suami. idont know how to describe it, but for me, atok wan is the best example to be 'isteri mithali'. Really. bila duduk duduk dengan atuk, banyak benda atuk cerita, atuk pesan. most of them pasal rumah tangga. banyaaakkk sangat bendaaa. haihh. rasa berat hati pula nak balik subang, tinggalkan atuk. nanti atuk masak sorang sorang. aduhaii. Ya Allah, gembirakanlah hati atukwan. 

overall the break is the time for family. well, bila lagi nak luang masa untuk family kan? lagi lagi lepas ni dah naik degree. tambahan pula, medic. siapa yang tak tahu study medic macam mana kan? all i hope is, ada masa untuk diluangkan untuk kekasih teragung kita -ALLAH. ada masa untuk contact mama everyday. or at least every 2 days. mohon sangat. mohon sangat diri ini tidak terus alpa dengan kesibukan duniawi.

bila cakap nak sambung belajar, mesti masing masing dah jauh dari rumah. kehidupan pun semuanya sendiri. makan sendiri, katil kemas sendiri, pendek kata semua sendiri. bila nak belajar kemas rumah? belajar jaga rumah? bila? sila jawab. skill skill macam sapu sampah, lipat baju, masak, kemas rumah bukan lah benda yang boleh dibuat buat. bukan benda yang boleh belajar 1 hari dah pandai. NO. kalau lah ada orang yang baru sekali pegang penyapu terus pandai sapu rumah sampai bersih, orang tu memang hebat. jujur kata. the reason why i said so is, benda benda ni perlukan skill, perlukan KEBIASAAN dan pengalaman. kena belajar dan biasakan, baru lah boleh jadi pro :) sebab tu, bila cuti ringan ringankan lah tangan untuk buat segala benda yang mak mak korang buat kat rumah ye. jangan dok senang lenang goyang kaki ecewahhh ingat kau mam bosar? HHA. lagi lagi siapa yang ambil course yang tough. sebab bila dah study hard, susah nak cari masa nak kemas rumah, nak belajar buat itu ini. so, make use of your holiday time. tukwan pernah cakap, "dulu mama dgn atuk kemas rumah, aja tolong. sekarang ni masanya aja buat kerja rumah pula, mama dengan atuk tinggal tolong je." serius penat. idontknow how my mum do all that thing alone. dari depan sampailah ke dapur. subhanallah she's amazing ! kawan kawan, mak kita semua amazing ! percayalah. 

dan dan, waktu cutilah kita kena luangkan masa untuk keluarga. bila balik kolej, buku buku jadi teman rapat, kawan kawan teman berhibur, laptop phone and all that gadget teman kesunyian. bila sedih online. bila nak exam, cari buku. bila bangun pagi, siapa yang ditegur dulu? kawan. ha, family letak mana? call pun bukannya 24 hours per day. kan? kita luangkan masa 1 jam je pun call family. berapa % masa untuk family ? sila jawab sendiri. so that, sila lah luangkan masa untuk family. masak untuk mereka, berbual bual apa apa pun lah. bukan kata lupakan kawan, cuma kurangkann je. tak salah kan? so, for this, i'm really sorrrrryy for those call yang tak terjawab mesej yang tak terbalas semua tuh. mohon faham ye. 

p/s diri ini bukanlah ustazah yang pandai menghurai kata kata. hanya orang biasa yang diajar asas asas agama. jangan terpedaya dengan tweet atau post islamik yang saya tuliskan. kerana diri ini masih bertatih. masih banyak benda yang perlu dibaiki. jangan pandang saya terlalu tinggi, cukup sekadar mendoakan saya agar menjadi insan yang solehah. yang tidak mudah terpedaya dengan tipu helah duniawi. 

sekian. assalamualaikum :)


January 20, 2013

semalam biarkan berlalu


Assalamualaikum . Salam ukhuwah. Salam satu Malaysia. PEACE :)) Alhamdulillah still given a chance to breathe in the oxygen and breathe out the carbon dioxide and all the wastes. First of all, mohon readers semua hadiahkan Alfatihah untuk arwah atuk, Hj. Mohd. Ali bin Kasbi yang kembali ke rahmatullah pada 16 januari yang lalu. Hm, everything moves so fast. Rasanya hari tu baru pergi balik hospital jaga atuk. Tapi, Allah loves him more. 

Syukur sangat sebab atuk pergi waktu saya ada di rumah. At least, dapatlah tengok atuk. Mungkin hajar tak dapat balas jasa atuk, jaga hajar since kecil, pergi balik sekolah semua atuk yang buat. Ajar hajar mengaji. Solat jemaah sama-sama. Belanja makan biskut lepas balik dari tadika. HHA. Seronok sangat. And paling tak lupa, dulu hajar teringin nak diri dekat motor skuter, berdiri antara pemegang dengan tempat duduk. Tapi atuk ada motor Honda je, tak de skuter. So, atuk suruh hajar berdiri kat belakang atuk. Atuk pegang hajar. Comel sangat tuk. And and, hajar ni kidal. So, susah sikit nak belajar buat ketupat. Mama, papa , tok wan ajar, semua macam tak kena. Atuk lah yg ajar hajar anyam ketupat. Kalau tak, sampai sekarang kot cucu atuk nit k reti anyam ketupat. Thankyouu atuk  :))



Walau tak seberapa, tapi sempat lah juga hajar merasa suapkan atuk makan, tolong tok wan salinkan pampers atuk, berjaga malam malam waktu jaga atuk kat hospital. And dengar atuk panggil hajar ‘doktor’. Walaupun waktu tu hajar still foundation. Panggilan ‘doktor’ khas dari atuk tu antara sumber kekuatan hajar. Insha allah, hajar cuba sedaya upaya untuk jadi DOKTOR Muslimah. Sebab kerja doctor ni kerja mulia dunia akhirat. 

 *wipe tears. 
Well, kawan kawan, kita tak tahu bila nyawa  ditarik. Mungkin malam ni, esok. WE DON’T KNOW and NOT BEING TELL tho. Bila bila masa je.  So, selagi berkesempatan, buatlah baik pada orang orang yg banyak berjasa pada kita. Tell them that you love them. At least, kalau kita/mereka pergi dulu, mereka sempat merasa bakti kita yg tk seberapa. Fikir fikirkan 

And same goes to BERUBAH. most of us buat azam like ‘2 minggu lagi aku try pakai tudung’. ‘next year aku berazam nak belajar sungguh sungguh. Sekarang, lek lu broo’ . hey heyy, lu confirm ke lu masih hidup esok ? confirm ? hm. Tak,kan? Takda seorang pun yg tahu saat kematiannya . so, kalau kita ada niat baik, buat terus. Jangan tangguh. 

So how to change into a better person? A better muslimah? 

First of all, always and always bear in mind, I WANT TO BE A BETTER MUSLIMAH. A BETTER PERSON. NAK JADI SOLEHAH. Maknanya, kita dah cakap dah kita nak jadi yg lebih baik. Nampak tak, ada LEBIH. So, kenalah lebih sikit kalau nak buat baik. Banyakk pun takpe (: contohlah, dulu kita cakap kasar. Tang tung habis semua keluar. LANTAK LAHH BLA BLA BLA. Okay. How about kita ganti dengan cakap lembut lembut. One tip is, senyum waktu bercakap. Insha allah perkataan dan intonasi pun jadi elok, lembut je. I’ve observed this to many people. Yg lembut lembut, yg cakapnya boleh buat kita pun nak cakap macam tu semua cakap sambil senyum. Sambil dia bercakap tu, dia belai belai kita. ALLAHU. Seronok tau rasa dapat bercakap dengan org yg lembut lembut ni. 

Selalukan diri bercakap dengan orang yg lemah lembut, sopan santun, baik baik. Kita teringin nak jadi macam mana? Kalau kita teringin nak jadi baik,macam orang tu, try kawan dengan dia. Tengok macam mana dia. Yg baik dijadikan contoh, yg buruk dijadikan tauladan.

Then, mathurat jangan tinggal. Lagi baik, dan kalau boleh, dan boleh bolehkan diri , baca erti dia sekali. Solat dhuha, dhuha, pembuka pintu rezeki(: kalau free, buatlah. Dekat campus tu, bukannya straight jadual macam sekolah kan? Apa salahnya kita spend masa untuk Allah. Kita boleh spend berjam jam untuk study, tapi takkan kita tak boleh spend at least 30 minit sehari untuk jumpa dengan ALLAH. Untuk bersyukur dgn nikmatNYA. Kan? 

Next, rajin rajin kan diri pergi usrah. Serious tk rugi. Insha allah. Sebab dalam usrah lah kita boleh bertaaruf, berbincang bincang dalam bulatan. Akak akak usrah pun baik baik kan? Mungkin pada kita, benda ni remeh. Tak penting. Tapi, sebenarnya usrah usrah nil ah yg mengisi ‘kelaparan’ hati kita. Sama-sama dengan group usrah baca ayat quran, faham maksud ayat. Mungkin masa zaman sekolah, kita sekadar hafal untuk exam, maka terjadilah fenomena lepas exam hilang lesap. Makanya, bila berkenal balik dgn ayat ayat ni, diulas lagi. Kan lagi faham. Kalau rasa macam malas pun, rajinkan je pergi. Konon konon rajin dulu, insha allah nanti lama lama terrajin sendiri

Dari segi penampilan, try untuk pakai apa apa yg menutup aurat. Mungkin pakaian kita dulu tak sesuai dan tak mencukupi syarat. Like , er, tak cukup longgar, tak cukup labuh, tak cukup kain. Some might said, nak pakai tutup aurat, tapi macam mana, takkan nak buang semua baju lama ni. Lepas tu nak beli baju baru baru which is obviously need lots of money, is it? Senang je cara, banyak baju kurung kan? Pakai je baju kurung. Even though pergi mall. Tak pelik lah saying. Cantik sangat. Mak mak kita pun selalu pakai baju kurung pergi shopping kan? And tudung tu, asalkan tutup dada, okay lah tu. Nak senang pakai pin atas bawah tu je.straight. tapi jaga jaga, takut ternampak leher. Sikit sikit nanti belilah tudung bidang 50 ke. Lepas tu 55. 60. Ha, lama lama inshaa allah

Bila nak keluar rumah, cek balik, tudung kita lepas dada tak? Baju kita lengan panjang tak? Kaki kita bertutup tak? Seluar kita cukup longgar tak? Nanti nak sujud, sakit tak kaki kita? 
Others is, berdikit dikit dengar lagu lagu nasyid. Kalau dulu siaran radio utama kita HOTf.m FLYf.m HITSf.m ERA or else. Cuba tukarkan jadi IKIMf.m. ehh, IKIM best. Serious best. Pagi pagi biasanya ada talk. Kalau sabtu pagi, ada talk dari DR. MUHAYA. Malam pun ada talk. Tak rugi. Awal awal memang kadang rasa macam hmphh. Apa nniii. Bla blab la. Tapi, paksakan je telinga dengar. Lama lama inshaa allah, kita jumpa apa yg seronok kt situ. Trust me ! 

And yang paling penting, doa semoga hati sentiasa kuat dan istiqamah. Kita ni manusia. Benda paling susah nak diubah adalah diri kita. Bila bila masa je boleh lemah. So, mohonlah kekuatan dariNYA 
Sekadar berkongsi. Semua ni pun atas pemerhatian maka tercetusnya hypothesis dan analysis. Haha. Seronok tengok orang tweet ayat ayat yg bila dibaca menenangkan hati. Allahu. 

YA ALLAH, jadikan lah kami antara hambamu yg bersyukur. Antara hambamu yang engkau kasihi. Jadikanlah kami anak yang solehah. Bahagia dunia akhirat. aaamiin

#note to self

assalamualaikum (:

January 14, 2013

reality or fantasy

Assalamualaikum :) nampaknya FIS Taylor's Lakeside dah terima junior baru. ecewahh. ada geng MRSM Pontian. welcome welcome. selamat menjalani kehidupan sebagai 'pelajar u' :)

"dah masuk U? Wahhh! seronoknyaa!" "cehh, student u!" "best tak masuk u? mesti best kan? tak terkongkong". ouch. when u're entering u's life, that's mean you're in a stage of preparing yourself to enter a real life. which u'll face a lots of obstacles or anything else. yeahh, it's a real life. mungkin zaman persekolahan dulu kita ada ustaz yang tegur kita setiap hari dekat surau. mungkin kita rasa annoyinggnyaaa. cakap benda yg sama je.huh. astaghfirullah. mungkin yang tinggal di asrama adanya waktu prep. ohmyyyy, dah pukul 3. prepppp ! study room! aku tak siap basuh baju lagi lah woi! dan mungkin, mak mak umi abi daddy papa kita asyiklah tak kasik kita keluar rumah. haih baru nak berjimba dah tak kasi. apa ni..bla bla bla. tapi, sedar tak kita benda benda ni lah yg mendidik kita. benda benda ni lah yang menahan kita, at least 1 step untuk kita buat benda yang salah. 

Ya, segala yg kita anggap 'annoying', yang katanya 'terkongkong', yang katanya peraturan terlalu 'merimaskan' inilah yang menyediakan diri kita sebelum kita dilepaskan ke dunia realiti yang kadang kadang tak semua dari kita boleh handle dan tak semua dari kita confirm confirm masuk atas landasan yang betul betul dari awal sampai akhir. SEMUA NI LAH. 

bila dekat U nanti, takde dah "no handphone". "no smoking". outing only on weekend. takda dah orang nak terjerit jerit suruh belajar. TAKDE. semua jadi bebas. and it's all about how you manage all those thing to make sure you're always in right track, right path. jangan terkejut kalau nanti ada antara kawan kita yang keluar malam, yang tak pernah pergi konsert, tiba-tiba every weekend dia pergi walaupun waktu tu ada exam besar. jangan terkejut kalau yang dulunya rajin study, tiba-tiba malas nak study. assignment disentuh waktu last minit. yang dulunya selalu mengimamkan solat tiba tiba pakai seluar pendek atas lutut. yang dulunya ahli kelab kerohanian, tiba tiba pakai tak berapa nak longgar. jangan terkejut. because it's life. 

NO. IT SUPPOSED TO BE NOT.

how to make sure you're not one of them? okay. ingat balik, apa tujuan kita masuk u. apa harapan ayah dan mak kita? bila buat sesuatu, cuba fikir, agak-agak kalau mak ayah aku nampak, diorang suka ke sedih? and always contact your mum every 2 days. or if possible, everyday. and let them know, where are you going. wtih whom. bla bla. as you wish your child do for you for the future. 

secondly, pilih lah orang yang boleh bimbing kita ke arah yang mendekatkan diri kita dengan yang Maha Mencipta. join group usrah. luangkan masa untuk usrah. kadang kadang agak agak macam tk berapa nak minat sangat pun, just datang. duduk situ. at least, masa yang kita luangkan itu adalah untuk hadir ke majlis ilmu. bukan untuk perkara laghaa. its say, duduk majlis ilmu dengan tidur krohhkorhh dengar lagu oppa gangnam style. which one you prefer? 

okayy. andai kata kita terlepas usrah minggu tu, nowadays teknologi merata rata kan? buka ipad, tab, iphone , laptop type je 'youtube' which im sure you know it already. then, tekan je mana mana ceramah yg anda gemari. cewahh.banyakkkk. dont worry. Fatimah Syarha. Dr. Muhaya. UAI. Hilal Asyraf. Aiman Azlan. banyakk. takpun, baca blog blog. like AISYAH SYAKIRAH AIMAN AZLAN or anything yang boleh bawa kita at least one step into jannah :) 

kadang kadang kita selalu mengelak dari majlis majlis ilmu dengan alasan assignment banyakkk. tak sempat. exammmm. oh nooo ! ada date^^. ecewahh. okay. awak, bila lagi kita nak duduk sama-sama dalam majlis ilmu yg Allah sendiri dah nyatakan, org yang sedang dalam majlis ilmu, malaikat akan menebarkan sayapnya. allahuu. seronok nyaa. one step into syurga ! kalau bukan sekarang, bila lagi ? nak tunggu kita nak tua kerepot, tak terdaya baru nak menyesal. "eishh menyesal dulu aku boleh jalan. boleh melihat mendengar dengan jelas. tapi tak pergi" . betul tak? 

next, jangan tinggal amalan amalan waktu sekolah. kalau waktu sekolah kita terdidik dengan solat dhuha, mengaji selepas maghrib, mathurat lepas subuh, macam ni lah kita waktu di u. jangan tinggal. teringat ada seorang akhi cakap, "nak tengok seseorang tu, tengok amalan dia sebelum dan selepas SPM". faham kan maksud dia? 

then, selalu refleks diri. kita ni makin teruk ke makin better? dulu kita macam mana? sekarang ada progress yg baik ke tak ? kalau tak, apa lagi, mari kita baiki :) 

dan jangan lupa berdoa :) YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK KE JALAN YG BENAR. YA ALLAH, tetapkanlah aku atas landasan agamaMu. dan janganlah kau bolak balik kan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami. amin ya rabbal a'lamin.

INSHA ALLAH, everything will be fine kalau kita betul betul nakkan reda Allah. doakan semoga kita semua sentiasa atas landasan agamaNya. sedikit perkongsian ini diharap dapat dimanfaatkan :) 

doa dhuha :

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu. kecantikan kecantikanMu. keindahan keindahanMu. kekuatan kekuatanMu. kekuasaan kekuasaanMu. perlindungan perlindunganMu. 

Ya Allah jika rezekiku masih di langit turunkanlah. jika di bumi keluarkanlah. jika haram sucikanlah. jika jauh dekatkanlah. jika banyak berkahkanlah. dan jadikan tanganku di atas untuk memberi bukan di bawah untuk meminta minta

berkat waktu dhuha, kecantikanMu keindahanMu kekuatanMu, kekuasaanMu. limpahkan kepadaku segala berkat yg telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yg soleh. amin :) assalamualaikum. sobahulkhair
TuneList - Make your site Live