April 4, 2016

Roadtrip to Pahang

Assalamualaikum ! nahhh. ini cerita short vacation ke Pahang haritu. Post exam treat katanya. haha. Plan asal punyalah jauh, ingat nak pergi Sabah or Bandung, tapi last last kaki terjejak ke Pahang pula. haha. okay lah, sebab tak pernah explore Pahang lagi, even dia sebelah Selangor je pun. 

so here we are.


Kami gerak seawal 8 pagi. semangat kau nak berjalan, haha. ni pun kira terlambat sebenarnya. almaklum packing barang pagi tu juga. haha. First, kitorang pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. dalam 1 jam je dari Sg Buloh ni. Syok aaaaa tempat ni. and rezeki juga kot sebab kitorang pergi pagi. so tak panas sangat. nak balik tu je rasa matahari sikit. tu pun sebab pukul 12 tengahari. Nak masuk sini kena bayar RM13 for adult. not bad lah. parking kereta dekat dekat hotel tu, then jalan jalan kat bangunan bangunan ala ala France gitu. seriouslyyyy, I am here. finally !


Masa sekolah sekolah dulu selalu main lukis lukis building castle macam ni. bajet bajet princess tengah tunggu prince charming gituu. sampai masa SPM pun lukisan I ada gambar castle tau. HAHA. 



lepastu ambil Shuttle Train ke Japanese Village. free of charge je ni. Japanese Village ni kena mendaki sikit nak sampai atas tu. sikit je. tak banyak pun. HHA. then sampai atas ni, ada junction, either nak pergi Botanical garden or Japanese Village. haa ambil simpang kiri. okay lah. tenang mendamaikan. Korang boleh juga sewa kimono kalau nak fefeeling orang Jepun, RM20 per pair. Kitorang tak sewa pun. dengan alasan, next trip kita pergi Jepun betul betul, kan? aminn amiin. hihi. 

Kalau nak jalan lagi, otw balik nanti ada Animal Park. RM4 per person. tapi kitorang tak masuk pun. beli pop corn RM6 je. haha. ohyaaaa. Kalau nak pergi sini, either you makan siap siap, kenyangkann perut atau bawa bekal. sebab makanan kat atas ni mahal. takoyaki 3 ketul RM6. HHA. seketul RM2 T.T aiskrim Solero pun RM2. so better bawa bekal lah ye (:


then, kitorang terus ke Kuantan. weeehuuuu ! check in dekat Casa Pelindung Guesthouse. fuhhhh ! serious selesa.






Harga pun okay ! kira tak lari bajet kitorang. Jemput datang ye kawan kawan. Bilik selesa, *sebab ada aircond. HHA. kalau pergi ramai ramai seronok jugaa, sebab kat luar tu ada ruang santai santai. ada water cooler kalau kalau nak isi air. Guesthouse ni dekat je dengan Teluk Cempedak. and landmark nak sampai sini cari Sekolah Menengah Tuanku Afzan. Jalan sikit nampak MRSM Kuantan. haa. kira dia memang dekat dekat sekolah. ada Sekolah Vokasional, sekolah rendah. 

Petang tu ambil angin kat Teluk Cempedak. orang dok panggil TC TC. yang kitorang dok kata teluk cempedak. haha. panjang betul. meriah juga TC ni. dekat TC ni pun ada Starbucks, Mcd, Kfc, 7e. nak shopping shopping pun okay jee. ada kedai kedai jual baju, tudung. haaa. ore puan suko la ni. aku punyalah excited sebab rasa dah lama tak shopping. Tapi, pusing pusing 2 jam haa kat situ, sampai kena marah. lol. baliknya tangan kosong juga. HHA. hajar ni sejenis payah nak beli barang baru.


ahaaaa. datang Kuantan nak makan kat mana? Pergi Tj Lumpur. mak aihhh. memang situ tempat seafood. kitorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai. makan seafood dengan hajar memanglah rugi. awal awal masa tengah kebulur je laju, dah separuh, faham faham je lah. I can't ._. Ada orang tu sampai termuntah muntah eh haha

Day 2 
Ambil angin TC sekejap before gerak ke Sg Lembing.
Sebab before pergi dah baca siap siap yang kat Sg Lembing ni tak de petrol station. ada memang ada, cuma bukan macam petronas, petron or shell yang korang selalu jumpa lah gitu. so kitorang siap siap isi minyak kereta penuh before gerak ke Sg Lembing. Jalan nak masuk sini memang jauh. macam nak ke Bukit Tinggi. haha. but once you sampai, fuhhhh ! haha. dia ala ala pekan gitu. ramai chinese. sebab sini kan kawasan bijih timah dulu. haaaa. silap kitorang lah sebab gerak lambat. sebab kalau pergi Sg Lembing ni, actually banyak activity outdoor yang korang boleh buat. pagi pagi, boleh panjat Bukit Panorama. Boleh pergi jambatan gantung. Lepastu boleh sewa basikal and pusing pusing satu pekan tu. ada macam macam lagi. tapi sebab kitorang sampai tu tepat tepat pukul 12 plus tengah cuaca sekarang yang panas, so kitorang tak buat benda benda tu sangat. just jalan jalan and singgah TBox.



TBox ni kira macam chalet chalet tapi dari cabin. Cantik. serious cantik. nak datang saje saje and ambil gambar je pun boleh. plus, ada basikal sewa comel comel. yang kitorang naik ni RM20/hour. Tapi korang boleh pusing-pusing kat situ je. so 30 minit pun dah okay dah. Bayar RM10 je. boleh duduk berempat, kayuh sama sama. comel kannn? "." 


And harga harga tempat kat sini pun not bad lah. 

Gerak balik dalam pukul 2. otw balik tu kitorang singgah Temerloh a.k.a Bandar Ikan Patin. masuk masuk Temerloh je berderet kedai jual ikan patin and tilapia. fuhh. sedap ni kalau dapat Ikan Patin masak lemak tempoyak. Ikan Tilapia masak lemak cili api. kaww kaww. but again, sebab pergi dengan Hajar, haha. and makanan malam tadi pun tak habis turun lagi, so kitorang pusing pusing jaa. rugi juga lah rasa sebenarnya. haha. takpee. next time boleh pergi lagi. *sedapkan hati. hihi 

Balik tu singgah KLCC. HHA. and I just realised that, setahun aku duduk Sg Buloh, ni first time pergi KLCC -.- masa duduk subang dulu adalah juga pergi. sebab rajin lagi naik public transport. sekarang -.- zzzzzzzz 

Aku suka jalan malam malam. Sebab gelap, and lepastu ada lampu lampu warna warni depan mata, pandang atas, nampak langit gelap dihias bintang bintang. haaa lepastu boleh main teka teka buruj apaa tuuuuu ? :D 


sekian saja dari saya (: short vacation after exam is so nice ! walaupun sebenarnya rasa tak deserve langsung nak pergi berjalan sebab tak perform pun masa exam :( sedihhh wooo ! Masuk station emergency, blur habis. "sorry doctor. I don't know." nak menangis rasa T.T antara semua station tu, ENT paling aku enjoy. [sebab dulu pernah nangis depan examiner sampai tak nampak apa apa kat otosim T.T] haha. kali ni semangat sikit. hihi. need to brush up for 4th year nanti. fuhhh !

Ada orang tanya kenapa dah alang alang sampai sana tu tak singgah Cameron or Genting terus? ahahah. phobia kot. entah. banyak sangat dengar cerita cerita seram. So tak mahu. tunggu betul betul rasa okay, baru nak pergi. teringin juga sebenarnya nak pergi Cameron Highlands tu. serious teringin. tengok gambar gambar, bunga bunga fresh.. fuhh ! tapi takpe. tunggu dulu kan? (: 

February 18, 2016

dah nak habis year 3

Assalamualaikum dear blog. Imma so sorry for abandoning you for quite long time. hihi. I've been so busy these few months. (heh ! busy apa tu kak? mengada je) HAHA. 

Untuk yang merindui, 
saya juga merindui anda di sini.
Untuk yang menyayangi,
saya juga menyayangi anda di sini.
Untuk yang jauh di mata, tapi dekat di hati,
percayalah kau ada aku, walau hanya dalam doa kita (: 

So yeahhhh ! pejam celik pejam celik, it almost a year since I started my clinical  year. It was hectic life, I should say. because the beginning is always the hardest right? yelah, nak struggle sesuaikan diri dengan life kat sini, nak sesuaikan dengan berfikiran seperti ninja, zup zup zup dapat differential diagnosis, nak kena adjust mata supaya jadi observant and the list goes. haha. and along the way, dari satu posting ke satu posting, dapat rasa posting yang best, dapat rasa posting yang masha Allah what the h*** is going on, why-iam-so-blur-here, dapat rasa posting yang kau rasa kau nak buat segala benda lepastu terpitam dan jadi patient ._. , dapat posting yang you rasa memang I like this posting very much, because all of them are very cute -ofc paeds- , hikss and tak lupa posting yang mengerikan as I mentioned in previous post. haha.  

And along the way, I met variety of people. sebab kena clerk patient everyday kan. So bercakap dan terus bercakap. sampai kadang rasa nak tanya khabar je boleh tak? taknak clerk medical thing >.< huhu. Ada patient yang reject medical student, sebab "you student je, mana tahu apa-apa", ada patient yang sangat eager nak suruh orang clerk. I remember this one patient. I was in PSY clinic that time, lagi 30 minit ada kelas dengan DR N and what else can I do in that 15 minutes other than clerk and tidur. haha. tapi tak ngantuk, so I decided to go clerk. nak clerk sikit sikit jaaa, Chief complaint at least. lepastu pergilah clerk patient A dalam 20 minit gitu. so ada lagi baik 5 minit after cakap thank you apa semua, nak berlari pergi kelas kat tingkat 9, tiba tiba ada patient ni, "saya awak taknak interview ke? marilah saya pun nak cerita sakit saya kat awak". I was like, "maaf pakcik, saya kalau boleh pun nak berbual tapi ada kelas ni. sorry ye pakcik". and this pakcik keeps on asking whether this little student nak tahu tak the disease he had. huhu. bersungguh betul. serba salahnyaa time tu :( 

Ada juga patient yang nampak panas di awal perkenalan, tetapi menjadi mesra seperti family sendiri di penghujungnya :) and I still remember this one patient, a 57 year old gentleman comes with abdominal pain. masa nak datang clerk, dia buat buat tidur tak nak layan. huhu. lepastu always marah marah saya sepanjang clerking time. huhu. tabahkan hati, hajar. then after that, I visited him everyday. nak jadikan assigned patient lah gitu plus I can feel that this pakcik is very nice cuma haritu dia sakit, thats why jadi marah marah. hihi. and on second day, after third visit, he suddenly asked my name. and dia puji, sedap nama awak, semanis orangnya. hihi. lepastu kitorang selalu berbual. sampailah masa dia nak discharge, dia ada bagi nasihat sikit sikit, pasal parents, pasal doktor (:  thank you, pakcik ! 

Ada juga patient yang memberi banyak pengajaran. yaa, a lot. 

and tidak dilupakan, aku juga kadang goyah. goyah dengan keputusan yang aku buat few years back. betul ke ni nak jadi doktor? sebab lepas present case dengan DR - aku jadi macam ohmaigdd what am I doing for this almost one year? kenapa aku rasa b**** nak m*&/$3 ni. rasa macam tak belajar apa. sedih wey when it comes. depressed pun ada. haha. yeaa. terpaksa admit that. I am not a genius student. so memang no any other ways except of being a hardworking student. tak boleh malas belajar. tapi hajar ni mengada sikit. tak sedar diri. sobs :( 

tapi, lepas masuk posting ENT kali ni, aku rasa seronok ! because everyone is very nice. the doctors, specialist, classmates. semua baik. and ada terlintas untuk specialist in ENT, insha allah (: 

TODAY WAS A GREAT DAY (:
I managed to examined patient with tympanic membrane perforation due to OM, 
I managed to examined patient with quinsy, eventho it just the scar from I&D procedure,
I managed to present my case em better than before, sebab kurang nervous. hihi. kena tegur, tapi its okay. sebab betul lah, memang aku yang salah (: 

everyday will be a great day if you really appreciate the day ! (: 

love,
shafinaz (: 

October 18, 2015

Orthopaedics

Let's screw up ! My first day in ortho posting was.... em.. HHA. serious ngeri. I couldn't stay long in that ward. We need to be there before 7 am as the ward round will start around that time. fuhh, tak pernah pernah pergi hospital before 7 weyhh. and kena lah gagahkan jua diri dan mata yang berat dengan malam before tu baru berperang dengan demamnya. okay fine. takpe. still berkobar nak follow ward round. 7.30 am round start.
 
First patient,
patah tibia and femur I guess. and kena masuk besi yang tercacak cacak tu. Aku ni dah membayangkan macam mana lah sakitnya patient tu kena tanggung. dengan skru skru, thigh dah oedema dah :(  and okay. aku dah rasa darah makin kurang ke kepala aku. aku dah start pepening. tapi dalam hati, takde apa apa kot ni. ni cuma effect demam malam tadi je ni.
 
Second patient, aku memang dah duduk celah kepala orang je. tak larat nak berdiri betul dah. mulut pucat. tapi still nak ikut round. Bila doctor and specialist gerak ke third patient aku memang dah rasa lain macam. okay. kat situ juga mencangkung sebab takut collapse. -.- okay. kena keluar juga ni. kalau tak, tak memasal karang tambah lagi sorang patient. huhu.
 
masa jalan keluar tu, dinding kat mana pun aku tak tahu. Jalan pun macam terbang terhuyung-hayang dah. duduk kejap kat kerusi, terus peluh peluh. and yeaa, I vomit -.-
 
haha. kisah seorang hajar di dalam ward ortho. okbye.

October 4, 2015

Loneliness

Weakest part of me.

I might hurt you.
I am sorry for that.

But I really don't know how to fix it.

Denial and repelling.

Sorry, dear.

Give me some times and space.

Bukan tak nak duduk bersama,
Tapi kalau dah duduk bersama dan menjadi seekor kerang menanti masa belah pun tak menenangkan jua kan.

Duduk seorang diri, lagi bagus buat masa ni.

-kerang-

August 2, 2015

Cerita Broga

Assalamualaikum w.b.t. Berjumpa lagi kita dalam blog yang telah bersawang ini :D Semenjak dua menjak ni macam payah pula rasa nak mengarang. Jiwa kurang stable. HHA. Ni dah start stable kot, sebab tu wujud post kali ni (: So hyeeeeee ! I miss you from the bottom of my heart, to dorsalis pedis artery inferiorly and cerebral artery superiorly. HHA. So, I'm currently in OnG posting now. wohoooo ! OnG guys! Aku pernah bercita-cita untuk specialised in OnG, tapi tergoyah sebab rasa macam banyak lagi benda aku tak tahu, like Ortho, ENT apa semua tak pernah tahu lagi. So rasa macam nak  rasa semua dulu then only decide betul-betul nak specialised in what. But, so far, em for this first week, rasa menarik OnG ni. like, aku berkobar kobar ha nak pergi hospital clerk patient everyday. and hopefully, this will be last longer or even increasingly to the max ! fuhh. Okay ada masa nanti aku cerita about my clinical life. 

----ada orang tu kan kata dia banyak belajar Malay from my blog----

so kali ini nak berhati-hati supaya tak terguna 'x' 'ha3' or whatsoever yang macam menyusahkan others nak faham malay. and he's from Sudan (: 

okay. perjalanan ke Broga Hill. wohooo ! Lama dah plan actually, em since last 2 postings, before puasa lagi. Tapi banyak pula halangan dan rintangan dengan aku yang almost every weekend balik rumah kan, haha. Ni pun harini nak pergi, the night before baru confirmkan. tak payah plan bagai nak rak lama lama, end up plan tu terkubur layu dihujung mekar ooooo. haha. So, plan macam ni okay dah. zup zup zup terus pergi. But, zup zup zup pun stamina takde weyh ! HHA. dengan clinical year ni semacam malas gilaa nak jog or exercise petang petang, tambah pulak tu lepas raya kan -___- 


the night before tu gigih melekatkan tapak kasut yang dah ternganga. haha. bangun around 4.30 am lepastu gerak dalam 5 am. 5 of us. Me, Ros, Am, Mohammad and Dauz. Syaira tertinggal ;p Subuh dekat petronas then start naik round 6++ am (not sure sebab tak tengok jam) 

jalan punya jalan. at one point tiba tiba aku dah rasa lain macam. penat tu satu hal. tachypnoeic, dyspneoa, semua ada. okay. stop kejap. Muhammad and Dauz dah kat depan dah. tinggal aku, ros, am. Ros dah hulur gula-gula dah, takut aku hypoglycaemic. But seriously semua tak rasa dah wey. Makan gula pun dah tak terasa kat lidah. berpeluh semua ada. haha. They pushed me to continue the journey. jangan duduk! jangan lipat kaki ! makan gula tu bla bla bla tapi sejenis hajar ni entah apasal jadi macam taknak dengar nasihat pulak. tiba tiba rasa seram. dalam hati, "aku dah pening pening ni, kejap lagi kalau tiba tiba LOC karang, jatuh tergolek golek, aaaaaaa spine aku, brain semua". tiba tiba jadi takut. seriously semangat down yang sampai aku cakap "korang naik je lah dulu, nanti nak balik ambil aku kat sini" doiiiiii ! lama lama tu ok takpe, try lah sikit sikit, aim one point to the other point.  jalan punya jalan, tiba tiba pula sakit perut datang. HHA. ini semua kerja pojok ! HHA. Pojok, look at what you've done to me?! kesian am dengan ros kena tunggu aku, terlepas tengok sunrise -.- after few minutes, lama juga sebenarnya nak build up internal strength ni plus nak tunggu sakit perut semua okay, baru start balik (: and alhamdulillah sampai kat first point around 730 am. 


Sampai first viewing point ni aku dah rasa satu achievement dah. HHA. fuyyyoo hajar hiking wey ! for the first time ! ni pun dah rasa puas. belum sempat take a deep breath, tak sempat lagi nak fefeeling duduk atas bukit, am ros ajak naik next point -.- bukan ajak, diorang paksaaaa-.- hha. 

"Rugi nanti. dah sampai sini dah. Jom naik ! baby step, hajar. slow slow." I was like, aaaaaaa. Tinggal je lah I kat sini. I rela. haha. Bebel punya bebel, lama lama aku akur. *akur terus. haa. sampai next point, diorang ajak to the next point. Time ni baru jumpa Mohamad and Dauz. Third point ni agak berbatu and more challenging dari yang lain. ofc lah kan. one stage higher. fuhhh. Alhamdulillah that masa ni semangat dah naik sikit. dari yang dah nak sampai first point tu actually semangat tu oky sikit dah. Dengan diorang bebel bebel tak habis bagi semangat, boost up terus ha :) diorang ajak stop pun, I refused. Malaysia boleh, kenapa tidak Hajarshafinaz kan? >.< 


Alhamdullilah ! we managed to go up till the third point ! forth point, Gunung Tok Wan tu ehem tunggu dah exercise apa semua nanti kita naik okay? 

Ros gave me that lalang on the first peak point. and sampai kebawah aku bawa lalang tu. lepastu tinggalkan lah dia, sebab it says 

"Take Nothing but Photographs,Leave Nothing but Foot Prints"

aku rasa Ros sangat sweet masa ni. wuuu. since aku stop sampai lah ke third point, tak habis habis bagi semangat. siapa nak ros? Haa Ros kata dia nak engineer. insha allah hari hari anda sentiasa bersemangat waja :3

 Dauz yang tak habis habis posing 'farid kamil' diaaa -.-


Otw turun, terjumpa mereka. Student UIA. ada firdaus, ada mohamad. haha. our mohamad feat their mohamad. and our dauz feat their firdaus. Their Ammar feat our Am. 

otw turun juga terjumpa sekumpulan wanita berbaju kurung. I asked, dari bawah ke pakai baju kurung? (manalah tahu nak photoshoot kat atas. so bawa je baju kurung tu). Tetapi, impressed kejap! sebab memang dari bawah dioang pakai baju kurung tu. cayaaa ahh akak ! takpe, nanti about 4-5 years more aku dengan ros pakai jubah pulak ha naik atas (: 




hajar hajar, amik gambar kitorang posing 'jejaka handsome' . lol korang hahaa. 


fuhhh ! Sampai guys ! haha. setaknak taknak naiknya aku, sampai third point juga. alhammdulillah. Thank you Ros, Am, Dauz, Mohamad. ecewahh ! 

Masa dekat first point tu, baru nampak ramai ramai orang kat situ. memasing happy. and one thing crossed my mind is, what if I give up earlier? mesti tak dapat capai aim ni, mesti tak ada dalam kalangan mereka. mesti em menyesal. Same goes if I give up medical school. If I gave up earlier,I mean half way done, and give up. fuhh rugi rasa. sebab dah HALF WAY. kalau give up, first of all tak dapat grad. then, i need to start everything again. My 3 1/2 years spending, struggling to pass foundation to pass first Prof Exam will be wasted. ohmaiiii. #remind me to re-read my blog if I seem to be lazy, seem like to giving up or whatsoever in med school and ofc I wouldn't be a doctor in the future. Penat, take a pause but not stop and going back without reaching the peak. and yeah, the importance  of friends. Masa dah betul betul macam down yg rasa nak tanam muka dalam tanah tu, I asked ros and am naik jeee. naik je duluu wey. Tinggalkan je I kat sini. and ros jawab, "kalau kau jadi aku, kau nak tinggal ke aku kat sini??" ---.--- ros, thank you (: 



we did it guys ! wohooo ! hopefully, you guys tak serik bawa I hiking T.T 

So, wohhoooo. I enjoyed this thing so much eventho awal awal macam apa. haha. masa otw balik, dekat tempat tempat yg aku stop tu, I said to myself, kalaulah tadi you give up hajar, kalaulah tadi you memng stay je kat sini, hoihh! takdak kemajuan betul ! keep going, keep moving. it is better to take many small steps than just staying and do nothing. kann? Big thanks to Ros, Am, Mohamad, and Dauz. 

Set goals and be proud of every small steps you make (: 

Lepas lepas ni boleh plan something good to do on weekend. takdelah duduk melangut je kan. productive weekend guys. aku harap semangat aku terus berkobar hingga ke akhirnya. haha. 

P/S sorry lah cerita macam over excited sikit. orang first time hiking, ginilah. haha


salam sayang dari Bukit Broga (: 

May 10, 2015

DEAR PUAN NORLIZAH

Hari-hari hari mama (:

Dear mama,
Terima kasih for being the best mother for us. Terima kasih besarkan kami berempat.

Dulu mama selalu tak datang waktu hari terbuka. Sedihnya time tu Dia je yang tahu. I've been so excited to show you my result. To let you hear all the good comments from my teachers. Jeles dengan kawan kawan lain yang parents diorang beratur amik nombor giliran duduk sebelah, cikgu tunjuk keputusan. Bila aja dapat naik pentas, you rarely been there. Sedihnya. 

But I know mummy, you're working hard for me, for us. Takpeee. Pujuk diri sendiri.

Mama, 
Thankyou for always been there for me. Ya, you're not always been there physically, but you never fail to comfort me. Masa sekolah dulu, Bila rasa susah belajar, you'll try so hard to relieve my worriedness. Mama hantar aja tuisyen personally dengan cikgu. Sedangkan kawan lain tak de macam tu pun. 
Mama bawa balik buku buku rujukan bertimbun timbun. Haaa buku latihan lagi, even i rarely complete it most of the time, aherher
Bila masuk uni, u bought be everything. Dengan kereta lagi, laptop lagi, katil, study table. Yea. Everything ma. Yet. Im still not being a good daughter. 

I've been rude sometimes. 
Stubborn most of the time. 
But, trust me, I never do that intentionally. I just been too emotional sometimes :(

Terima kasih untuk segala doa ikhlas mama. Seriously ma, without your du'a, im not who i am now.

Terima kasih sebab selalu bebel bebel suruh kemas bilik, 
thats how I learn how to tidy up my room eventho lepastu selerak balik. Muahah. 
Terima kasih sebab selalu suruh bangun cepat, 
thats how I trained to not sleep after fajr prayer and make use the time 
Terima kasih sebab selalu suruh buat kerja sendiri, 
thats how I learn to be independent.
Terima kasih untuk segalanya, dari A sampailah ke Z.
Dari aorta sampailah ke cerebral artery and all it branches, sampai ke dorsalis pedis artery. 

You are like my heart ma.
Without you, seriously how my body will function well. You are the one who pumps out all the needs to all my body, my life, without you, i'll be hypoxic. 


Dear mama, sempena hari ibu, I wish you semoga berbahagia selalu. Semoga dipermudahkan segalanya. I promise to never leave you alone. I will always take care of you. *takenotebakalsuami . Nanti dah kerja, dah ada duit banyak, aja buatkan rumah untuk mama okay? (:

I love you now and forever



May 5, 2015

Muar to Sg buloh

Assalamualaikum ! Hye people. Duhhh! Masih tak boleh sign in thr laptop lagi. Im totally forget. Wuuu. Janganlah amnesia muda muda T.T so, we're done with internal med's posting. Hoyeahh! Tapi masih banyak perlu belajar. Sebab exam haritu tunggang terbalik juga. 

Em em, last haritu dapat jumpa sorang patient ni. She's just 19. And she was severely depressed. Since she was 16. And haritu she's still weak. She can't really think as a normal teen does right now. She cant even know whether she's hungry or feeling thirst. So her mum needs to take care of her. Feed her, motivate her. Everything ! Dear F, pleaseeee bangun lah. Your mum really misses you. Your dad, your brother. Even me, yang baru jumpa 2 hari pun teringin nak dengar you bercakap, gelak sama sama.  Hmmm

Okay. So someone asked me "kau pandai masak tak?" 
Cehh dengan bangganya aku pun berkata "ofcourse!" Muahahaha
Sekali dia tanya, haa masak ikan patin sambal tempoyak.
Adeyhhh! Gua tepuk dahi je lah mampu.

Sedihnya hati sebab tak tahu masak :( takpeee, masih banyak masa kan? Tapi serious sedih woihh. Sepanjang perjalanan balik ke sungai buloh terfikir fikir. 1 jam pertama ofcourse melayan air mata sedih meninggalkan muar, tapi lepastu berfikir fikir juga benda lain. 

So SITI HAJAR SHAFINAZ, here is the list that you need to take note.

1. Masak. (Takkan hari hari nak berlapar oi. Nanti kalau duduk dengan suami, kesian suami hang. Kena  ikut berlapar. Muahaha)
2. Sewing skill (nanti senang nak jahit seluar anak terkoyak, ke poket lab coat terkoyak ke. Sambil sambil tu boleh improve suturing skill. Nanti patient mesti suka bila aku yg menjahit. Hehe)
3. Driving skill dan ambil tahu more about kereta (yg ni tak tahu kenapa tapi aku rasa menarik kalau ambil tahu)
4. Berzanji skill (sebab selalu attend kenduri kahwin ada berzanji zanji, tapi semua golongan nenek nenek je. Generasi aku? Tiadaa weyy. Nanti anak cucu aku kahwin siapa nak berzanji?)
5. Saving ! (Untuk masa depan lebih cerah. Memanglah duit tak bawa ke mana. Tapi menabung itu amalan mulia. Kalau asyik dok melayan nafsu nak itu nak ini. Tak boleh jugak kan? Sampai bila nak keluar duit tanpa menabung? Haihh. Sekarang pun kos sara diri dah tinggi, apatah lagi 10 tahun lagi. So mari menabung)
6. Tabung untuk wishlist. Eheeee. I memang ada dua tabung, 1 tabung untuk penuhi wishlist. 1 tabung untuk masa depan. I divide it into 2. Because im a little bit boros. So disebabkan itu, aku buat dua jenis tabung. And tak kacau tabung masa depan tu. kalau nak berboros pun, guna duit wishlist. Haaa. 
7. And ofcourse I was thinking about taknak susahkan parents lagi. They had done a lot for me. Sedih rasa bila banyak benda they sacrificed, yet im still be a stubborn daughter. Haihh. But I never want to be stubborn or rude or what, it just I'm being emotional sometimes. Doing thing without thinking. Hm. 

Semoga mampu berubah wahai hajarshafinaz. 

Ohyaaa, im now in paeds posting. Hoyeahhh! But never meet patient yet. Tomorrow will be my first day. So good luck to me. Aherher. Berdebar debar pulak nak layan babies. Harapnya mereka tidak takut dengan gigi besi ni. Almaklum sebelum ni memang jumpa budak budak, mereka akan terkinjakinja dan memandang janggal pada pagar di gigi ini. Siap nak tarik lagi. Huaaaa. 



April 25, 2015

Currently unable to sign in. Anyone knows how to sign in back? I forgot my email, password all that :'( 


April 11, 2015

#1

Assalamualaikum. 
and haaaaii. fuh. alhamdulillah for his blessings. Syukur dapat habiskan 2 weeks practical. more weeks to go. HHA. Masha Allah. I salute kerja Doktor ni. bayangkan dari awal pagi sampai lewat malam, muka doktor ni je yang aku nampak. doktor, you are so strong. you are great doktor. 

I'M STILL IN THE PHASE OF ADAPTING

Adapt dengan suasana baru. dengan gerak baru. adapt dengan temperature baru. yea. Aku jenis yang tak berapa tahan panas. Tu lah kat Taylor's dah biasa ber-aircond. Rumah subang pun ber-aircond. hamek kauu, sampai sini baik rumah tak de aircond, hospital pun certain room je ber-aircond. itu pun bukan selalu duduk bilik aircond. nak tak nak kena adapt. second day in hospital, me with maira imran duduk tengok file. tiba tiba aku jadi breathless sebab rasa rimas. padahal duduk 3 orang je kot. tak dapat adapt lagi dengan panas. but second week, dah okay dah. boleh stand dalam tu 16 orang for 4 hours. tapi akhir akhir tu jadi tak keruan juga lah. takpe takpe, kau kena adapt hajar. jangan nak senang sangat. okayy? (:

Nak adapt dengan gerak baru. kelas bukan 1 tempat. u kena pergi sini pergi sana. bedside teaching, kena diri berjam-jam dalam langsir yang dipenuhi beberapa orang. masha allah, again. kena ADAPT. belum lagi kena marah dengan doktor. hehe. okay yang ni memang mama dari dulu lagi dah ingatkan, "biasa lah tu kena marah. doktor kena biasakan" and yess. kena biasakan. terima dengan senyuman (: ni hang mengeletaq nak present siap bergenang air mata pasaipaa? .-- 

1 MORE IMPORTANT THING IS, I need to adapt with suasana hospital. I don't know since when I develop this kind of rasa-nak-pengsan-bila-tengok-prosedur. haihh la. kalau gini sampai bila nak tengok prosedur separuh jalan je. aih. first is masa nurse nak suck plegm of the patient, suddenly aku rasa macam tak jejak lantai. terus keluar cepat cepat. second is masa observe HO masukkan IV branula kat patient. dalam hati excitednya nak tengok. orang kata susah nak cari. tak lama lepastu aku dah makin ke belakang ke belakang and, haihhh. tak boleh. rasa nak tumbang sangat dah. so I need to go. Jalan pun tak kenal dinding, melayang layang terus duduk. muka pucat, tangan sejuk. 

But, I'm willingly volunteer to be a patient. HHA. lepas tu terus dapat 3 pokes from my friends. they are all excited bila darah tu keluar. At least I contribute something (:

bila masuk clinical year, it's totally different dengan theory. you kena keluarkan balik segala benda yang dah belajar in a way of action. or quick idea. tap! keluar idea. kalau tidak memang seriously terkial kial. start lah phase mengada ngadaaaa. nak menangis. APA NIII OI

as for me, kena brush up lagi semua tu. kena tahu every reason why its happened. contoh macam patient comes to hospital due to let say bengkak kaki. haa. apa yang berkaitan? and from that idea, you ask your patient. kalau tak dapat idea tu, rasa macam... Alaaa tak tanya benda ni. ko ni kenapa jaa. nak brush up, kenalah selalu jumpa patient. that's why aku tak suka sangat balik rumah. stay kat hospital. balik rumah confirm penat dan zzzz. walaupun dalam kereta sebelum tutup enjin dah bersemangat waja nan membara untuk study tetapi akhirnya tewas di dalam bilik. ohmaiii. so better stay. takkan nak tidur kat kaunter hospital ye dak?

memang penat. penipu paling besar kalau aku kata tak penat. jalan sana jalan sini, setakat 2 minggu ni rasanya I only have twice proper lunch. proper lunch maksudnya ada nasi, ada lauk. the rest, roti lah. hehe. takpun air mineral. two of housemates are not in the same posting, bayangkan kami duduk satu rumah yg tidak berapa besar, tapi untuk berjumpa tu, masha allah. can only say haiiii je. HHA. keluar rumah before 8, balik rumah after 9. haaa. 

but sometimes rasa enjoy dengan busy ni. aku suka busy. Sebab you don't have to think about other problem. cuma bila excessive busy, mummyyyyyyy. I wanna go home now. 

So, i'm so sorry that I can't be there when you need me, I am not able to reply your text cepat cepat. hehe. chill lah. pukul 1 2 pagi pun boleh reply kann? ;p 

March 15, 2015

Dear N,

Assalamualaikum.

Dear you,
Teringat-ingat
Terkenang-kenang

Ahaihhhh. Hajar is getting jiwang again. 

I am really really sorry for what I've done.
For not being a good friend, for not being 'hajar ayu shafinaz solehah' *imissthatname
For ignoring you,
But emmm, 
Kalaulah aku ada sebuah pintu sukahati, dah terbang dah pergi ke kamu, cerita segalanya.

Ok dah. No words. Ada sesuatu yg ingin kusampaikan, tetapi aku takut ia menjadi 'debu'

Sumpah! I wanna meet you 'there', mesti lagi seronok kan? Tanpa jealous, tanpa iri hati, tanpa sendu. Tanpa segala bad feeling. 

I miss our old memory. 

Maafkan aku andai aku penyebab ribut melanda, 
Maafkan aku andai aku penyebab 'rumah' ini musnah.
Sungguh, 
Siapa sahaja mahu sengaja musnahkan rumah indah yg dibina?

TuneList - Make your site Live