January 13, 2013

little caliph :)

ASSALAMUALAIKUM. okay last post was about 2 months ago. haihh. was busy lately. dengan exam yang tak putus putus. after exam, hal family lagi. lepas tu unofficially jadi ibu kepada HANI QHALEESYA pulak :p HHA.

hari ke-21 hani melihat dunia
ohye. memandangkan i'm unofficially become 'umi' of a very lil caliph, terasa nak cerita tentang bayi :) yeahh. serious to be tell, dulu saya tak minat dengan baby baby budak kecik kecik ni. hamboihh! padahal diri sendiri pernah melalui zaman kanak kanak. tett. bukan tak minat, tapi macam tak berapa nak pandai nak layan. and, takut nak pegang baby. ye lah mereka ni kecil lagi. and i was thinking, 'tunggu jadi ibu untuk zuriat sendiri kot baru nak belajar dengan baby baby ni'. 


tapi, since kak kimah merangkap akak usrah kami ada anak kecil, AISYAH namanya. bila tengok kak kimah yang sangat sabar melayan kerenah aisyah yang comel, lembut je cara beliau melayan. walaupun tengah memberi ilmu, beliau masih boleh melayan anaknya. i was impressed. before this, saya hanya tahu kebanyakan ibu menghantar anak anak kecil ke nursery or where else kalau si ibu ada kerja luar. mungkin atas sebab tertentu. dan ketika itu minda saya set maknanya leceh juga bila ada anak. astaghfirullah. 

tetapi, bila tengok akak akak usrah ni cool je bawa anak anak, baby baby mereka waktu berusrah. layan mereka dengan baik. sabar je. kadang kadang waktu bagi ceramah pun, setia je dukung anak kecil mereka. ALLAHU. really. i was impressed by them! rupanya boleh je kalau kita pandai layan anak anak kecil itu dengan sabar, lemah lembut :) "semoga anak kecil ini juga faham apa yang saya sampaikan untuk awak semua *adik usrah" -kak kimah. Ya Rabb, seronoknya rasa !

kualiti gambar yg errr-.-
my routine for now had changed. bangun bagi buat sarapan. kelentang kelentung untuk mama papa adik adik yg masih bersekolah. kemas kemas sikit. nanti Hani bangun around pukul 830 bagi dia kat mummy dia suruh susukan. lepas tu mandikan Hani. Ha, part mandikan Hani seronok sangat. memandangkan sinki tu tinggi dan ketinggian umi dia ni ala ala comemel gitu, terpaksa mandikan kat bawah je. HHA. at first memang takut takut, sebab badan bayi ni lembut lagi. lagi lagi lehernya. so, kena hati hati. tapi, lama lama dah tengok daddy  Hani mandikan, tok yot or kadang kadang tok ma dia mandikan, berani juga :') hey, sekarang tiap pagi saya yg mandikan Hani tauu :) Hani suka mandi. hihi. comel sangat muka dia terkuit kuit. er, bahasa apakah terkuit-kuit ni? HHA. 
baby kena pakai barut. kata atok, supaya perut dia rasa suam. nanti tak kembung. lepas mandi, bagi susu kejap, lepas tu tidurkan dia. ohh wait ! lepas susukan, kena sendawakan dia. dirikan baby, lepastu sandarkan kat bahu, tepuk tepuk sikit belakang badan dia, nanti dengarlah 'erkkkkk' HHA. sendawa pun. sendawa ni supaya dia tak muntah balik. 

aha. one more tips is, bayi bawah umur 6 bulan ni paling elok bagi susu ibu without any water, or apa apa selain SUSU IBU. sebab susu ibu banyak kelebihan. antaranya ialah, hanya dari susu ibu je baby boleh dapat immunoglobulin A (IgA). baby ni tak cukup lagi antibody. yelah, kalau nak bandingkan orang yg hidup 20 tahun dengan 20 hari, mana lagi lama? so, baby ni perlu antibody banyak banyak. barulah boleh jadi sihat dan kuat :") yeahhh ! 

2 month :)
Aiman Azlan said, "Don't become a spouse only after the nikah, start becoming a spouse NOW! Don't become a parent only after the birth of your first child, start becoming a parent NOW! This means that you have to analyze yourself in terms of your potential as a spouse and as a parent, before entering into the marriage."

Semoga HANI QHALEESYA membesar sihat dan kuat. jadi anak yang solehah ye sayang :)

"Sekiranya benar cinta, mesti mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang bawa ke neraka, itu bukan cinta namanya" -Hilal Asyraf.

No comments:

Post a Comment

COMMENT

TuneList - Make your site Live