April 4, 2016

Roadtrip to Pahang

Assalamualaikum ! nahhh. ini cerita short vacation ke Pahang haritu. Post exam treat katanya. haha. Plan asal punyalah jauh, ingat nak pergi Sabah or Bandung, tapi last last kaki terjejak ke Pahang pula. haha. okay lah, sebab tak pernah explore Pahang lagi, even dia sebelah Selangor je pun. 

so here we are.


Kami gerak seawal 8 pagi. semangat kau nak berjalan, haha. ni pun kira terlambat sebenarnya. almaklum packing barang pagi tu juga. haha. First, kitorang pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. dalam 1 jam je dari Sg Buloh ni. Syok aaaaa tempat ni. and rezeki juga kot sebab kitorang pergi pagi. so tak panas sangat. nak balik tu je rasa matahari sikit. tu pun sebab pukul 12 tengahari. Nak masuk sini kena bayar RM13 for adult. not bad lah. parking kereta dekat dekat hotel tu, then jalan jalan kat bangunan bangunan ala ala France gitu. seriouslyyyy, I am here. finally !


Masa sekolah sekolah dulu selalu main lukis lukis building castle macam ni. bajet bajet princess tengah tunggu prince charming gituu. sampai masa SPM pun lukisan I ada gambar castle tau. HAHA. 



lepastu ambil Shuttle Train ke Japanese Village. free of charge je ni. Japanese Village ni kena mendaki sikit nak sampai atas tu. sikit je. tak banyak pun. HHA. then sampai atas ni, ada junction, either nak pergi Botanical garden or Japanese Village. haa ambil simpang kiri. okay lah. tenang mendamaikan. Korang boleh juga sewa kimono kalau nak fefeeling orang Jepun, RM20 per pair. Kitorang tak sewa pun. dengan alasan, next trip kita pergi Jepun betul betul, kan? aminn amiin. hihi. 

Kalau nak jalan lagi, otw balik nanti ada Animal Park. RM4 per person. tapi kitorang tak masuk pun. beli pop corn RM6 je. haha. ohyaaaa. Kalau nak pergi sini, either you makan siap siap, kenyangkann perut atau bawa bekal. sebab makanan kat atas ni mahal. takoyaki 3 ketul RM6. HHA. seketul RM2 T.T aiskrim Solero pun RM2. so better bawa bekal lah ye (:


then, kitorang terus ke Kuantan. weeehuuuu ! check in dekat Casa Pelindung Guesthouse. fuhhhh ! serious selesa.






Harga pun okay ! kira tak lari bajet kitorang. Jemput datang ye kawan kawan. Bilik selesa, *sebab ada aircond. HHA. kalau pergi ramai ramai seronok jugaa, sebab kat luar tu ada ruang santai santai. ada water cooler kalau kalau nak isi air. Guesthouse ni dekat je dengan Teluk Cempedak. and landmark nak sampai sini cari Sekolah Menengah Tuanku Afzan. Jalan sikit nampak MRSM Kuantan. haa. kira dia memang dekat dekat sekolah. ada Sekolah Vokasional, sekolah rendah. 

Petang tu ambil angin kat Teluk Cempedak. orang dok panggil TC TC. yang kitorang dok kata teluk cempedak. haha. panjang betul. meriah juga TC ni. dekat TC ni pun ada Starbucks, Mcd, Kfc, 7e. nak shopping shopping pun okay jee. ada kedai kedai jual baju, tudung. haaa. ore puan suko la ni. aku punyalah excited sebab rasa dah lama tak shopping. Tapi, pusing pusing 2 jam haa kat situ, sampai kena marah. lol. baliknya tangan kosong juga. HHA. hajar ni sejenis payah nak beli barang baru.


ahaaaa. datang Kuantan nak makan kat mana? Pergi Tj Lumpur. mak aihhh. memang situ tempat seafood. kitorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai. makan seafood dengan hajar memanglah rugi. awal awal masa tengah kebulur je laju, dah separuh, faham faham je lah. I can't ._. Ada orang tu sampai termuntah muntah eh haha

Day 2 
Ambil angin TC sekejap before gerak ke Sg Lembing.
Sebab before pergi dah baca siap siap yang kat Sg Lembing ni tak de petrol station. ada memang ada, cuma bukan macam petronas, petron or shell yang korang selalu jumpa lah gitu. so kitorang siap siap isi minyak kereta penuh before gerak ke Sg Lembing. Jalan nak masuk sini memang jauh. macam nak ke Bukit Tinggi. haha. but once you sampai, fuhhhh ! haha. dia ala ala pekan gitu. ramai chinese. sebab sini kan kawasan bijih timah dulu. haaaa. silap kitorang lah sebab gerak lambat. sebab kalau pergi Sg Lembing ni, actually banyak activity outdoor yang korang boleh buat. pagi pagi, boleh panjat Bukit Panorama. Boleh pergi jambatan gantung. Lepastu boleh sewa basikal and pusing pusing satu pekan tu. ada macam macam lagi. tapi sebab kitorang sampai tu tepat tepat pukul 12 plus tengah cuaca sekarang yang panas, so kitorang tak buat benda benda tu sangat. just jalan jalan and singgah TBox.



TBox ni kira macam chalet chalet tapi dari cabin. Cantik. serious cantik. nak datang saje saje and ambil gambar je pun boleh. plus, ada basikal sewa comel comel. yang kitorang naik ni RM20/hour. Tapi korang boleh pusing-pusing kat situ je. so 30 minit pun dah okay dah. Bayar RM10 je. boleh duduk berempat, kayuh sama sama. comel kannn? "." 


And harga harga tempat kat sini pun not bad lah. 

Gerak balik dalam pukul 2. otw balik tu kitorang singgah Temerloh a.k.a Bandar Ikan Patin. masuk masuk Temerloh je berderet kedai jual ikan patin and tilapia. fuhh. sedap ni kalau dapat Ikan Patin masak lemak tempoyak. Ikan Tilapia masak lemak cili api. kaww kaww. but again, sebab pergi dengan Hajar, haha. and makanan malam tadi pun tak habis turun lagi, so kitorang pusing pusing jaa. rugi juga lah rasa sebenarnya. haha. takpee. next time boleh pergi lagi. *sedapkan hati. hihi 

Balik tu singgah KLCC. HHA. and I just realised that, setahun aku duduk Sg Buloh, ni first time pergi KLCC -.- masa duduk subang dulu adalah juga pergi. sebab rajin lagi naik public transport. sekarang -.- zzzzzzzz 

Aku suka jalan malam malam. Sebab gelap, and lepastu ada lampu lampu warna warni depan mata, pandang atas, nampak langit gelap dihias bintang bintang. haaa lepastu boleh main teka teka buruj apaa tuuuuu ? :D 


sekian saja dari saya (: short vacation after exam is so nice ! walaupun sebenarnya rasa tak deserve langsung nak pergi berjalan sebab tak perform pun masa exam :( sedihhh wooo ! Masuk station emergency, blur habis. "sorry doctor. I don't know." nak menangis rasa T.T antara semua station tu, ENT paling aku enjoy. [sebab dulu pernah nangis depan examiner sampai tak nampak apa apa kat otosim T.T] haha. kali ni semangat sikit. hihi. need to brush up for 4th year nanti. fuhhh !

Ada orang tanya kenapa dah alang alang sampai sana tu tak singgah Cameron or Genting terus? ahahah. phobia kot. entah. banyak sangat dengar cerita cerita seram. So tak mahu. tunggu betul betul rasa okay, baru nak pergi. teringin juga sebenarnya nak pergi Cameron Highlands tu. serious teringin. tengok gambar gambar, bunga bunga fresh.. fuhh ! tapi takpe. tunggu dulu kan? (: 

1 comment:

  1. lahh..bukit tinggi tu dkt dgn sg buloh ke..tau dulu time posting kt sana, dh merayap dh..hmm--'..nnt share la lg..best baca:)

    ReplyDelete

COMMENT

TuneList - Make your site Live