August 29, 2014

Trip to Port Dickson & Melaka

Assalamualaikum w.b.t
so yeahhhhh. Dah janji dah kan haritu nak update entry about our trip to Port Dickson dan Melaka? Baca SINI. SO, here we go ! Actually lama dah plan nak buat trip ni, cuma tak berkesempatan untuk menjadikan ia satu realiti je. Alhamdulillah, berkat ketabahan dan kekuatan yang buatkan si pihak penganjur bertahan, trip ini menjadi juga. *HHA. ayat poyo.

Last week, hmmhmm on my birthday 22 Ogos *lalala kami bergerak ke Port Dickson, Bandar Tentera Darat. Dalam 2 jam dari Subang campur tolak jammed lagi. Pukul 8.30 malam macam tu kami check in di Cocobay Resort. Cocobay ni serius dekat betul dengan rumah sewa papa. Dulu-dulu boleh kata every week turun PD sampai dah malas nak ikut dah kadang kadang. Naik sekolah menengah pergi setahun sekali je, itupun sebab nak datang beraya. And raya tahun ni tak berjalan, so total up dalam setahun lebih juga tak turun sini. So imbau kembali zassssss. 


Masa check in, bas tak dapat masuk, makanya tenaga tenaga perwira kamilah diperlukan untuk angkut all the stuff. like seriouslyyy dah lah jauhhhhh. angkat angkat. dengan salah naik tingkat lah bla bla bla. haha. lepas tu masa nak solat, ambil air sembahyang, like seriously I can't lift my hands up kot. Cuak dah time tu. HAAAAAAA tu lah lama sangat tak work out ! pfffttttt nampak sangat tangan dah lembik ! dok ghapo eh, balik dari PD ni katang lah nanti. kakaka. Then, dalam pukul 9.30 malam pergi cari dinner. so, jalan kaki. yang ni seronok ! sebab.. sebab jalan kaki ramai ramai ni macam seronok sangattttt ! isn't it so ? Dia macam, kalau jalan kaki, kita akan sama sama, without any barrier kot. kalau naik bas, dengan tempat duduknya lagi, lepastu macam kena pilih pilih nak duduk sebelah siapa semua kann. kalau jalan kaki, kita jalan sama sama, kan sweet and sour gituu^^ 


There is something happened at that time. Next post okay ! 

23 Ogos 
Bangun and siap siap apa semua. Then pergi pantai. oh. pantai dia belakang tempat penginapan kami je. dalam 10 minutes walking. pantai dia pun puas hati lah because bersih and tak ramai orang sangat. cuma bila tak ramai orang pergi situ, means tak banyak fasiliti. but overall is GOOD ! (:



First, game Running Man. hmm macam mana ek, dia macam bola beracun gitu lah. tapi each group ada 1 Queen and kita kena protect that queen. kalau queen tu mati, satu group tu mati. haha. guess whatttt, our group is the champion kot ! haha. 




Then, the next game is masukkan air dalam botol guna span. game biasa. tapi kami buat luar biasa. sebab guna air laut ! and actually this is 2 in 1 game. sebab nak masukkan air tu, kena ada partner and ikat kaki. HHA. so challenging right? among all 4 group, only 1 group yang hantar wakil perempuan, and perempuan juara ! HHA. nampak tak perempuan ni sifat dia macam mana? teliti kot sampai penuh 1 botol ! congrats Nik & Fathin ! but, my group still okay. tempat kedua. HHA. 


Lepas tu, dalam pukul 11.30 macam ada orang offer naik banana boat. likeee 11.30 matahari dah naiiiikkk kottt ! Tapi time tu tak terfikir langsung pun semua tu. HHA. nak naikkk jugaa. sebab aku tak pernah naik walaupun dah berulang kali pergi PD tu. pffftttt. at first macam takut juga lah. sebab ceq tak pandai berenang -.- tapi okay je alhamdulillah. HHA. ada life jacket and Allah jaga (: tengah laut tu sempat juga aku apply balik water confident yang aku belajar masa pergi camping dulu. sampai tak nak naik balik haaa. Disebabkan kitorang ni terover excited minta 5 kali jatuh, like seriouslyyyy sakit kot air masin masuk hidung. lepas tu last jatuh tu kena berenang sendiri. berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian, bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian. tapi masa berenang tu I was likeeee aaaaa jauhnyaa. boleh tak nak stay je kat sini? mengada-.-


naik naik je semua sunburn ! Masing masing macam udang kena bakar. Pergi, elok elok je putih bersinar, balik semua macam udang. aaaaaa this is sooo. Lama kot tak sunburn. tiba tiba kena balik. haha.balik balik semua dok melepek. penat kottt. then comes the power nap ! Rasanya aku sempat lelap sekejap je kot tapi puas ! 

petang tu prepare untuk aktiviti malam: Barbeque !
First time kot aku membakar. haha. before this, kalau ada barbeque je mesti yang lelaki bakar. hek eleh. perempuann pun nak. kali ni aku bakar. haha. dapatlah juga belajar sikit sikit. kalau boleh aku nak tahu sebanyak mungkin benda waktu kat universiti ni. nanti dah tua tua boleh survive sendiri ye dok? 


Saje nak share from what I've learnt that night,
kalau masak ayam, kena betul betul pastikan darah dia kering. sebab darah ayam banyak bakteria. 
tapi kalau daging lembu, takpe. so, kalau keluarkan ayam dari freezer, wajib defroze and basuh dulu before masak ! WAJIB ! tapi kalau daging, takperlu. keluarkan terus masak. okay? 

girls, you should avoid choosing kepak as your favorite part kt ayam tu. bahaya okayy ! 

24 Ogos
bangun pagi. siap siap untuk check out and heading to Klebang, Melaka. Kami ke PUSAT KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHAGIA, KLEBANG. diasaskan oleh Encik Ibrahim Roy. He's a muslim btw. impressed ! at age of 47 he already contribute something to society. Beliau yang buka pusat ni. usaha beliau. sejujurnya, aku rasa kagum dengan orang macam Encik Roy ni. hello, tak semua orang sanggup sacrifice duit and even his own life untuk masyarakat kan. Semangat Encik Roy ni kuat sungguh. Banyak kali proposal untuk beliau tubuhkan pusat ni ditolak. but still, beliau berusaha kot !"BUAT BAIK ! tu je kunci hidup dunia akhirat." "saya, anak anak semua dah besar, so saya buka pusat ni. bukan apa, siapa nak bela nasib anak anak syurga ni?" impressed ! seriously ! Encik Roy, seriously kami kagum dengan semangat Encik Roy. Moga semua urusan dipermudahkan! and moga moga kami bakal-bakal doktor ni pun akan kuat semangat untuk bantu orang like what you did ! amiin. 



Most of them memang totally atas katil. tak dapat bergerak. and most of them suffer from cerebral palsy (damage to the brain). so bila brain affected, banyak fungsi badan terganggu. one of them is, mereka tak membesar. ada seorang anak syurga ni, he is 14 years old, but the body size looks like 5 years old. most of the cases are due to infection during pregnancy or having complication during delivery like lambat deliver so oxygen kurang. refleks balik, syukur kan kita ni sempurna. Allah. 






next or last check point is rumah shukri. lunch there ! merasa asam oedas melaka. blurppp kenyang ! Family shukri baik sungguh. May Allah bless you and your family shuk !


ALHAMDULILLAH. maka dengan ini berakhirlah trip ini. setelah berminggu minggu pulun to give the best. maaf untuk cacat cela trip ini. banyak yang dipelajari dari trip ni. and lagi kenal batch sendiri kot. like, tengah tengah trip ni, "baiknyaaaa diaa niii" "eh aku boleh bercakap dengan dia ni?" "ehh boleh je aku masuk dengan diorang ni" "bagusnyaaa diaa niii" and so on. nampak tak? kalau duk bertapa denpan buku je, apa pun tak boleh. haha. GOOD LUCK semua ! 

next post nantikann. zasss 



Assalamualaikum ! (:

August 18, 2014

Teaser Program

Assalamualaikum. Kabare semua? haha. hmhm, saje nge-post teaser program ni. actually, kami (batch Mara Taylor's 2012) will be having a trip to Port Dickson. yeayyy ! Lama dah plan benda ni. I think since in SSM block (January '14). Tapi kali ni baru betul betul serius nak buat. Shukri yang plan. and ramai yang membantu. 

If I'm not mistaken, I've mentioned somewhere in this blog that I do love this batch so much is it? sebab.. 

Macam macam sebab. aku ni anti-sosial sikit orangnya. pemalu (lalala), jadinya aku macam susah sikit nak mesra lagi lagi dengan one whole batch. apatah lagi nak tolong organise event. jauh sangatttt. HHA. seriously. macam hmmm kurang keyakinan kot. sebab aku sangat susah nak masuk dengan orang. so bila susah nak masuk, macam tak ngam, bila tak ngam, gua malas nak buat apa-apa. pfffftttt. apo bonda ko nih hajar oi. okay okay. 

but not with this batch. awal awal masuk dulu memang like kera sumbang juga lah aku kat sini. kakaka. tapi lama-lama, dah sayang dah. sebab semua orang baik baik. lelaki or perempuan, semua okay. we're like one big family. ada MAMA. tapi tiada ABAH. haha. semangat bekerjasama bagai aur dengan tebing, rapat bagai isi dengan kuku, bagai air dicincang takkan putus, menghasilkan 1 moto MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ! yeahhh ! HAHA. serious. Masa awal masuk Taylor's ni, kami selalu tukar makanan. Kadang kadang lelaki masak lagi sedap dari perempuan. tapi tak selalu pun. ada je diorang hantar spaghetti garam tumpah. lalala. Lepas tu start lah buat makan-makan sama sama. 


Bila duduk rumah sewa, susah sikit nak kumpul sebab dah lain lain blok or tempat. but, still we make time to be together. buat potluck, celebrate birthday, makan makan dan makan. oyeahhh. seronok. bila makan makan, start masak masak sama sama, belajar masak. (ceq tak pandai masak. Tapi ceq minat masak. haha). Tambahan, masing masing ringan tulang. seriously. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Friend in need is a friend indeed. Berkasih biar satu, berkawan biar beribu. *ehhhh Haha.

Buat trip ke sana dan ke sini. daripada tak reti sangat guna WAZE sampailah sekarang emm bolehlah nak jalan tu. kurang sikit dah sesatnya. haha. Dari pergi ke KLCC ke iCity sampailah Pergi Pulau Pangkor, pergi Penang, Kedah, bla bla bla. we have our own professional driver okay >.< And of course sepanjang trip meredah onak dan duri itu banyak benda yang jadi. suka, sedih, kelakar semua ada. yang tragic pun ada. aaa banyak sangatt. kan dahh.


There's a lot ! and yang perempuan pun, semua baik baik belaka. penyayang ! TAK TIPU. Semua tak kedekut, tak lokek. even masa awal awal, susah sikit untuk memahami dan difahami, but lama lama alhamdulillah everything is okay. Masing masing saling mengingatkan, saling menyayangi, saling mengambil berat. hmmhmmm. kalau dah macam ni, mana boleh tak sayang dah kannnn. 

and their parents are also nice ! seriously. contoh macam trip kali ni, family Syaira yang sponsor tempat penginapan kami. so dah save kat situ. lepas tu ada lagi yang nak sponsor makan and so on. kiranya semua dipermudahkan. Alhamdulillah (: All I hope is, kita semua akan rapat macam ni as a family now and forever. semoga kasih sayang yang Dia campakkan ini akan terus mekar, diberkati sampai ke tempat yang paling indah. SYURGA. 




Family Syaira Assila (:

lari tajuk dah. haha. so, nantikan next post about 3 hari 2 malam trip ke Port Dickson kami. Ada Barbeque ! ada swimming pool ! haha. okay okay. Moga moga semuanya berjalan lancar. and dipermudahkan. amiiinnnn. See you soon ya ! 

August 16, 2014

BRACES (:

ASSALAMUALAIKUM (: so yeah. hai semua. hai hai. HEHE. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf Zahir dan Batin. andai ada terkasar bahasa, terlupa, tertinggal, termasam muka, termoody tak semena, haihhh HAJAR HAJAR. So many mistakes. I'm sorry guys :|

So here. I wanna share about hmm BRACES.
Last week I put this colourful metal on. cehhh. blerghh. what ceh haa? sakit tahu? ehh takde lah. tak sakit. okay je. don't worry. hehe. actually, i've been waiting for this time to come for sooo long. aku simpan duit bertahun tahun kot sebab nak buat braces. -.- alasan nak buat braces? hm, look at the picture below.


my upper teeth termancung sikit. aaaa. this is so obvious when i laugh and someone took my picture. ohmaigadd. and my lower teeth, hm tak align. adik selalu ajuk ajuk. pffffttt itu budak kann. grr. okay. so i made decision, nak buat braces. actually tak expect pun nak pakai sekarang because I don't think mama will allow me to do so for now. tapi, macam mana tak tahu, tiba tiba 1 malam ni saje google google pengalaman others wearing braces, then tersurvey tempat. tiba tiba dapat tahu klinik yang aku dok usha dari FIS ada sediakan orthodontic treatment. lagilah kuat keinginan nak pakai braces ni. HHA. and the review from others pun ok. so, balik rumah, i make a proposal and cakap kat mama. at first mama like so-so je dengan aku. but then she is okay (:

So, a week after raya I went to Klinik Pergigian Impian, Melaka. 

KENAPA pilih klinik ni?
Klinik ni sebelah je dengan Melaka Sentral. so, macam senang sikit kot kalau ada appointment and aku dari subang, boleh stop kt melaka sentral. jalan sikit sampai dah. and klinik ni range harga dia pun okay. and klinik ni je paling dekat dengan Muar. and from the reviews i've read, the doctors are really nice.

and Yeah. seriously. both the doctor are really nice. honestly, aku jarang jumpa dentist. So, seriously a lil bit awkward. bukan takut ok. and until now aku tk faham kenapa orang takut jumpa dentist. kakaka. okay, that time, jumpa DR ZAKIAH. lembutnya masha Allah. sebelum buat apa apa, Dr ni akan start with bismillah.that makes me calm (: you know, aku macam excited sangat setiap kali jumpa doktor or nurse yang baca bismillah before doing something to the patient. 

2/8/14 
first, ambil acuan. tak sakit pun. serious. korang duduk lek lek je. let the doctor do their job okay. tarik nafas hembus. done. then ambil xray. 

6/8/14
jumpa DR ZAHAR pula. this time, kena cabut gigi. haha. 4 batang okay. normally orang buat 2 batang 2 batang. tapi takes time. haha. aku rakus sikit. malas nak datang banyak banyak kali. so, i asked the doctor, boleh tk nak cabut 4 batang terus hari ni? "hm, boleh je. cuma nanti kesian kat awaklah sebab sakit" takpe. saya tahan insha allah. haha. bajet katang -.-. and alhamdulillah. all is well (: cuma darah banyak ya ampun. ye lah kan, 4 batang kot-.- memang balik tu, baju ceq penuh darah. macam dracula rasa ha. balik tu serious tak boleh makan. sebab takut termasuk dalam lubang tempat cabut tu. and nak gigit pun masha allah. haha. until one part aku tak tahan lapar, aku makan je. tapi telan je. kakaka. kesian GIT gua. kena telan maggi seurat seurat. Dan kunyah pun paling tidak guna lelangit. This is soooooo pffttt. im skipping the deglutition phase. only after 4 days extraction ceq makan nasi. tu pun sikit dan ceq lenyek lenyekkan. macam makanan hani dah.

12/8/14
yeayyyy. pasang braces ! actually i got infection dekat salah satu tempat cabutan tu. that's why rasa bengkak semacam. but the doctor dah bersihkan dah infected area tu. tak sakit okay. From the doctors conversation, doctor tu tarik sikit blood clot on that area, bagi keluar darah sikit, then bersihkan. Tak rasa apa apa pun. Cuma bila the doktor tekan guna kapas je rasa sikit kena tekan. Without anesthesia tau. Dr tu je yang ngeri tengok darah. gua lek lek je senyum senyum. hehe. then pasang. first, the doctor will polish your teeth. dia macam kena berus guna mesin. tak sakit pun. serius. lepas tu pasang bracket, pasang wire then pasang band. so, first timer ni of course pilih purple! purple pink. ayu gitu. lol 

malam tu start lah sakit. and start lah jadi baby balik. start makan benda lembik lembik je. haha. memang baby dah oi. tapi takde lah sakit sangat sampai tak bisa tidur like others said. cuma rasa ditekan, tu je. so susah nak gigit. plus, aku fobia dengan infection tu. because infection tu due to ada makanan yg termasuk kat lubang gusi tu -.- but, all is well. 

So, total kos untuk pakai braces ni:

Acuan.      = RM 50
Xray.         = RM 100
Cabut.      = RM 200 (RM 50 each)
Deposit.   = RM 1000
Bulanan.  = RM 150

Kakak katang gigi besi 😅😅😅



Like seriously, I don't know how to smile with this foreign thing in my mouth. Aaaa. And bila pakai braces ni, mulut tak boleh biar kering. Because bila bercakap or gelak, your lips will tend to tersangkut on the bracket. Haha. Bayangkan kalau dengan rakusnya kau nak put your lips back to it place. Mau tak berdarah haa. And as for me yg suka gelak ni, serious memang selalu tersangkut. Then mulalah tutup tutup sebab nak angkat balik bibir tu jadi normal. Mak aihh. Haha. But overall is im happy. *takmasal

Saja nak selitkan gambar raya with le bff. 



The BFF since 2008. Hoyeahh. Takde mereka, jadilah aku seperti kapas kapas melayang. Aherher. Kebetulan we're wearing same colours. Women in grey black :D 


Till we meet again ya ! (; 

TuneList - Make your site Live