December 27, 2011

MAN vs WOMAN

MAN vs WOMAN. who is the winner? WOMAN lah. sebab aku PEREMPUAN. adil kan?  okay. tak. manusia dijadikan bersebab. so, masing masing ada kelebihan masingmasing. terpulang pada orang tu untuk gunakan segala kelebihan yang Allah kurniakan. ke jalan yang benar, bukan yang salah. okayy. straight to the point, hari ni aku nak cakap pasal kelebihan perempuan and lelaki. 

PENGLIHATAN perempuan tertumpu dan teliti. lelaki pula lebih bersifat teropong. cuba tengok mak ayah kau orang. kalau ada sampah terselit celah almari rumah kau orang, mak dari jauh pun dah boleh nampak. kan? tapi, kalau cari stesen minyak, mak tak tahu pun. tapi, ayah. even tak pernah lalu pun jalan tu, jauh berkilokilo meter pun ayah dah boleh tahu kat situ ada stesen minyak. betul tak? 

PENDENGARAN perempuan lagi tajam dari lelaki. tetapi lelaki dapat tahu arah bunyi tersebut. oky. tak percaya? kalau adik kau orang merengek malam malam minta susu, siapa bangun dulu? mak ke ayah? mesti mak kan? kalau ada bunyi air menitis malam malam, lelaki buat tak tahu je kan. lepas tu terus tidur. tapi, perempuan? mesti rasa bising. takut takut pun redah je pergi tutup paip tu. contoh lain, kalau ada kucing yang mengiau malam malam dari tempat yang jauh, perempuan tentu dapat mendengarnya. tetapi, lelaki yang dapat mencari dari mana suara tu datang. tapi kan, kalau dah tidur mati, perempuan ke lelaki same je kot. letak bom sebelah telinga pn belum tentu bangun--"

MEMANDU. mengapa lelaki perlu memandu pada waktu malam? oky. penglihatan lelaki kan bersifat teropong. so. lelaki mampu melihat lebih jauh dan pandangannya juga tertumpu. dalam keadaan gelap, lelaki mampu mengetahui kenderaan dari arah hadapan dan belakangnya. tetapi, perempuan pula, dalam keadaan gelap, dia hanya mampu melihat terperinci dalam jarak yang dekat dan luas sahaja. lelaki kan dicipta untuk menjadi pemburu. sebab tu dia lagi berwaspada dalam keadaan gelap. so, kalau nak jalan jalan, bawa lah abang ataupun adik lelaki kau orang. tak pun ayah. ha, tak pun SUAMI kau orang. okyy :))

perempuan menarik nafas lebih kerap berbanding lelaki. tetapi lelaki menarik nafas lebih dalam berbanding perempuan. 

MERAJUK PUJUK. oky. bila lelaki merajuk, dia lebih suka diamkan diri. yang perempuan pula jangan lah kacau dia. bagi dia masa untuk dia ubat merajuk dia tu dulu baru pujuk. tapi, kalau perempuan merajuk, lain sikit. lelaki kena pujuk awal awal. lumrah lah kan, sifat perempuan yang ingin sentiasa diberi perhatian, dibelai, dimanjakan. *benguna untuk calon suami . hha 

MASALAH. lelaki lebih suka bersendirian tetapi perempuan lebih suka meluahkan. kalau lelaki ada masalah, dia akan duduk diam diam dan fikir masalah dia. dia tak akan bercakap dengan orang tentang masalah dia. tetapi dia bercakap dengan fikiran dia. cara yang perempuan patut buat bila lelaki tertekan, cakap macam ni ''oky. sekarang awak tenangkan fikiran awak. nanti dah oki doki kita jalan jalan'' . tapi, sangat berbeza dengan perempuan. bila perempuan ditimpa masalah, dia mahu diberi perhatian. kan memang sifat perempuan yang mahu dirinya diberi perhatian, dibelai kan? sebab tu, kalau dia bermasalah, dia perlukan seseorang yang sanggup dengar luahan hati dia. yang lelaki pula, cara yang patut anda buat bila perempuan ada masalah, cakap macam ni "oky. cuba cerita apa masalah awak? jangan senyap je" ha. lebih kurang lah tu. hha. aku tak pandai main ayat ayat ni. tapi cukup lah kot kalau aku cakap, perempuan lebih selesa bila dia dapat luahkan masalah tetapi lelaki lebih suka bersendirian bila ditimpa masalah :|

oky. nampak kan banyak PERBEZAAN lelaki dan perempuan. sebab tu setiap makhluk di bumi ini dicipta berpasang pasangan. sebab apa? sebab ni lah. kekurang si isteri boleh diganti dengan kelebihan si suami. :)) 



WHATEVER YOU ARE DOING, LOVE YOURSELF FOR DOING IT
WHATEVER YOU ARE FEELING, LOVE YOURSELF FOR FEELING IT
TuneList - Make your site Live