June 18, 2014

(: (: (:






MANA BOLEH TAK SAYANG KALAU MACAM NI >.< 

TRIP TO PENANG KEDAH PERAK

ASSALAMUALAIKUM (: again. blog terbengkalai lama. takpe. mencuba sehabis baik untuk menulis at least once a month. Mari Mari ke arah Sebulan 1 Entry :) so, kabare semua? moganya semua sihat walafiat. fuuhfuuhh. As I promise before, nak share cerita about our trip to utara. pakat mai sini pulau pinang satu destinasi lalala~ walaupun macam dah lapuk sikit cerita ni. Nak cerita juga. Nanti dah tua tua boleh baca balik (: 

Well, I was a little bit teruja nak pergi ke sana sebab tak pernah berjalan belah utara kot. pernah dulu dulu, masa darjah 5 kot, pergi Penang. tapi ikut rombongan sekolah mama, so dengan student yang besaq besaq, dengan kakak gua yang taknak geng dengan gua yang macam kanak kanak ribena lagi, so tak rasa sangat ah. tetttttt. Dari tahun lepas lagi beriya iya nak pergi. Siap plan dengan Shadow lagi semua nak pergi waktu sem break 3 bulan tu. seriously, I do really want to see bendang. errr mungkin sebab tak pernah tengok kot. pffffttttt dah 20 tahun pun tak pernah tengok bendang? what? hek eleh. biarlah. at least ada keinginan nak tahu ;p tapi tak jejak jejak juga. until tiba tiba Faiz jemput wedding kakak and abang dia. yeayyy! 

okay. Bismillah. Saya buka cerita dengan...
DAY 1



So, kami bertolak after solat jumaat. and straight to our first destination --> Penang. lepas tu sedut sedut angin penang sat, and dinner at D'Seafood Paradise Teluk Tempoyak. makan seafood makan seafood. I don't know how to appreciate seafood sebab saya tak makan seafood. apa boleh buat, badan terlalu rajin bekerja. HYPERSENSITIVE sampai. wuuwuu. So, seriously I don't know how to appreciate seafood. bagi aku SEMUA sama. udang tu tetap udang. yang ada banyak banyak kaki, yang duk meringkuk macam huruf C itu udang. yang ada cengkerang tu kerang. tak tahu lah macam mana nak appreciate. orang kata makan seafood sini sedap, sedap dari yang sana. bla bla bla. okay. fail bab seafood. err, kesian anak anak ceq nanti, tak merasa seafood air tangan mak dia. -.- So, mereka mereka menikmati sotong goreng tepung, kerang bakar, tomyam semua. me, err makan nasi dengan ikan siakap dan kerapu. NOT BAD. kenyang! sekenyang harganya juga. haha. RM 196.70 for 7 people. Lepas ni boleh try pergi Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar. booo orang Muar sendiri tak pernah jejak kaki kat sini T.T 


DAY 2
bangun pagi. siap siap semua. and tolong tolong buat breakfast. Nasi Lemak. fuhhfuhhh mak Imran punya nasi lemak tiptop! seriously. tambah nasi 2 kali. haha. Tak pe, lepastu kita bakar lemak dengan jalan jalan di PASAR KEMBOJA

Girls, korang should go here! HHA. seriously. Murah ! Laaagiii murah dari Jalan Tar. Telekung Vietnam yang aku pernah beli dengan harga RM55, kat sini dapat RM35 je. Bagai orang mengantuk disorong bantal. sempat grab 1. bab telekung ni, aku suka yang colour gelap. sebab dia TAK JARANG. so tak perlu risau dan tak perlu pakai inner kot. sebab kadang kadang orang tak perasan telekung yang diguna tu jarang, errr. okay. niat asal macam tak nak shopping. nak jalan je. nak jalan je. tapiiiiiiii kain pasang dia menggoda sangat. aaaa. naluri wanita. cisss! sempat grab 5 pasang. untuk tokwan, mama, kak ain, adik and of course for ME (: Buat baju raya aidiladha nanti. Fathin pun tak kurangnya memborong. seriously, berbaloi kot ! 

so, Plan asal nak gerak ke rumah Faiz pukul 7. lepas tu cakap pukul 10.30 pagi. hmhm tetapi dah takdir gerak pukul 12 juga. HHA. takpe. asalkan selamat. ye dok? from penang to Kodiang kedah. it takes about 3 hours. sampai sampai dah pukul 3. but still ramai orang. kalau kat Muar dah lengang dah ni. almost sepanjang jalan kiri kanan Bendang ! kulihat hijau~ 


Jubah koshibo from Addeencloset. seriously I feel like a princess sebab kembang betul bawah dia. HHA. and it is really comfortable! berbaloi baloi (: and tudung flora chiffon from RANNA RASYEEQA. best! tak payah iron sangat pun takpe sebab dia tak mudah kedut  >.<



okay. kat sini excited sikit. sebab kawasan rumah Faiz seriously best! NATURE sangat! okay. Ini namanya pakatan. So, makcik makcik pakcik pakcik bergotong royong untuk majlis ni. they're all friendly. seriously! 

One Two Three say APOLLO. okay ini bukan biskut Apollo yang korang makan untuk menambah kolesterol ye. hihi. ni Apollo untuk kukus nasi. err sorry gambar tersenget 90 degree. tak tahu kenapa. So, basically Apollo ni nanti, dia letak talam or dulang susun susun and letak beras on each talam. lepastu kukus. dan keluarlah nasi. benda baru. rasanya kat Muar takde orang guna Apollo ni. biasanya guna periuk nasi yang besar gedabak tu je. So, we were like a bit terujaaa. HHA. 


pusing pusing keliling rumah Faiz sambil meneka nama pokok. ini harus diteruskan. at least, dapat melahirkan doktor yang serba boleh. bukan sekadar tahu nama drugs malahan nama pokok pun tahu. cewahh! 


meet our new friend, Jenny. she's a Korean btw. comel kan dia pakai tudung? (:


Taraaaaaa. inilah tuan rumahnya. ohh pondok ni pun ayah Faiz buat sendiri. wow! seriously. ada pondok tempat santai santai dengan family, ada pokok pokok belakang rumah, ada kolam itik, ada kolam ikan, ada perigi. fuhhh! cuba kalian bayangkan. 



Taraaaaaa. bakal bakal Doktor (:

Actually ni majlis ni pengantin 4. tapi sempat bergambar dengan sepasang je. this one kakak faiz. I just knew that most of orang kedah tak guna pelamin on their wedding day. so, majlis ni pun takde pelamin. just ada tempat special untuk makan beradab. 

Habis pusing pusing keliling rumah Faiz, next destination is rumah Shadow. er, yang serba purple tu. sempat membasah tekak dengan air sirap ais. fuhhfuhh with tembikai as the complement (: 

Next, to atok azizul's we go in Tanjung Piandang.
kali ni pun serious seronok! I'll tell you later apa yang seronok. sampai sampai rumah atok Azizul dah pukul 8 lebih tak silap. and again, makan! seriously, sepanjang trip ni saya makan overdose! HHA. sebab semua sedap. nak buat acano, ye dok? atok Azizul seriously friendly. and as for me, I'm more comfortable berbual dengan atok atok kot. sebab kat rumah pun selalu berbual dengan atok atok. 

After makan, kita makan lagi. kali ni makan Char Kuey Teow Omaq pula kat Penang. fuhhh! tip top! See, I told you before kan, kerja sepanjang trip ni is makan makan and makan. HAHA. takpe, sekali sekala kita manjakan stomach dan GIT kita. ye kan? hoho. 




DAY 3
fuhh. pengalaman duduk di rumah yang dikelilingi bendang. serious suasana kat Tanjung Piandang ni fully nature! bangun pagi pagi pun sebab dengar ayam berkokok. err, kat Muar pun duduk kampung tapi susah betul nak bangun sebab dengar ayam berkokok. adakah sebab ayam ayam Tanjung Piandang lebih energetic berbanding ayam Parit Wahid? atau telinga dah immuned dengan ayam Parit Wahid? persoalan. Then, mandi semua gua excited nak turun bendang. HHA. keluar keluar rumah nampak ayam belanda aka ayam kluk kluk. masa kecik dulu ada je ayam kluk kluk ni kat rumah, tapi sekarang takde dah. and i found it here. see. rasa macam jakun bebenau masuk sini. -.-



nahh! see the beautiful and wonderful sun rise from Tanjung Piandang. cantik kannn? dan tepi tepi ni semua bendang. err, actually I was about to find the orang orang. sebab masa darjah 2, cikgu suruh lukis suasana sawah padi. and I am still remember my drawing. there is orang orang in the center of the paddy field. Dengan ada sungai dan jambatan, ada rumah burung pipit, ada pokok kelapa. here, I can't find any orang orang. dah moden kot. tak perlu orang orang. (: 


another exciting activity here! tangkap ikan guna Bubu. err, tak. kami hanya tolong bawa je. atok Azizul yang letak bubu ni. see there are Ikan Sepat and Haruan inside. HHA. Masa makan semalamnya, atok Azizul cakap, ikan ikan ni atok tangkap sendiri guna bubu. and I was thinking about bubu buluh yang bentuk silinder tu. Tapi sangkaan ku meleset. hoho. see muka teruja Fathin. Lalala. Okay. and here also I got experience pegang belut. errr, seriously my first thing keluar dari mulut masa Tok tu tunjuk belut is, "boleh pegang ke? nanti tak kena kejutan elektrik ke?" LOL. haha. takdepun okay. tapi masa keluarkan belut tu dari air, that belut keras. masuk dalam air dia kembali lembik. haa. lembik kauuu


see. truly nature kan. parit tepi tu jernih sangat ! boleh nampak ikan berenang renang. rasa macam nak terkam je ikan ikan tu. 


Sebelum gerak balik Subang, singgah Batu Feringghi sat. fuhhh serious terik. haha. but I love pantai!





Lagi pengalaman baru. Naik kereta atas feri. err betul ke ayat ni? maksudnya kereta tu naik atas feri dan merentasi laut untuk sampai ke seberang. haaa. saje keluaq, nak tengok laut (: seriously highly adviced to bring extra pin. haha. sebab tudung akan menggerbang bebas. boleh jadi parachute! 




we're DONE. and on the way back to Subang we actually singgah rumah Fathin untuk dinner. peace!

overall is I'm happy and enjoy this trip. walaupun burn 1 weekend. ehhh mana ada burn. ini pun belajar juga. belajar tempat orang. seriously. Travel dengan kawan kawan ni lain sikit berbanding dengan family. and I've read "nak kenal someone better, travel with them". and exactly! banyak benda baru, merasa suasana baru. seriously! and being with those yang hafal hafal surah panjang and they recited it along the way seriously, I can't describe the feeling. but yeahh. faham kan what i meant here? Thank you kawan kawan! THANK YOU ! (: 
TuneList - Make your site Live