January 14, 2013

reality or fantasy

Assalamualaikum :) nampaknya FIS Taylor's Lakeside dah terima junior baru. ecewahh. ada geng MRSM Pontian. welcome welcome. selamat menjalani kehidupan sebagai 'pelajar u' :)

"dah masuk U? Wahhh! seronoknyaa!" "cehh, student u!" "best tak masuk u? mesti best kan? tak terkongkong". ouch. when u're entering u's life, that's mean you're in a stage of preparing yourself to enter a real life. which u'll face a lots of obstacles or anything else. yeahh, it's a real life. mungkin zaman persekolahan dulu kita ada ustaz yang tegur kita setiap hari dekat surau. mungkin kita rasa annoyinggnyaaa. cakap benda yg sama je.huh. astaghfirullah. mungkin yang tinggal di asrama adanya waktu prep. ohmyyyy, dah pukul 3. prepppp ! study room! aku tak siap basuh baju lagi lah woi! dan mungkin, mak mak umi abi daddy papa kita asyiklah tak kasik kita keluar rumah. haih baru nak berjimba dah tak kasi. apa ni..bla bla bla. tapi, sedar tak kita benda benda ni lah yg mendidik kita. benda benda ni lah yang menahan kita, at least 1 step untuk kita buat benda yang salah. 

Ya, segala yg kita anggap 'annoying', yang katanya 'terkongkong', yang katanya peraturan terlalu 'merimaskan' inilah yang menyediakan diri kita sebelum kita dilepaskan ke dunia realiti yang kadang kadang tak semua dari kita boleh handle dan tak semua dari kita confirm confirm masuk atas landasan yang betul betul dari awal sampai akhir. SEMUA NI LAH. 

bila dekat U nanti, takde dah "no handphone". "no smoking". outing only on weekend. takda dah orang nak terjerit jerit suruh belajar. TAKDE. semua jadi bebas. and it's all about how you manage all those thing to make sure you're always in right track, right path. jangan terkejut kalau nanti ada antara kawan kita yang keluar malam, yang tak pernah pergi konsert, tiba-tiba every weekend dia pergi walaupun waktu tu ada exam besar. jangan terkejut kalau yang dulunya rajin study, tiba-tiba malas nak study. assignment disentuh waktu last minit. yang dulunya selalu mengimamkan solat tiba tiba pakai seluar pendek atas lutut. yang dulunya ahli kelab kerohanian, tiba tiba pakai tak berapa nak longgar. jangan terkejut. because it's life. 

NO. IT SUPPOSED TO BE NOT.

how to make sure you're not one of them? okay. ingat balik, apa tujuan kita masuk u. apa harapan ayah dan mak kita? bila buat sesuatu, cuba fikir, agak-agak kalau mak ayah aku nampak, diorang suka ke sedih? and always contact your mum every 2 days. or if possible, everyday. and let them know, where are you going. wtih whom. bla bla. as you wish your child do for you for the future. 

secondly, pilih lah orang yang boleh bimbing kita ke arah yang mendekatkan diri kita dengan yang Maha Mencipta. join group usrah. luangkan masa untuk usrah. kadang kadang agak agak macam tk berapa nak minat sangat pun, just datang. duduk situ. at least, masa yang kita luangkan itu adalah untuk hadir ke majlis ilmu. bukan untuk perkara laghaa. its say, duduk majlis ilmu dengan tidur krohhkorhh dengar lagu oppa gangnam style. which one you prefer? 

okayy. andai kata kita terlepas usrah minggu tu, nowadays teknologi merata rata kan? buka ipad, tab, iphone , laptop type je 'youtube' which im sure you know it already. then, tekan je mana mana ceramah yg anda gemari. cewahh.banyakkkk. dont worry. Fatimah Syarha. Dr. Muhaya. UAI. Hilal Asyraf. Aiman Azlan. banyakk. takpun, baca blog blog. like AISYAH SYAKIRAH AIMAN AZLAN or anything yang boleh bawa kita at least one step into jannah :) 

kadang kadang kita selalu mengelak dari majlis majlis ilmu dengan alasan assignment banyakkk. tak sempat. exammmm. oh nooo ! ada date^^. ecewahh. okay. awak, bila lagi kita nak duduk sama-sama dalam majlis ilmu yg Allah sendiri dah nyatakan, org yang sedang dalam majlis ilmu, malaikat akan menebarkan sayapnya. allahuu. seronok nyaa. one step into syurga ! kalau bukan sekarang, bila lagi ? nak tunggu kita nak tua kerepot, tak terdaya baru nak menyesal. "eishh menyesal dulu aku boleh jalan. boleh melihat mendengar dengan jelas. tapi tak pergi" . betul tak? 

next, jangan tinggal amalan amalan waktu sekolah. kalau waktu sekolah kita terdidik dengan solat dhuha, mengaji selepas maghrib, mathurat lepas subuh, macam ni lah kita waktu di u. jangan tinggal. teringat ada seorang akhi cakap, "nak tengok seseorang tu, tengok amalan dia sebelum dan selepas SPM". faham kan maksud dia? 

then, selalu refleks diri. kita ni makin teruk ke makin better? dulu kita macam mana? sekarang ada progress yg baik ke tak ? kalau tak, apa lagi, mari kita baiki :) 

dan jangan lupa berdoa :) YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK KE JALAN YG BENAR. YA ALLAH, tetapkanlah aku atas landasan agamaMu. dan janganlah kau bolak balik kan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami. amin ya rabbal a'lamin.

INSHA ALLAH, everything will be fine kalau kita betul betul nakkan reda Allah. doakan semoga kita semua sentiasa atas landasan agamaNya. sedikit perkongsian ini diharap dapat dimanfaatkan :) 

doa dhuha :

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu. kecantikan kecantikanMu. keindahan keindahanMu. kekuatan kekuatanMu. kekuasaan kekuasaanMu. perlindungan perlindunganMu. 

Ya Allah jika rezekiku masih di langit turunkanlah. jika di bumi keluarkanlah. jika haram sucikanlah. jika jauh dekatkanlah. jika banyak berkahkanlah. dan jadikan tanganku di atas untuk memberi bukan di bawah untuk meminta minta

berkat waktu dhuha, kecantikanMu keindahanMu kekuatanMu, kekuasaanMu. limpahkan kepadaku segala berkat yg telah engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yg soleh. amin :) assalamualaikum. sobahulkhair

2 comments:

COMMENT

TuneList - Make your site Live