February 4, 2011

LA TAHZAN

jangan menunggu bahagia, kemudian baru kamu tersenyum
tetapi, tersenyumlah maka kamu  akan bahagia


LA TAHZAN. jangan bersedih. mengapa kita bersedih ? lumrah alam. hidup ni umpama roda. macam macam boleh terjadi. kadangkadang kita berada di atas. tetapi, adakalanya kita akan berada di bawah. ada masa kita akan bahagia, suka, ria. tetapi, kesedihan dan kekecewaan sentiasa ada menunggu kita. 

tak salah kalau kita bersedih. tetapi, biarlah berpadapada. mungkin menangis itulah cara terbaik untuk kita luahkan kesedihan yang menyelubungi diri. tapi, jangan lah sehingga terbawa bawa sampaikan kita pun hanyut dalam kesedihan itu. LIFE MUST GO ON . apa pun yang terjadi, kita tak akan lari dari masa silam. mengingat masa silam tak salah . tetapi, bersedih kerana itu, adalah tak sepatutnya berlaku. 

oke. cuba kita fikirkan, kalau kita sedang bersuka ria, dan bersemangat tiba tiba kita mengingat kembali masa silam yang perit dan sakit untuk dikenang, semestinya kita akan bersedih. betul tak ? andd, semangat yang tadinya menggunung, boleh rebah jatuh ke bumi. 

aduhaii manusia. yang berlalu biarkan berlalu. tak mungkin masa dapat diundurkan kembali. tak mungkin air mata yang kita keluarkan akan kembali ke kelopak mata . ingatlah , orang yang berfikiran positif akan sentiasa  melihat ke hadapan. angin akan selalu berhembus ke hadapan. air akan selalu mengalir ke hadapan. semua benda akan sentiasa bergerak ke hadapan . 

so, kawan kawan marilah kita menuju ke depan. ingat, jalan mesti ke depan, bukan ke belakang :)

-motivasi untuk diri aku sendiri dan kau orang semua :)-

No comments:

Post a Comment

COMMENT

TuneList - Make your site Live