August 16, 2014

BRACES (:

ASSALAMUALAIKUM (: so yeah. hai semua. hai hai. HEHE. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf Zahir dan Batin. andai ada terkasar bahasa, terlupa, tertinggal, termasam muka, termoody tak semena, haihhh HAJAR HAJAR. So many mistakes. I'm sorry guys :|

So here. I wanna share about hmm BRACES.
Last week I put this colourful metal on. cehhh. blerghh. what ceh haa? sakit tahu? ehh takde lah. tak sakit. okay je. don't worry. hehe. actually, i've been waiting for this time to come for sooo long. aku simpan duit bertahun tahun kot sebab nak buat braces. -.- alasan nak buat braces? hm, look at the picture below.


my upper teeth termancung sikit. aaaa. this is so obvious when i laugh and someone took my picture. ohmaigadd. and my lower teeth, hm tak align. adik selalu ajuk ajuk. pffffttt itu budak kann. grr. okay. so i made decision, nak buat braces. actually tak expect pun nak pakai sekarang because I don't think mama will allow me to do so for now. tapi, macam mana tak tahu, tiba tiba 1 malam ni saje google google pengalaman others wearing braces, then tersurvey tempat. tiba tiba dapat tahu klinik yang aku dok usha dari FIS ada sediakan orthodontic treatment. lagilah kuat keinginan nak pakai braces ni. HHA. and the review from others pun ok. so, balik rumah, i make a proposal and cakap kat mama. at first mama like so-so je dengan aku. but then she is okay (:

So, a week after raya I went to Klinik Pergigian Impian, Melaka. 

KENAPA pilih klinik ni?
Klinik ni sebelah je dengan Melaka Sentral. so, macam senang sikit kot kalau ada appointment and aku dari subang, boleh stop kt melaka sentral. jalan sikit sampai dah. and klinik ni range harga dia pun okay. and klinik ni je paling dekat dengan Muar. and from the reviews i've read, the doctors are really nice.

and Yeah. seriously. both the doctor are really nice. honestly, aku jarang jumpa dentist. So, seriously a lil bit awkward. bukan takut ok. and until now aku tk faham kenapa orang takut jumpa dentist. kakaka. okay, that time, jumpa DR ZAKIAH. lembutnya masha Allah. sebelum buat apa apa, Dr ni akan start with bismillah.that makes me calm (: you know, aku macam excited sangat setiap kali jumpa doktor or nurse yang baca bismillah before doing something to the patient. 

2/8/14 
first, ambil acuan. tak sakit pun. serious. korang duduk lek lek je. let the doctor do their job okay. tarik nafas hembus. done. then ambil xray. 

6/8/14
jumpa DR ZAHAR pula. this time, kena cabut gigi. haha. 4 batang okay. normally orang buat 2 batang 2 batang. tapi takes time. haha. aku rakus sikit. malas nak datang banyak banyak kali. so, i asked the doctor, boleh tk nak cabut 4 batang terus hari ni? "hm, boleh je. cuma nanti kesian kat awaklah sebab sakit" takpe. saya tahan insha allah. haha. bajet katang -.-. and alhamdulillah. all is well (: cuma darah banyak ya ampun. ye lah kan, 4 batang kot-.- memang balik tu, baju ceq penuh darah. macam dracula rasa ha. balik tu serious tak boleh makan. sebab takut termasuk dalam lubang tempat cabut tu. and nak gigit pun masha allah. haha. until one part aku tak tahan lapar, aku makan je. tapi telan je. kakaka. kesian GIT gua. kena telan maggi seurat seurat. Dan kunyah pun paling tidak guna lelangit. This is soooooo pffttt. im skipping the deglutition phase. only after 4 days extraction ceq makan nasi. tu pun sikit dan ceq lenyek lenyekkan. macam makanan hani dah.

12/8/14
yeayyyy. pasang braces ! actually i got infection dekat salah satu tempat cabutan tu. that's why rasa bengkak semacam. but the doctor dah bersihkan dah infected area tu. tak sakit okay. From the doctors conversation, doctor tu tarik sikit blood clot on that area, bagi keluar darah sikit, then bersihkan. Tak rasa apa apa pun. Cuma bila the doktor tekan guna kapas je rasa sikit kena tekan. Without anesthesia tau. Dr tu je yang ngeri tengok darah. gua lek lek je senyum senyum. hehe. then pasang. first, the doctor will polish your teeth. dia macam kena berus guna mesin. tak sakit pun. serius. lepas tu pasang bracket, pasang wire then pasang band. so, first timer ni of course pilih purple! purple pink. ayu gitu. lol 

malam tu start lah sakit. and start lah jadi baby balik. start makan benda lembik lembik je. haha. memang baby dah oi. tapi takde lah sakit sangat sampai tak bisa tidur like others said. cuma rasa ditekan, tu je. so susah nak gigit. plus, aku fobia dengan infection tu. because infection tu due to ada makanan yg termasuk kat lubang gusi tu -.- but, all is well. 

So, total kos untuk pakai braces ni:

Acuan.      = RM 50
Xray.         = RM 100
Cabut.      = RM 200 (RM 50 each)
Deposit.   = RM 1000
Bulanan.  = RM 150

Kakak katang gigi besi 😅😅😅



Like seriously, I don't know how to smile with this foreign thing in my mouth. Aaaa. And bila pakai braces ni, mulut tak boleh biar kering. Because bila bercakap or gelak, your lips will tend to tersangkut on the bracket. Haha. Bayangkan kalau dengan rakusnya kau nak put your lips back to it place. Mau tak berdarah haa. And as for me yg suka gelak ni, serious memang selalu tersangkut. Then mulalah tutup tutup sebab nak angkat balik bibir tu jadi normal. Mak aihh. Haha. But overall is im happy. *takmasal

Saja nak selitkan gambar raya with le bff. 



The BFF since 2008. Hoyeahh. Takde mereka, jadilah aku seperti kapas kapas melayang. Aherher. Kebetulan we're wearing same colours. Women in grey black :D 


Till we meet again ya ! (; 

July 17, 2014

Izinkan aku sendiri

Assalamualaikum.
Moga semua ini dari Nya

I don't know how to start.
hm, okay. take a deep breath, 1 2 fuhh.
Salam 19 Ramadan dear friends!

IZINKAN AKU SENDIRI

words that I really really want to say, but it remains in the oral cavity. unspoken. tak kuat? come on hajar, menulis laju, bercakap, gagap? come on! 
entah. tak tahu. sungguh aku rasa jauh. jauh dari Dia yg Maha Satu. Bukan Dia yang menjauh, tapi aku. ye. Aku tahu itu. Before Ramadan haritu in our last usrah kak khaulah asked each of us, "apa aim untuk Ramadan kali ni?" Rather than saying about ODOJ or else, I said, "saya nak cari diri yang yang hilang" 

I do really mean it. Seriously. I dont know who is Siti Hajar Shafinaz at that time. aku tak kenal. aku tak tahu apa aku rasa. miserable! phase paling teruk aku rasa sepanjang duduk subang ni. sampai mama papa datang. Allah. aku tahu things are getting worse if im still in the way im doing at that time. 

Rindu ! Rindu saat air mata boleh mengalir setiap sujud, rindu saat hati merasa Dia dekat, rindu nak luang masa mencari keindahan Nya. ye Rindu. bila rindu, hati jadi sakit sangat. Sakit! I always pray 'Ya Allah, tolong peganglah hati ini kembali. Sungguh aku rindu saat dulu. Jangan kau biarkan aku melayang tak bertali. I do really really need you'

Dan ku tulis list-to-do during Ramadan in my diary. one of it is, 'tolong jaga diri'

1 Ramadan, 2 Ramadan, and ...... still, im doing the same thing even if i asked myself not to. hajarr ! till one fine day, 11 Ramadan, i woke up early, and I ask Him to give me some strength. sungguh. aku tak kuat sendiri. Ya Qawiy, bantu aku. aku taknak terus terlepas macam ni. Sungguh, saat berperang dengan perasaan sendiri, rasa nak pecah kolam dada ni. sungguh, rasa macam diri ni kerdil sangat. kecik ! kecik ! entah macam mana petang tu juga laju setiap bait kata tu meluncur dari mulut. ringkas tapi hmmm for me, i do really really feel grateful for the strength He gave. I cried. really. but this time, I dont tell anyone, even the one that I'll always refer to. 

and tiba tiba masuk mesej kat FB from one of my friend saying that he wanted to see me. macam boleh baca apa yg nak disampaikan. tapi okay. chill dulu. jangan sebut apa-apa. and yess! betul tekaan itu. cant explain the feeling that time. the only thing that comes to my mind is, Ya Allah, terima kasih kerana masih mendengar aku. tap! memang sentap teguran tu. tapi, benda betul, cant deny it in anyway. so, anything he said, aku terima. aku digest. takpe. and right otw balik, sungguh. hujan. hujan lebat atas wajah ni. sungguh. Ya Allah, tolong aku baiki diri ! 

Terima kasih Ya Allah, dalam aku lalai, engkau masih ada memberi harapan. 

esoknya, i'm going back to my hometown. Just to have time with myself. sungguh, aku ingin sendiri. aku malu dengan orang sekeliling. mungkin. malu.

dan untuk sebab ini juga banyak undangan iftar takku turuti. 

"ramai orang tanya, mana hajar"
"entah. rasa macam tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang. rasa nak duduk dunia sendiri sekejap"

teringin kembali meraih cinta yang Maha Satu. yang aku yakin, tiada pernah terpisah. yang aku yakin cintaNya melebihi seluruh alam. 

untuk awak yg saya kasihi, terima kasih sudi dengar apa yg saya luahkan before balik johor haritu. mungkin kita macam menjauh. kita yg selalu lari. bukan taknak jumpa, tapi malu. you're too nice. terima kasih because still terima the way i am. terima kasih. tolong, tolong kita betulkan apa yang salah. Tolong. 

"Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialahusaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama."

Tolong. izinkan aku sendiri. Aku ingin mengenali sebutir jiwa yang Dia kurniakan ini. Aku ingin membahagiakan sebutir jiwa ini dengan cintaNya.

June 18, 2014

(: (: (:






MANA BOLEH TAK SAYANG KALAU MACAM NI >.< 

TRIP TO PENANG KEDAH PERAK

ASSALAMUALAIKUM (: again. blog terbengkalai lama. takpe. mencuba sehabis baik untuk menulis at least once a month. Mari Mari ke arah Sebulan 1 Entry :) so, kabare semua? moganya semua sihat walafiat. fuuhfuuhh. As I promise before, nak share cerita about our trip to utara. pakat mai sini pulau pinang satu destinasi lalala~ walaupun macam dah lapuk sikit cerita ni. Nak cerita juga. Nanti dah tua tua boleh baca balik (: 

Well, I was a little bit teruja nak pergi ke sana sebab tak pernah berjalan belah utara kot. pernah dulu dulu, masa darjah 5 kot, pergi Penang. tapi ikut rombongan sekolah mama, so dengan student yang besaq besaq, dengan kakak gua yang taknak geng dengan gua yang macam kanak kanak ribena lagi, so tak rasa sangat ah. tetttttt. Dari tahun lepas lagi beriya iya nak pergi. Siap plan dengan Shadow lagi semua nak pergi waktu sem break 3 bulan tu. seriously, I do really want to see bendang. errr mungkin sebab tak pernah tengok kot. pffffttttt dah 20 tahun pun tak pernah tengok bendang? what? hek eleh. biarlah. at least ada keinginan nak tahu ;p tapi tak jejak jejak juga. until tiba tiba Faiz jemput wedding kakak and abang dia. yeayyy! 

okay. Bismillah. Saya buka cerita dengan...
DAY 1



So, kami bertolak after solat jumaat. and straight to our first destination --> Penang. lepas tu sedut sedut angin penang sat, and dinner at D'Seafood Paradise Teluk Tempoyak. makan seafood makan seafood. I don't know how to appreciate seafood sebab saya tak makan seafood. apa boleh buat, badan terlalu rajin bekerja. HYPERSENSITIVE sampai. wuuwuu. So, seriously I don't know how to appreciate seafood. bagi aku SEMUA sama. udang tu tetap udang. yang ada banyak banyak kaki, yang duk meringkuk macam huruf C itu udang. yang ada cengkerang tu kerang. tak tahu lah macam mana nak appreciate. orang kata makan seafood sini sedap, sedap dari yang sana. bla bla bla. okay. fail bab seafood. err, kesian anak anak ceq nanti, tak merasa seafood air tangan mak dia. -.- So, mereka mereka menikmati sotong goreng tepung, kerang bakar, tomyam semua. me, err makan nasi dengan ikan siakap dan kerapu. NOT BAD. kenyang! sekenyang harganya juga. haha. RM 196.70 for 7 people. Lepas ni boleh try pergi Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar. booo orang Muar sendiri tak pernah jejak kaki kat sini T.T 


DAY 2
bangun pagi. siap siap semua. and tolong tolong buat breakfast. Nasi Lemak. fuhhfuhhh mak Imran punya nasi lemak tiptop! seriously. tambah nasi 2 kali. haha. Tak pe, lepastu kita bakar lemak dengan jalan jalan di PASAR KEMBOJA

Girls, korang should go here! HHA. seriously. Murah ! Laaagiii murah dari Jalan Tar. Telekung Vietnam yang aku pernah beli dengan harga RM55, kat sini dapat RM35 je. Bagai orang mengantuk disorong bantal. sempat grab 1. bab telekung ni, aku suka yang colour gelap. sebab dia TAK JARANG. so tak perlu risau dan tak perlu pakai inner kot. sebab kadang kadang orang tak perasan telekung yang diguna tu jarang, errr. okay. niat asal macam tak nak shopping. nak jalan je. nak jalan je. tapiiiiiiii kain pasang dia menggoda sangat. aaaa. naluri wanita. cisss! sempat grab 5 pasang. untuk tokwan, mama, kak ain, adik and of course for ME (: Buat baju raya aidiladha nanti. Fathin pun tak kurangnya memborong. seriously, berbaloi kot ! 

so, Plan asal nak gerak ke rumah Faiz pukul 7. lepas tu cakap pukul 10.30 pagi. hmhm tetapi dah takdir gerak pukul 12 juga. HHA. takpe. asalkan selamat. ye dok? from penang to Kodiang kedah. it takes about 3 hours. sampai sampai dah pukul 3. but still ramai orang. kalau kat Muar dah lengang dah ni. almost sepanjang jalan kiri kanan Bendang ! kulihat hijau~ 


Jubah koshibo from Addeencloset. seriously I feel like a princess sebab kembang betul bawah dia. HHA. and it is really comfortable! berbaloi baloi (: and tudung flora chiffon from RANNA RASYEEQA. best! tak payah iron sangat pun takpe sebab dia tak mudah kedut  >.<



okay. kat sini excited sikit. sebab kawasan rumah Faiz seriously best! NATURE sangat! okay. Ini namanya pakatan. So, makcik makcik pakcik pakcik bergotong royong untuk majlis ni. they're all friendly. seriously! 

One Two Three say APOLLO. okay ini bukan biskut Apollo yang korang makan untuk menambah kolesterol ye. hihi. ni Apollo untuk kukus nasi. err sorry gambar tersenget 90 degree. tak tahu kenapa. So, basically Apollo ni nanti, dia letak talam or dulang susun susun and letak beras on each talam. lepastu kukus. dan keluarlah nasi. benda baru. rasanya kat Muar takde orang guna Apollo ni. biasanya guna periuk nasi yang besar gedabak tu je. So, we were like a bit terujaaa. HHA. 


pusing pusing keliling rumah Faiz sambil meneka nama pokok. ini harus diteruskan. at least, dapat melahirkan doktor yang serba boleh. bukan sekadar tahu nama drugs malahan nama pokok pun tahu. cewahh! 


meet our new friend, Jenny. she's a Korean btw. comel kan dia pakai tudung? (:


Taraaaaaa. inilah tuan rumahnya. ohh pondok ni pun ayah Faiz buat sendiri. wow! seriously. ada pondok tempat santai santai dengan family, ada pokok pokok belakang rumah, ada kolam itik, ada kolam ikan, ada perigi. fuhhh! cuba kalian bayangkan. 



Taraaaaaa. bakal bakal Doktor (:

Actually ni majlis ni pengantin 4. tapi sempat bergambar dengan sepasang je. this one kakak faiz. I just knew that most of orang kedah tak guna pelamin on their wedding day. so, majlis ni pun takde pelamin. just ada tempat special untuk makan beradab. 

Habis pusing pusing keliling rumah Faiz, next destination is rumah Shadow. er, yang serba purple tu. sempat membasah tekak dengan air sirap ais. fuhhfuhh with tembikai as the complement (: 

Next, to atok azizul's we go in Tanjung Piandang.
kali ni pun serious seronok! I'll tell you later apa yang seronok. sampai sampai rumah atok Azizul dah pukul 8 lebih tak silap. and again, makan! seriously, sepanjang trip ni saya makan overdose! HHA. sebab semua sedap. nak buat acano, ye dok? atok Azizul seriously friendly. and as for me, I'm more comfortable berbual dengan atok atok kot. sebab kat rumah pun selalu berbual dengan atok atok. 

After makan, kita makan lagi. kali ni makan Char Kuey Teow Omaq pula kat Penang. fuhhh! tip top! See, I told you before kan, kerja sepanjang trip ni is makan makan and makan. HAHA. takpe, sekali sekala kita manjakan stomach dan GIT kita. ye kan? hoho. 




DAY 3
fuhh. pengalaman duduk di rumah yang dikelilingi bendang. serious suasana kat Tanjung Piandang ni fully nature! bangun pagi pagi pun sebab dengar ayam berkokok. err, kat Muar pun duduk kampung tapi susah betul nak bangun sebab dengar ayam berkokok. adakah sebab ayam ayam Tanjung Piandang lebih energetic berbanding ayam Parit Wahid? atau telinga dah immuned dengan ayam Parit Wahid? persoalan. Then, mandi semua gua excited nak turun bendang. HHA. keluar keluar rumah nampak ayam belanda aka ayam kluk kluk. masa kecik dulu ada je ayam kluk kluk ni kat rumah, tapi sekarang takde dah. and i found it here. see. rasa macam jakun bebenau masuk sini. -.-



nahh! see the beautiful and wonderful sun rise from Tanjung Piandang. cantik kannn? dan tepi tepi ni semua bendang. err, actually I was about to find the orang orang. sebab masa darjah 2, cikgu suruh lukis suasana sawah padi. and I am still remember my drawing. there is orang orang in the center of the paddy field. Dengan ada sungai dan jambatan, ada rumah burung pipit, ada pokok kelapa. here, I can't find any orang orang. dah moden kot. tak perlu orang orang. (: 


another exciting activity here! tangkap ikan guna Bubu. err, tak. kami hanya tolong bawa je. atok Azizul yang letak bubu ni. see there are Ikan Sepat and Haruan inside. HHA. Masa makan semalamnya, atok Azizul cakap, ikan ikan ni atok tangkap sendiri guna bubu. and I was thinking about bubu buluh yang bentuk silinder tu. Tapi sangkaan ku meleset. hoho. see muka teruja Fathin. Lalala. Okay. and here also I got experience pegang belut. errr, seriously my first thing keluar dari mulut masa Tok tu tunjuk belut is, "boleh pegang ke? nanti tak kena kejutan elektrik ke?" LOL. haha. takdepun okay. tapi masa keluarkan belut tu dari air, that belut keras. masuk dalam air dia kembali lembik. haa. lembik kauuu


see. truly nature kan. parit tepi tu jernih sangat ! boleh nampak ikan berenang renang. rasa macam nak terkam je ikan ikan tu. 


Sebelum gerak balik Subang, singgah Batu Feringghi sat. fuhhh serious terik. haha. but I love pantai!





Lagi pengalaman baru. Naik kereta atas feri. err betul ke ayat ni? maksudnya kereta tu naik atas feri dan merentasi laut untuk sampai ke seberang. haaa. saje keluaq, nak tengok laut (: seriously highly adviced to bring extra pin. haha. sebab tudung akan menggerbang bebas. boleh jadi parachute! 




we're DONE. and on the way back to Subang we actually singgah rumah Fathin untuk dinner. peace!

overall is I'm happy and enjoy this trip. walaupun burn 1 weekend. ehhh mana ada burn. ini pun belajar juga. belajar tempat orang. seriously. Travel dengan kawan kawan ni lain sikit berbanding dengan family. and I've read "nak kenal someone better, travel with them". and exactly! banyak benda baru, merasa suasana baru. seriously! and being with those yang hafal hafal surah panjang and they recited it along the way seriously, I can't describe the feeling. but yeahh. faham kan what i meant here? Thank you kawan kawan! THANK YOU ! (: 

May 23, 2014

Sing Children of The World



current addiction. 


May 17, 2014

DRAFT 1

Saat diri diletakkan antara mereka yang hebat, terlalu kecil kurasakan. Jujur kukatakan, aku terasa terlalu kerdil walau untuk bersuara sepatah perkataan pun. Mereka orang hebat. Mereka baik. Mereka yang menjaga adab, menjaga tingkah laku, menjaga agama yang semestinya. Laju menuturkan kata berkaitan dakwah. Walau kita seusia, atau mereka lebih tua setahun, sungguh, aku rasa aku ketinggalan begitu jauh. terlalu jauh rasanya. Tak setanding mereka. Saat perbincangan dibuka, aku tunduk. Mulut terkunci, tangan membeku. Hanya mampu menuturkan bait kata di dalam hati atau diminda, tak mampu menyuarakan apa-apa. kerana aku tahu ideaku kolot. idea budak sekecil 10 tahun dibandingkan dengan mereka yang berjiwa besar. Allah. Aku kerdil. 

Inferiority terlebih ke? 

draft 20.04.14

Perhaps you hate a thing and it is good for you..


Assalamualaikum w.b.t. Lama bebenau lah blog ni tak bertulis. Type type, masuk draft. Type type masuk draft. Bukan tak cukup masa, tapi salah diri sendiri sebab tak gunakan masa sebaiknya. DUSH! So, apa khabar semua? Mental sihat? Fizikal sihat? IMAN sihat? Hmm, Alhamdulillah for all His blessings. Pernah tak kita terfikir berapa banyak nikmat yang Dia kurniakan, dan berapa banyak kita letak rasa syukur? Allah, there's a LOT! bangun tidur itself adalah 1 nikmat. bangun tidur dengan sihat, segar. nikmat lagi. before tu, dapat tidur nyenyak, itu pun 1 nikmat. ini baru cerita sebahagian daripada nikmat bangun tidur. belum lagi yang lain. ALLAH! 

Lama sungguh rasanya tak menulis. Melakarkan apa yang terjadi, meluahkan apa yang terpendam. LAMA! and when I sit, and trying to recall what had happened to me last few months, I can only describe it in few words. susah nak rasa feeling tu lagi. you know, like today, you go somewhere and make friend. and you feel so much bless sebab kawan yang awak jumpa tu indah sangat. like she makes you different. you feel so happy. terharu, rasa macam itulah hari paling indah waktu tu. you realize that its your turning point in life. awak menangis, awak ketawa, awak tersedar.


but then, few years later, awak jumpa dia balik. awak tahu, awak pernah jumpa dia sebelum ni. tapi awak tak boleh nak recall satu persatu perasaan indah berjumpa dia buat kali pertama tu, awak tak boleh describe macam mana awak boleh rasa terharu, macam mana awak boleh tersedar that its your turning point. awak tak boleh ingat ayat yang dia bagi yg buat awak sentap dan try to be better. mungkin boleh recall. tapi perasaan dia lain. 

SEBAB APA? SEBAB AWAK TAK MENGEKSPRESIKAN APA YG TERJADI, APA YG AWAK RASA DENGAN TULISAN. kalau awak menulis, then few years later, bila baca balik, awak tahu ohh macamni rupanya aku rasa dulu. bla bla bla. tak percaya? try baca balik diari awak masa sekolah rendah dulu (: itu pentingnya menulis. 

okay. 
_____________________________________________________________

"ERTI HIDUP IALAH PADA MEMBERI"

TO LIVE IS TO GIVE. TO GIVE NOTHING IS TO DIE

banyak benda yang kita boleh bagi. tak semestinya material. senyum pun dikira memberi! even when you talk about good things with your friends pun dikira memberi. memberi apa? memberi ILMU. okay ayat biasaaa lah kau ni hajar. okay. macam ni, what i mean is pernah tak awak ada dalam situasi macam ni, A dan B berbual bual pasal marriage which is tengah common dalam orang orang sebaya kita ni kan, then A cakap, "TAHAJUD PUN TUNGGANG LANGGANG LAGI NI, TAK LAYAK RASA NAK CAKAP PASAL BINA KELUARGA SENDIRI". Dia bagi 1 ayat ni je, tapi dengan 1 ayat ni je lah buat si B berfikir. mungkin sebelum ni si B ni asyiklah bebel bebel pasal marriage yang dia pun tak bersedia pun sebenarnya. saje cakap. tapi bila si A cakap macam tu kat dia, baru dia realise banyak lagi benda dia tertinggal. banyak benda yg dia skip. tup tup terus nak cakap pasa marriage. and lepas lepas tu, dia terus buat checklist apa lagi kurangnya diri dia. yg WAJIB dah cukup terjaga ke? dah cuba untuk tambahkan dengan yg SUNAT ke? DIRI sendiri dah pandai jaga ke? come on beb, you're the one yang akan bentuk keluarga yg bakal awak bina. takkan nak main main, kan? 

see. dengan 1 ayat je pun dia boleh ubah persepsi and pemikiran si B. so if you're giving good thing to others, banyak manfaat dia. kan? either you realise it or not. 

and just now I'm having conversation with my friend. 

pernah tak kita rasa macam kenapa aku kat sini? kenapa dulu aku macam tu? kenapa aku pergi sini? aaaaa aku tak patut pergi pun. kan dah tak dapat jumpa diaa ni. bla bla bla and we keep asking and blaming. okay. pernah dengar tak, ALLAH IS THE BEST PLANNER EVER" 


ALLAH HAS A PURPOSE FOR YOUR PAIN
A REASON FOR YOUR STRUGGLES
AND A REWARD FOR YOUR FAITHFULNESS


yes. apa pun yg terjadi, semua Dia dah tentukan. awak dapat result baik, Dia tentukan. awak dapat result macam mana pun, Dia yg tentukan. awak jumpa kawan yg awak rasa baik sangat, awak sayang kat dia, Dia yang tentukan. awak dapat masalah, Dia yg tentukan. AUwakn kena marah, Dia yg tentukan. Dia yg tentukan dari A sampailah Z. apa kita kena buat? JUST ACCEPT THE WAY THINGS ARE. ada hikmahnya. 



mungkin dengan result yg tak berapa elok tu lah yg buatkan kita sedar, ohh cara aku study ni tak betul. so kita try to find out cara study yg betul. mungkin lepas tu kita lagi kerap jumpa lecturer, kita tengok video, kita tanya kawan. kita cerita kat kawan, kita sedih dapat result macam tu. then kawan kita pulak bagi ayat ayat yang menenangkan. lepas tu tiba tiba kawan tu jadi kawan baik kita pula. and so on. nampak tak? mungkin kalau result kita tak macam tu, kita tak kenal pun kawan kita tu. tak tahu pun dia tu baik macam tu. faham ke?

definitely we can't change what have been written for us. tapi mungkin kita boleh doa supaya kita reda dengan anything yg Dia nak bagi. What will happen in the future, semua Dia dah tentukan. awak kerja dalam bidang yg awak belajar sekarang ke tak, the one that you love masih ada sama sama dengan awak hari ni ada lagi tak petang ni, semuanya Dia yang tentukan. even apa yg awak tengah buat sekarang pun Dia yg tentukan. 


Tapi, janganlah biar je badan kita gerak sendiri. memang tak bergeraklah jawabnya kan? you cant change the future, tapi awak boleh berusaha untuk dapatkan pahala. awak rasa malas, then usaha untuk lawan rasa malas tu. MUJAHADAH ! (:jihad melawan nafsu. so, jangan menyesal dengan apa yg dah jadi. ada hikmahnya. dan teruskan usaha dan doa moga moga kita semua dalam rahmatNya. May Allah bless (: 





December 12, 2013

MAJLIS ILMU MAJLIS ILMU (:

Assalamualaikum w.b.t. lama sungguh tak menulis di sini. DR. Shafinaz is getting busy nowadays :D sekarang dah start sistem block, so memang kena fokus untuk every block. seriously ! memang kena struggle. lebih lebih lagi special case macam saya ni. kena study bersungguh, kena rajin. *sedar diri. hehe

so far, 3 systems dah lepas. musculoskeletal system, hematology and immunology block and cardiovascular system. Alhamdulillah. and next week, will be RESPIRATORY SYSTEM's EXAMINATION merangkap final exam for this year ( 0.0)



setakat ni, block paling best is CVS (cardiovascular system). because belajar pasal jantung. macam mana blood passed through our lung to get oxygenated, then go to the heart, before being pumped to other parts of the bodies. then, when they had given oxygen to the needy, and bring carbon dioxide back to MR HEART to be pumped back to the lung to be reoxygenated and the cycle continues. it is so woooww ! SUBHANALLAH. jantung kita tu tak besar mana pun, segenggaman penumbuk tangan kita je kawan kawan. tapi it do a lot of work, struggling to keep our body alive. siapa yg cipta? (: 

SUBHANALLAH

and, yeahh. belajar process, of course belajar pasal defect juga kan. what if this part is not working, that part can't function well, this part disfunction since in mummy's tummy, semua tu ada kesan kesan dia. contohnya, contoh lah kan, before keluar dari tummy mak kita, heart kita tak developed sepenuhnya, kira ada cacat sedikit di situ yang menyebabkan darah kita boleh pergi ke tempat yang tak sepatutnya dia lalu pun. so, darah boleh bercampur kat situ and kesannya, boleh sebabkan kita kekurangan oxygen sebab darah bawa oxygen kan? 
sikit je defect, tapi banyak consequences. 

so, kita ni, yang ALHAMDULILLAH masih boleh bernafas, berlari, belajar buat aktiviti macam biasa, PATUT bersyukur. ramai lagi orang yg tak sempurna. 

betul. kadang kadang kita terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada. sebab kita tak pernah nampak apa jadi pada orang yang tak memiliki apa yang kita ada. itu manusia. 

saje nak promote, ada 2 events dalam masa terdekat ni which is i think, it will be good if you can join this event. both seronok and penyampainya pun orang hebat (: jomlah kita luang masa untuk majlis ilmu macam ni. kan, kalau kita pergi majlis ilmu, kita adalah selangakah ke syurgaNya (: 


CELIK FAMILI with PROF DR MUHAYA 
29 DISEMBER 2013
DEWAN MERDEKA, PWTC 
student : RM 80 

kalau berminat, boleh klik sini (: http://famili.celikz.com/kuala-lumpur/ 


21 DISEMBER 2013
UIA GOMBAK
EARLY BIRD : RM 50 (yuran + makanan) until 14 disember 


"Dunia ini diciptakan oleh Allah untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat."

#i don't know what had happen to me these past few days. mungkin sebab nak exam kot. asyik ke laut je. duduk duduk, start lah air mata nak melihat dunia. lepastu sendiri bagi motivasi, doktor mana boleh cengeng ! lepastu nangis balik. haihh typical hajar. 

if YOU read this, sungguh i miss the moment when we sit together, having heart-to-heart session. i don't know how to tell you this, sebab tak terluah melalui bicara, hanya boleh monolog sendiri je. anddd, i miss your tight hug. 



TAKPE, KEEP CALM. YOU'RE A FUTURE DOCTOR, HAJARSHAFINAZ. tenang. study. doa. tawakal.



July 31, 2013

i just need to be strong

Terkadang hati bermonolog sendirian
layakkah aku dalam bidang ni?
sanggupkah aku?
mampukah aku menjadi produk yg terbaik 5 tahun lagi?
mampukah?

Allah. Allah. Allah.
kenapa mudah sangat air mata ni luruh?
kenapa mudah sangat semangat ni jatuh?
kenapa? 

Allah, 
I know you there. 

dan aku tahu Kau dah buka pelbagai jalan untuk hambaMu ini.
masihkah aku tak bersyukur? 
masihkah mahu mengeluh?
sedang di luar sana ramai lagi yg kecewa, sedih tak berpeluang untuk ke bidang ini.
Masihkah mahu mengeluh HAJAR ?


semalam, saya jumpa seorang makcik ni. she asked me, what course i am in? i said, medicine. first year. and this makcik pun cerita, cucu dia pun medicine. tapi dah masuk 3rd year. kami tak berbual panjang pun. and nak balik tu, dah salam salam. saya pun melangkah untuk undur diri. but, belum sempat saya melangkah, makcik ni tarik tangan saya, tepat anak mata saya bertentang dengan anak mata makcik ni, terus dia tuturkan, "you must be tough. must be strong. apa-apa pun banyak berdoa. Allah tu ada" Lembut je makcik ni cakap. Allah. rasa nak peluk kuat kuat makcik ni time tu. 

ye, hajar. be tough. be strong. macam pavlova. "gangster di luar, lembut di dalam" (:


nampak lah kan kerja di lab? 


TuneList - Make your site Live