February 26, 2013

how i spent my precious time


Assalamualaikum W.B.T ya akhi ya ukhti. apa khabar jasad ? apa khabar hati ? apa khabar rohani ? apa khabar imanmu ? sila jawab dalam hati. shhh jangan bagitahu kuat kuat. hehe. Before you continue reading this entry, if you're not perform your prayer yet, please do so now. jangan lambat lambat kan ye. tak elok untuk kesihatan rohani :') 

"wahai kawan kawan marilah sembahyang, wahai kawan kawan itu pesan Rasulullah. dengan bersembahyang hati jadi tenang, jiwa jadi lapang dosa hilang Allah SAYANG" 
-Mari Bersembahyang by Aeman 

okay. Alhamdulillah dah solat. kan rasa lapang. kan? yeahh, cuti 3 bulan tinggal sebulan sahaja lagi. T.T For about 2 months being at home, I've learnt a lots of new thing. gain new experiences :') banyak benda terjadi. and everything happen for a reason. suka duka sedih tawa riang gembira masam masin pahit manis saya lalui. hidup kan, mana boleh gembira memanjang. nanti alpa dengan nikmatNya. makanya, Dia turunkan ujian dan dugaan supaya hambanya mengingatiNya. 

"orang yang teguh iman sabar dengan ujian diakhirat dia insan yang mulia" 
-Iman itu di Hati by Aeman 

sebelum cuti lagi saya dah letak azam, taknak jadi macam robot. ikut je jadual hidup bangun tidur subuh sarapan menghadap tv facebook twitter melekat dengan phone 24/7 lunch zohor asar maghrib layan Rindu Bertamu di Abu Dhabi pula sekejap lepas tu isyak tidur. No ! i dont want this such of life. ecewahh. tak nak jadi robot selama 3 bulan. makanya I've made a list-to-do. makaihh banyak actually tapi tak dapat nak fulfill semua sekali. tapi, dah ganti dengan benda lain yang insha Allah lebih berfaedah :')  

Pagi pagi bangun tidur subuh and all those thing, lepas tu buat sarapan untuk mama papa and adik adik yang nak berjuang :') serius sebelum ni saya tak pernah masak sarapan untuk family sendiri. takat tolong tolong tu adalah. tapi tak sepenuhnya buat masak dari A-Z. lepas tu sapu sampah, sidai baju. ini mengelat sebab mama yang basuh baju. anaknya ni tinggal sidai je :| 

masa arwah atuk masih ada, dalam pukul 8.30 pagi, tolong salinkan pampers atuk, lapkan atuk. lepas tu mandikan pula si comel loteh Hani :') pakaikan baju semua. ohye, ini pun first time. saya tak pernah mandikan baby, pakaikan baju untuk baby and all those thing untuk baby. semuanya first time. almaklum, adik adik saya semua dah besar. and to be honest, dulu saya tak suka budak kecik. grrrrr. tapi lama lama seronok pula dengan budak kecik ni. mereka ni penghibur di kala duka. betul, tak tipu. 

lepas tu masak :') almaklum saya ni dari form 1 membesar dalam asrama. jarang dapat peluang pegang senduk atau sudip. haihh. memang tak pandai masak. HHE. So, cuti ni saya belajar masak. mula mula tu kekok. seriously. nak masak ungkep, jadi rendang. nak ambil daun kesum, terambil rumput. almaklum saya budak baru belajar. hehe. lepas tu sikit sikit belajar siang ikan, masak itu masak ini. hehe. alhamdulillah kalau suruh masak yang simple simple tu boleh lah sikit sikit. seronok belajar masak dengan tokwan, dengan mama. tengah masak nanti berbual bual, bercerita cerita. seronok sangat :') atuk pesan, "jar, nanti dah kahwin masak untuk laki. jangan asyik makan luar je. tak elok. tak rasa nanti air tangan isteri." baik tok. baik. HHA. 


then, petang petang kalau weekdays saya kerja. jeng jeng jeng. jadi tutor kat Sek Men Tun Dr. Ismail untuk subjek physics addmath and chemistry. makanya, hari hari saya akan revise tajuk tajuk SPM dulu. seronok share ilmu dengan adik adik ni. plus, they're all sporting and supportive. always give respond whenever asked. sungguh saya seronok ! adik adik, sila senyum kalau terbaca blog akak ni ye :D you're extremely awesome. everytime nak ke kelas, hati ni rasa berdebar. faham ke tak nanti adik adik ni bila saya ajar. takut tercepat sangat, takut mereka bosan. haihh. tapi, tawakal je lah. mohon Allah bantu segalanya. 

petang petang kadang teman mama pergi beli barang atau apa apa je lah. lipat kain. takpun bersukan bersenam dengan family. kesimpulannya 95% masa adalah bersama family. this is the reason why selalu call, tak berangkat, mesej lambat dibalas. mohon maaf sangat sangat. kat rumah tak berkepit dengan phone, kadang kadang phone habis battery pun tak perasan. nampak tak betapa kejamnya pengabaian saya terhadap phone tu? kalau pergi mana mana pun, bawa phone sebab fikir kalau apa apa jadi senang nak contact mama. that's all. 


ohyaa, saya belajar jahit manik. duduk duduk ternampak manik manik kak ain dulu. terus ambil benang jarum, jahit. main jahit je. fuhh. serius jenuh duduk lama lama jahit manik ni. so, jangan salahkan kenapa tailor suka ambil upah yang tinggi kalau jahit manik ye. 



cuti ni banyak berbual dengan tukwan. kalau boleh setiap yang tukwan buat, i'll try to be there too. even tak dapat tolong sangat, at least dapatlah teman tukwan kan. she always says that she feels lonely since atok aji passed away. hm, isteri mana tak sayang suami kan? lagikan pula atuk wan yang sangat hormat, sangat sayang suami. idont know how to describe it, but for me, atok wan is the best example to be 'isteri mithali'. Really. bila duduk duduk dengan atuk, banyak benda atuk cerita, atuk pesan. most of them pasal rumah tangga. banyaaakkk sangat bendaaa. haihh. rasa berat hati pula nak balik subang, tinggalkan atuk. nanti atuk masak sorang sorang. aduhaii. Ya Allah, gembirakanlah hati atukwan. 

overall the break is the time for family. well, bila lagi nak luang masa untuk family kan? lagi lagi lepas ni dah naik degree. tambahan pula, medic. siapa yang tak tahu study medic macam mana kan? all i hope is, ada masa untuk diluangkan untuk kekasih teragung kita -ALLAH. ada masa untuk contact mama everyday. or at least every 2 days. mohon sangat. mohon sangat diri ini tidak terus alpa dengan kesibukan duniawi.

bila cakap nak sambung belajar, mesti masing masing dah jauh dari rumah. kehidupan pun semuanya sendiri. makan sendiri, katil kemas sendiri, pendek kata semua sendiri. bila nak belajar kemas rumah? belajar jaga rumah? bila? sila jawab. skill skill macam sapu sampah, lipat baju, masak, kemas rumah bukan lah benda yang boleh dibuat buat. bukan benda yang boleh belajar 1 hari dah pandai. NO. kalau lah ada orang yang baru sekali pegang penyapu terus pandai sapu rumah sampai bersih, orang tu memang hebat. jujur kata. the reason why i said so is, benda benda ni perlukan skill, perlukan KEBIASAAN dan pengalaman. kena belajar dan biasakan, baru lah boleh jadi pro :) sebab tu, bila cuti ringan ringankan lah tangan untuk buat segala benda yang mak mak korang buat kat rumah ye. jangan dok senang lenang goyang kaki ecewahhh ingat kau mam bosar? HHA. lagi lagi siapa yang ambil course yang tough. sebab bila dah study hard, susah nak cari masa nak kemas rumah, nak belajar buat itu ini. so, make use of your holiday time. tukwan pernah cakap, "dulu mama dgn atuk kemas rumah, aja tolong. sekarang ni masanya aja buat kerja rumah pula, mama dengan atuk tinggal tolong je." serius penat. idontknow how my mum do all that thing alone. dari depan sampailah ke dapur. subhanallah she's amazing ! kawan kawan, mak kita semua amazing ! percayalah. 

dan dan, waktu cutilah kita kena luangkan masa untuk keluarga. bila balik kolej, buku buku jadi teman rapat, kawan kawan teman berhibur, laptop phone and all that gadget teman kesunyian. bila sedih online. bila nak exam, cari buku. bila bangun pagi, siapa yang ditegur dulu? kawan. ha, family letak mana? call pun bukannya 24 hours per day. kan? kita luangkan masa 1 jam je pun call family. berapa % masa untuk family ? sila jawab sendiri. so that, sila lah luangkan masa untuk family. masak untuk mereka, berbual bual apa apa pun lah. bukan kata lupakan kawan, cuma kurangkann je. tak salah kan? so, for this, i'm really sorrrrryy for those call yang tak terjawab mesej yang tak terbalas semua tuh. mohon faham ye. 

p/s diri ini bukanlah ustazah yang pandai menghurai kata kata. hanya orang biasa yang diajar asas asas agama. jangan terpedaya dengan tweet atau post islamik yang saya tuliskan. kerana diri ini masih bertatih. masih banyak benda yang perlu dibaiki. jangan pandang saya terlalu tinggi, cukup sekadar mendoakan saya agar menjadi insan yang solehah. yang tidak mudah terpedaya dengan tipu helah duniawi. 

sekian. assalamualaikum :)


1 comment:

  1. seriously,,kat rumah aku mmg suka goyang kaki..kadang2 ksian tgk mak terbongkok2 kemas rumah..aku paling suka statement mom is amazing! yupp aku setuju.. aja,,ada masa masakkan ayam ungkep utk aku..favourite tau haha.. -atoi

    ReplyDelete

COMMENT

TuneList - Make your site Live