September 28, 2012

nikmat Allah tu ada di mana mana

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup oxigen yang Allah bagi. FREE je kan? Dah ucap Alhamdulillah belum? Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Allah tu Maha Pemurah. hari hari Dia bagi kita nikmat, tapi, masih ada manusia yg tak bersyukur. apatah lagi mengucap 'Alhamdulillah'. cuba kita bayangkan, kalau kita, manusia ni. hari hari kita bagi orang tu makanan sedap-sedap, bagi hadiah cantik-cantik, tapi dia tak pernah cakap terima kasih kat kita. pandang muka kita pun nak tak nak je, agak agak kalau sebulan macam tu, ada lagi tak tertitip kesabaran dalam hati kita? ada lagi tak cebisan kasih untuk insan tadi? kalau ada, mesti dah tak sama macam masa awal awal kita nak berbaik dengan dia, betul tak? TAPI, ALLAH? Hari hari dia bagi kita nikmat, bangun pagi, mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar mak kita kejut, tangan masih boleh memegang paip air, masih ada deria rasa, dapat makanan cukup. dah berapa lama kita 'dapat' semua ni? 18 tahun? 21 tahun? 30 tahun? ALLAH tak jemu pun kan? so,  let us say :

''lain yang kita nak, lain yang jadi'' ''benda yg aku tak suka lah yang aku dapat''. Pernah dengar tak ayat macam ni? kadang-kadang kita diuji kerana Allah menguji. kita selalu mengimpikan sesuatu, tapi end up, kita tak dapat pun walaupun kita dah berusaha. contohnya, Kita nak sangat masuk SBP, dari Form 1 lagi dah pasang impian, tapi kita tak dapat. tapi masa Form 4, Allah bagi juga rezeki, masuk sekolah asrama penuh, bukan SBP tapi MRSM. masa Form 1 dulu punyalah frust, menangis nangis sebab tak dapat. tapi, form 4, Allah bagi juga peluang pada kita, masuk MRSM. yang mana ada seribu satu rahmat.

dan kadang kadang kita dapat apa yg kita tak terfikir pun kita akan dapat. contohnya, semua orang nakkan keputusan yang cemerlang gemilang terbilang dalam exam. betul tak? masing masing struggle. sebelum exam, macam dah confident, cehh, dah baca. inshaallah boleh jawab. tapi, time tu Allah dah kata, bukan sekarang masanya. rupanya ada helaian buku yg kita terlepas pandang. soalan tu pula yg bawa markah tinggi. then, bila keputusan keluar, kita tak dapat pun macam yg kita nak. kita nak A. tapi, kita dapat D. FAIL. kita menangis nangis, kita tertanya tanya, kenapa aku dapat D? kenapa aku yg dapat? kenapa? dan Allah jawab, kerana itu yg terbaik untuk kau. cuba kita refleks balik, mungkin kalau kita dapat A, kita dah malas nak study. cikgu cikgu semua bagi pujian, kawan kawan semua kata kita pandai. dan tiba tiba kita jadi lalai. berbanding kalau kita dah gagal awal-awal, mesti kita akan bangkit. 'tak boleh jadi ni. aku dapat D. apa ni ? D? kena banyak lagi usaha. double triple kan lagi' dan setiap malam kita study. kita tanya kawan/cikgu kalau tak faham sebab kita sedar, kita ni tak pandai mana pun. masih perlu pertolongan. tiap hari buat solat hajat agar Allah dengar permintaan kita. dan at the end, we get A. bukan A sahaja, malah Allah tambah lagi belakang tu, jadilah A+ . nampak tak kat situ?


contoh ketiga di mana apa yang betul betul terpendam dalam hati saya, dari darjah 5 lagi saya dah tanam niat, nak sambung belajar kat oversea. and yes, mak dan ayah saya support. tambah tambah bila dapat masuk MRSM, kata mereka, lagi tinggi peluang nak belajar luar negara. sungguh, saya tak pernah terlintas nak cari U dalam negara. bukan sombong, tapi memang dari zaman comot saya, saya nak sangattt belajar luar. saya dengar cerita cikgu saya yg anaknya buat medic di Aussie. saya minta cikgu tu bawak album anak dia, semangat punya pasal. tapi, yeahh, dalam surah Al Baqarah ada tertulis :

 Surah Al Baqarah : Ayat 216

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

masa dah dekat SPM, mak ayah saya kata ''hajar, study sini je lah. tak payah pergi jauh jauh. sini senang kalau ada pape nanti. dekat'' pada awal, memang saya tak ambil serius pun, memandangkan dari awal mereka support saya. tapi, lama lama macam serius pula. sampaikan ada satu masa, saya hulur borang untuk apply INTEC program ALUK dan AUSMAT. tapi, mereka tak setuju. tapi, saya kuatkan hati, saya isi sendiri. saya uruskan sendiri. hujung bulan 12, Intec hantar surat. ''Permohonan anda diterima untuk intake Jan 2012'' gembira of course. sungguh. tapi, mak ayah saya slow talk, tak payah pergi lah jar. tak lama lepas dapat surat dari intec, Taylors call bagitahu yang saya dapat Taylor's Subang. so, tawaran intec tu macam terkubur macam tu je.

yes, sedih sangat. bila sampai Taylor's saya cuba reda. mungkin ni dah tertulis, Taylor's tempat awak, Hajar. 2 bulan, saya terima. walaupun memang kadang kadang masih terlintas, nak juga study overseas. naaaakk sangattt. pada awal, memang macam dah boleh terima. tetapi, bila result SPM keluar, ramai kawan rapat saya yg, diulang ramai kawan yg rapat dapat offer study overseas. UK, EGYPT, macam macam lagi. bila online FB, mesti ada yg update status. hati yg pada awal dah lega, tiba tiba kecamuk balik.

dan yess, saya tertanya tanya, kenapa Allah masih tk nak lembutkan hati parent saya, lepaskan saya belajar oversea? kenapa saya tercampak kat TAYLOR's ? kenapa ?

dan sekarang, almost 10 months saya belajar di Taylor's. ramai orang yg saya jumpa. dan saya dah jumpa 'sesuatu' dalam diri saya. KETENANGAN. mungkin kalau saya tak melangkah ke sini saya terlepas 'sesuatu' tu. tiap kali terdetik impian dulu tu, cepat cepat saya ingatkan diri, SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. Reda dengan takdir Allah. syukur sebab kat sini, saya dapat kenal balik kawan kawan kat maktab dulu yang duduk sebumbung tapi tak rapat mana pun. tak pernah tahu hati dia macam mana. bila duduk subang nilah, baru terasa nikmatnya UKHUWAH fillah yg dulunya saya hanya menyebut tapi tak memahami pun.

dan saya percaya, ni jalan terbaik untuk saya. inshaallah.

so, pada kawan kawan yang nak fly dan yg dah fly tu, jaga diri baik baik okay. belajar elok elok. selalu ingat ALLAH, selalu ingat MAK AYAH. dan, saya mohon, awak semua, belajar elok elok. saya anggap awak semua wakil bagi hati saya yang betul betul teringin nak fly :)) jaga elok elok ye impian saya tu. hehe

AINA SYAQILAH, masa kat maktab dulu,  mungkin kita terlepas pandang ukhuwah fillah tu. tapi, sekarang, rasa seronok sangat dapat kenal dengan aina. sungguh. ISNIN ni awak dah jauh dari MALAYSIA, tapi saya harap awak tak jauh dari hati saya. selalulah ingatkan diri ni ye:)) uhibbukifillah ya sohabati :) semoga semua urusan aina nanti dipermudahkan ALLAH. amiin.

KALAU NAKKAN KEBAIKAN, ALLAH AKAN BAGI MELALUI KEFAHAMAN AGAMA. BILA KITA FAHAM ISLAM, KITA DAH DAPAT DAH KEBAIKAN TU :)


sungguh, saya takkan tinggalkan impian saya macam tu je. mungkin sekarang belum masanya :))

tinta dari hati yang masih mencari NUR mu ya Rabb,

September 16, 2012

every piece is a MASTERpiece

EVERY PIECE IS MASTERPIECE. Assalamualaikum ya akhi ya ukhti :)) Alhamdulilah, still given a chance to take fresh air, to still alive today. thankyou ALLAH. ehem. tadi tiba tiba tergerak nak tengok tengok balik gambar gambar dalam pendrive. this post will show you how much i do miss my school memories. from primary to secondary school. from SK Bakri Batu 5 to SMK (P) Sultan Abu Bakar.  from SMK (P) Sultan Abu Bakar to MRSM Pontian. tadika, tak ingat sangat. tapi, yang saya ingat, masa tadika, saya ada crush-.- HHA. kecik kecik dah gataii. dah besar, tak de perasaan dah ha. so, total up, i had been in school for about 14 years. 3+6+5 . ehemm. dari kecil cemetot, ketot. sekarang dah tinggi. wuu. walaupun tak tinggi mana. tapi, Alhamdulillah normal :) HHA. unfortunately, gambar masa sekolah rendah takde. aduhduh. takpa. okayy, enjoy this. 


okayy. memperkenalkan veteren veteren alumni SKBBL. okay, time ni kami semua dah Form 5. semua ni kawan kawan sekolah rendah. kawan kawan zaman comot comot dulu. now, all of us have grown up. ehemm 


kenangan zaman lower form. SMK (P) SAB. well, nama sekolah pun ada (P). maksudnya semua perempuan. okay time ni aku fikir, sangat seronok. dikelilingi kawan kawan perempuan :)) i like. and im one of the hostelier. and yeahh. BEST ZAMAN ASRAMA ni . 


cikgu kesayangan ! PUAN MERIAM ZAMIMAH :)) i loves her very much ! really. and she loves me too, i know. hehe. kan cikgu kan ? cikgu yang sangat sporting, and supportive juga. semoga cikgu dirahmati NYA. aaamiinn


so yeahh . PMR Result released. and Alhamdulillah, i am one of 67 girls who got straight A's. Alhamdulillah Alhamdulillah. me, just right beside my beloved teacher. see, i told you, we both love each other. ehehh -.- 


abaikan muka tak siap tu. HHA

Dan kini, tibalah masanya saya berhijrah. ecehh. 14 Feb, tarikh keramat. steps into boarding school. MRSM Pontian. actually, sy minta MRSM Batu Pahat masa isi borang. tiba tiba dapat Pontian. first word yg keluar dari mulut masa tahu dapat pontian is, ha? jauhhnyaaaaa ! haihh. bukan nya nak ucap Alhamdulillah. apa lah hajar ni.



dulu, saya tak tahu kenapa saya boleh tercampak kat sini. dah lah jauh, annoying. to be honest, I always cry. tak suka duduk sana, peraturan ketat lah, study susahlah. leceh lah. macam macam. hm, tapi, dari sehari ke seminggu ke sebulan ke setahun. alhamdulillah. finally i realized why i be sent there. ALLAH loves me. syukur sangat masuk pontian. where i think, it just like my fisrt step to change :)) ditemukan dengan sahabat yg baik baik, ustaz, cikgu yg tak putus bagi semangat dan nasihat. 

tempat di mana saya mengenal erti SAYANGNYA seorang ustaz kepada anak didiknya yang perempuan. yng sanggup luangkan masa untuk Ladies Night/ Lailatul Muslimah. rasanya, malam tu mengubah diri saya. Allah buka hati saya untuk serap dan terima apa yang ustaz pesan. Allah hantar ustaz untuk saya muhasabah diri dan sedarkan saya. ALHAMDULILLAH. YA ALLAH, rahmati dan berkatilah Ustaz Abdul Jawwad. he's such a great teacher ! 

not just him. many more teachers. Ustazah Nisak yang selalu selitkan tentang jodoh dalam pelajaran :) ilike. hha. Bonda Jihan yang faham kehidupan sebagai remaja. yang selalu nasihat. well, she's my second emak y'know. 



memperkenalkan, barisan barisan pejuang SPM 5 Oxford 2011. we have only 6 heros and 24 heroins. HHA. seronok kelas ni. paling famous bab makanan. balik pulang bermalam, mesti kelas ni ada kenduri. passing passing makanan . i do love them :)


barisan barisan pejuang SPM Mrsm Pontian 2011


andd, see. siapa ni ? tenene. GRADUATION DAY. after 2 years berhempas pulas :) ALHAMDULILLAH. 

dulu sangat tak suka MRSM Pontian. tapi, sekarang, no . i cant say that. cause i love being there . apa sebabnya? kalau awak kenal saya dari dulu, mesti awak perasan apa perubahan saya :))

and inilah saya sekarang :)) student of TAYLOR's LAKESIDE . 


Oh Allah, I ask You to strengthen my iman & those around me. I ask you to soften my heart & to soften the hearts of the belivers. Amin

love, Shafinaz :))

September 13, 2012

11 orang yang mendapat doa malaikat :))


‎11 orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ 

10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”



Cinta hati saya untuk Allah. InshaAllah, Allah akan pelihara cinta dan diberi kepada pemilik tulang rusuk saya yang sebenar.

September 9, 2012

ukhuwah fillah itu indah :))

ASSALAMUALAIKUM, ya akhi ya ukhti. lama sungguh rasanya tak update. takde idea. trololo. ''MENTARBIYAH dan DITARBIYAH''. Tertarik dengan 3 perkataan ni. MEANINGFUL ! maksudnya, saling mengingati.

Apa maksud Tarbiyah ? “Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”. 

sebab tu perlunya UKHUWAH FILLAH. ukhuwah kerana Allah. kerana, bila ukhuwah itu dibina atas nama Allah, secara automatik kita akan sentiasa saling membantu sahabat dan orang sekeliling kita untuk sama sama mencari REDANYA. maka, wujudnya istilah MENTARBIYAH DAN DITARBIYAH :) 





antara sahabat sahabat yang selalu sokong dari belakang, sentiasa di sisi dalam perjuangan saya utk berhijrah:) mudahmudahan ALLAH merahmatimu sahabat:) 




JUMAAT, 7 Sept 2012, FIS Mara Taylors jan 2012 intake. HAPPY EID CELEBRATION. Moga ukhuwah Fillah yang kita bina ni berkekalan. May Allah bless all of us. Doctors to be, inshaAllah :))

There is no shame in doing something right & there is no need to be ashamed if something wrong has been committed. Life is about learning.


TuneList - Make your site Live