September 28, 2012

nikmat Allah tu ada di mana mana

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup oxigen yang Allah bagi. FREE je kan? Dah ucap Alhamdulillah belum? Terima kasih Ya Allah. Sungguh, Allah tu Maha Pemurah. hari hari Dia bagi kita nikmat, tapi, masih ada manusia yg tak bersyukur. apatah lagi mengucap 'Alhamdulillah'. cuba kita bayangkan, kalau kita, manusia ni. hari hari kita bagi orang tu makanan sedap-sedap, bagi hadiah cantik-cantik, tapi dia tak pernah cakap terima kasih kat kita. pandang muka kita pun nak tak nak je, agak agak kalau sebulan macam tu, ada lagi tak tertitip kesabaran dalam hati kita? ada lagi tak cebisan kasih untuk insan tadi? kalau ada, mesti dah tak sama macam masa awal awal kita nak berbaik dengan dia, betul tak? TAPI, ALLAH? Hari hari dia bagi kita nikmat, bangun pagi, mata masih boleh melihat, telinga masih boleh mendengar mak kita kejut, tangan masih boleh memegang paip air, masih ada deria rasa, dapat makanan cukup. dah berapa lama kita 'dapat' semua ni? 18 tahun? 21 tahun? 30 tahun? ALLAH tak jemu pun kan? so,  let us say :

''lain yang kita nak, lain yang jadi'' ''benda yg aku tak suka lah yang aku dapat''. Pernah dengar tak ayat macam ni? kadang-kadang kita diuji kerana Allah menguji. kita selalu mengimpikan sesuatu, tapi end up, kita tak dapat pun walaupun kita dah berusaha. contohnya, Kita nak sangat masuk SBP, dari Form 1 lagi dah pasang impian, tapi kita tak dapat. tapi masa Form 4, Allah bagi juga rezeki, masuk sekolah asrama penuh, bukan SBP tapi MRSM. masa Form 1 dulu punyalah frust, menangis nangis sebab tak dapat. tapi, form 4, Allah bagi juga peluang pada kita, masuk MRSM. yang mana ada seribu satu rahmat.

dan kadang kadang kita dapat apa yg kita tak terfikir pun kita akan dapat. contohnya, semua orang nakkan keputusan yang cemerlang gemilang terbilang dalam exam. betul tak? masing masing struggle. sebelum exam, macam dah confident, cehh, dah baca. inshaallah boleh jawab. tapi, time tu Allah dah kata, bukan sekarang masanya. rupanya ada helaian buku yg kita terlepas pandang. soalan tu pula yg bawa markah tinggi. then, bila keputusan keluar, kita tak dapat pun macam yg kita nak. kita nak A. tapi, kita dapat D. FAIL. kita menangis nangis, kita tertanya tanya, kenapa aku dapat D? kenapa aku yg dapat? kenapa? dan Allah jawab, kerana itu yg terbaik untuk kau. cuba kita refleks balik, mungkin kalau kita dapat A, kita dah malas nak study. cikgu cikgu semua bagi pujian, kawan kawan semua kata kita pandai. dan tiba tiba kita jadi lalai. berbanding kalau kita dah gagal awal-awal, mesti kita akan bangkit. 'tak boleh jadi ni. aku dapat D. apa ni ? D? kena banyak lagi usaha. double triple kan lagi' dan setiap malam kita study. kita tanya kawan/cikgu kalau tak faham sebab kita sedar, kita ni tak pandai mana pun. masih perlu pertolongan. tiap hari buat solat hajat agar Allah dengar permintaan kita. dan at the end, we get A. bukan A sahaja, malah Allah tambah lagi belakang tu, jadilah A+ . nampak tak kat situ?


contoh ketiga di mana apa yang betul betul terpendam dalam hati saya, dari darjah 5 lagi saya dah tanam niat, nak sambung belajar kat oversea. and yes, mak dan ayah saya support. tambah tambah bila dapat masuk MRSM, kata mereka, lagi tinggi peluang nak belajar luar negara. sungguh, saya tak pernah terlintas nak cari U dalam negara. bukan sombong, tapi memang dari zaman comot saya, saya nak sangattt belajar luar. saya dengar cerita cikgu saya yg anaknya buat medic di Aussie. saya minta cikgu tu bawak album anak dia, semangat punya pasal. tapi, yeahh, dalam surah Al Baqarah ada tertulis :

 Surah Al Baqarah : Ayat 216

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al Baqarah : Ayat 216)

masa dah dekat SPM, mak ayah saya kata ''hajar, study sini je lah. tak payah pergi jauh jauh. sini senang kalau ada pape nanti. dekat'' pada awal, memang saya tak ambil serius pun, memandangkan dari awal mereka support saya. tapi, lama lama macam serius pula. sampaikan ada satu masa, saya hulur borang untuk apply INTEC program ALUK dan AUSMAT. tapi, mereka tak setuju. tapi, saya kuatkan hati, saya isi sendiri. saya uruskan sendiri. hujung bulan 12, Intec hantar surat. ''Permohonan anda diterima untuk intake Jan 2012'' gembira of course. sungguh. tapi, mak ayah saya slow talk, tak payah pergi lah jar. tak lama lepas dapat surat dari intec, Taylors call bagitahu yang saya dapat Taylor's Subang. so, tawaran intec tu macam terkubur macam tu je.

yes, sedih sangat. bila sampai Taylor's saya cuba reda. mungkin ni dah tertulis, Taylor's tempat awak, Hajar. 2 bulan, saya terima. walaupun memang kadang kadang masih terlintas, nak juga study overseas. naaaakk sangattt. pada awal, memang macam dah boleh terima. tetapi, bila result SPM keluar, ramai kawan rapat saya yg, diulang ramai kawan yg rapat dapat offer study overseas. UK, EGYPT, macam macam lagi. bila online FB, mesti ada yg update status. hati yg pada awal dah lega, tiba tiba kecamuk balik.

dan yess, saya tertanya tanya, kenapa Allah masih tk nak lembutkan hati parent saya, lepaskan saya belajar oversea? kenapa saya tercampak kat TAYLOR's ? kenapa ?

dan sekarang, almost 10 months saya belajar di Taylor's. ramai orang yg saya jumpa. dan saya dah jumpa 'sesuatu' dalam diri saya. KETENANGAN. mungkin kalau saya tak melangkah ke sini saya terlepas 'sesuatu' tu. tiap kali terdetik impian dulu tu, cepat cepat saya ingatkan diri, SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. SINI TEMPATNYA. Reda dengan takdir Allah. syukur sebab kat sini, saya dapat kenal balik kawan kawan kat maktab dulu yang duduk sebumbung tapi tak rapat mana pun. tak pernah tahu hati dia macam mana. bila duduk subang nilah, baru terasa nikmatnya UKHUWAH fillah yg dulunya saya hanya menyebut tapi tak memahami pun.

dan saya percaya, ni jalan terbaik untuk saya. inshaallah.

so, pada kawan kawan yang nak fly dan yg dah fly tu, jaga diri baik baik okay. belajar elok elok. selalu ingat ALLAH, selalu ingat MAK AYAH. dan, saya mohon, awak semua, belajar elok elok. saya anggap awak semua wakil bagi hati saya yang betul betul teringin nak fly :)) jaga elok elok ye impian saya tu. hehe

AINA SYAQILAH, masa kat maktab dulu,  mungkin kita terlepas pandang ukhuwah fillah tu. tapi, sekarang, rasa seronok sangat dapat kenal dengan aina. sungguh. ISNIN ni awak dah jauh dari MALAYSIA, tapi saya harap awak tak jauh dari hati saya. selalulah ingatkan diri ni ye:)) uhibbukifillah ya sohabati :) semoga semua urusan aina nanti dipermudahkan ALLAH. amiin.

KALAU NAKKAN KEBAIKAN, ALLAH AKAN BAGI MELALUI KEFAHAMAN AGAMA. BILA KITA FAHAM ISLAM, KITA DAH DAPAT DAH KEBAIKAN TU :)


sungguh, saya takkan tinggalkan impian saya macam tu je. mungkin sekarang belum masanya :))

tinta dari hati yang masih mencari NUR mu ya Rabb,
TuneList - Make your site Live