April 4, 2016

Roadtrip to Pahang

Assalamualaikum ! nahhh. ini cerita short vacation ke Pahang haritu. Post exam treat katanya. haha. Plan asal punyalah jauh, ingat nak pergi Sabah or Bandung, tapi last last kaki terjejak ke Pahang pula. haha. okay lah, sebab tak pernah explore Pahang lagi, even dia sebelah Selangor je pun. 

so here we are.


Kami gerak seawal 8 pagi. semangat kau nak berjalan, haha. ni pun kira terlambat sebenarnya. almaklum packing barang pagi tu juga. haha. First, kitorang pergi Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. dalam 1 jam je dari Sg Buloh ni. Syok aaaaa tempat ni. and rezeki juga kot sebab kitorang pergi pagi. so tak panas sangat. nak balik tu je rasa matahari sikit. tu pun sebab pukul 12 tengahari. Nak masuk sini kena bayar RM13 for adult. not bad lah. parking kereta dekat dekat hotel tu, then jalan jalan kat bangunan bangunan ala ala France gitu. seriouslyyyy, I am here. finally !


Masa sekolah sekolah dulu selalu main lukis lukis building castle macam ni. bajet bajet princess tengah tunggu prince charming gituu. sampai masa SPM pun lukisan I ada gambar castle tau. HAHA. 



lepastu ambil Shuttle Train ke Japanese Village. free of charge je ni. Japanese Village ni kena mendaki sikit nak sampai atas tu. sikit je. tak banyak pun. HHA. then sampai atas ni, ada junction, either nak pergi Botanical garden or Japanese Village. haa ambil simpang kiri. okay lah. tenang mendamaikan. Korang boleh juga sewa kimono kalau nak fefeeling orang Jepun, RM20 per pair. Kitorang tak sewa pun. dengan alasan, next trip kita pergi Jepun betul betul, kan? aminn amiin. hihi. 

Kalau nak jalan lagi, otw balik nanti ada Animal Park. RM4 per person. tapi kitorang tak masuk pun. beli pop corn RM6 je. haha. ohyaaaa. Kalau nak pergi sini, either you makan siap siap, kenyangkann perut atau bawa bekal. sebab makanan kat atas ni mahal. takoyaki 3 ketul RM6. HHA. seketul RM2 T.T aiskrim Solero pun RM2. so better bawa bekal lah ye (:


then, kitorang terus ke Kuantan. weeehuuuu ! check in dekat Casa Pelindung Guesthouse. fuhhhh ! serious selesa.






Harga pun okay ! kira tak lari bajet kitorang. Jemput datang ye kawan kawan. Bilik selesa, *sebab ada aircond. HHA. kalau pergi ramai ramai seronok jugaa, sebab kat luar tu ada ruang santai santai. ada water cooler kalau kalau nak isi air. Guesthouse ni dekat je dengan Teluk Cempedak. and landmark nak sampai sini cari Sekolah Menengah Tuanku Afzan. Jalan sikit nampak MRSM Kuantan. haa. kira dia memang dekat dekat sekolah. ada Sekolah Vokasional, sekolah rendah. 

Petang tu ambil angin kat Teluk Cempedak. orang dok panggil TC TC. yang kitorang dok kata teluk cempedak. haha. panjang betul. meriah juga TC ni. dekat TC ni pun ada Starbucks, Mcd, Kfc, 7e. nak shopping shopping pun okay jee. ada kedai kedai jual baju, tudung. haaa. ore puan suko la ni. aku punyalah excited sebab rasa dah lama tak shopping. Tapi, pusing pusing 2 jam haa kat situ, sampai kena marah. lol. baliknya tangan kosong juga. HHA. hajar ni sejenis payah nak beli barang baru.


ahaaaa. datang Kuantan nak makan kat mana? Pergi Tj Lumpur. mak aihhh. memang situ tempat seafood. kitorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai. makan seafood dengan hajar memanglah rugi. awal awal masa tengah kebulur je laju, dah separuh, faham faham je lah. I can't ._. Ada orang tu sampai termuntah muntah eh haha

Day 2 
Ambil angin TC sekejap before gerak ke Sg Lembing.
Sebab before pergi dah baca siap siap yang kat Sg Lembing ni tak de petrol station. ada memang ada, cuma bukan macam petronas, petron or shell yang korang selalu jumpa lah gitu. so kitorang siap siap isi minyak kereta penuh before gerak ke Sg Lembing. Jalan nak masuk sini memang jauh. macam nak ke Bukit Tinggi. haha. but once you sampai, fuhhhh ! haha. dia ala ala pekan gitu. ramai chinese. sebab sini kan kawasan bijih timah dulu. haaaa. silap kitorang lah sebab gerak lambat. sebab kalau pergi Sg Lembing ni, actually banyak activity outdoor yang korang boleh buat. pagi pagi, boleh panjat Bukit Panorama. Boleh pergi jambatan gantung. Lepastu boleh sewa basikal and pusing pusing satu pekan tu. ada macam macam lagi. tapi sebab kitorang sampai tu tepat tepat pukul 12 plus tengah cuaca sekarang yang panas, so kitorang tak buat benda benda tu sangat. just jalan jalan and singgah TBox.



TBox ni kira macam chalet chalet tapi dari cabin. Cantik. serious cantik. nak datang saje saje and ambil gambar je pun boleh. plus, ada basikal sewa comel comel. yang kitorang naik ni RM20/hour. Tapi korang boleh pusing-pusing kat situ je. so 30 minit pun dah okay dah. Bayar RM10 je. boleh duduk berempat, kayuh sama sama. comel kannn? "." 


And harga harga tempat kat sini pun not bad lah. 

Gerak balik dalam pukul 2. otw balik tu kitorang singgah Temerloh a.k.a Bandar Ikan Patin. masuk masuk Temerloh je berderet kedai jual ikan patin and tilapia. fuhh. sedap ni kalau dapat Ikan Patin masak lemak tempoyak. Ikan Tilapia masak lemak cili api. kaww kaww. but again, sebab pergi dengan Hajar, haha. and makanan malam tadi pun tak habis turun lagi, so kitorang pusing pusing jaa. rugi juga lah rasa sebenarnya. haha. takpee. next time boleh pergi lagi. *sedapkan hati. hihi 

Balik tu singgah KLCC. HHA. and I just realised that, setahun aku duduk Sg Buloh, ni first time pergi KLCC -.- masa duduk subang dulu adalah juga pergi. sebab rajin lagi naik public transport. sekarang -.- zzzzzzzz 

Aku suka jalan malam malam. Sebab gelap, and lepastu ada lampu lampu warna warni depan mata, pandang atas, nampak langit gelap dihias bintang bintang. haaa lepastu boleh main teka teka buruj apaa tuuuuu ? :D 


sekian saja dari saya (: short vacation after exam is so nice ! walaupun sebenarnya rasa tak deserve langsung nak pergi berjalan sebab tak perform pun masa exam :( sedihhh wooo ! Masuk station emergency, blur habis. "sorry doctor. I don't know." nak menangis rasa T.T antara semua station tu, ENT paling aku enjoy. [sebab dulu pernah nangis depan examiner sampai tak nampak apa apa kat otosim T.T] haha. kali ni semangat sikit. hihi. need to brush up for 4th year nanti. fuhhh !

Ada orang tanya kenapa dah alang alang sampai sana tu tak singgah Cameron or Genting terus? ahahah. phobia kot. entah. banyak sangat dengar cerita cerita seram. So tak mahu. tunggu betul betul rasa okay, baru nak pergi. teringin juga sebenarnya nak pergi Cameron Highlands tu. serious teringin. tengok gambar gambar, bunga bunga fresh.. fuhh ! tapi takpe. tunggu dulu kan? (: 

February 18, 2016

dah nak habis year 3

Assalamualaikum dear blog. Imma so sorry for abandoning you for quite long time. hihi. I've been so busy these few months. (heh ! busy apa tu kak? mengada je) HAHA. 

Untuk yang merindui, 
saya juga merindui anda di sini.
Untuk yang menyayangi,
saya juga menyayangi anda di sini.
Untuk yang jauh di mata, tapi dekat di hati,
percayalah kau ada aku, walau hanya dalam doa kita (: 

So yeahhhh ! pejam celik pejam celik, it almost a year since I started my clinical  year. It was hectic life, I should say. because the beginning is always the hardest right? yelah, nak struggle sesuaikan diri dengan life kat sini, nak sesuaikan dengan berfikiran seperti ninja, zup zup zup dapat differential diagnosis, nak kena adjust mata supaya jadi observant and the list goes. haha. and along the way, dari satu posting ke satu posting, dapat rasa posting yang best, dapat rasa posting yang masha Allah what the h*** is going on, why-iam-so-blur-here, dapat rasa posting yang kau rasa kau nak buat segala benda lepastu terpitam dan jadi patient ._. , dapat posting yang you rasa memang I like this posting very much, because all of them are very cute -ofc paeds- , hikss and tak lupa posting yang mengerikan as I mentioned in previous post. haha.  

And along the way, I met variety of people. sebab kena clerk patient everyday kan. So bercakap dan terus bercakap. sampai kadang rasa nak tanya khabar je boleh tak? taknak clerk medical thing >.< huhu. Ada patient yang reject medical student, sebab "you student je, mana tahu apa-apa", ada patient yang sangat eager nak suruh orang clerk. I remember this one patient. I was in PSY clinic that time, lagi 30 minit ada kelas dengan DR N and what else can I do in that 15 minutes other than clerk and tidur. haha. tapi tak ngantuk, so I decided to go clerk. nak clerk sikit sikit jaaa, Chief complaint at least. lepastu pergilah clerk patient A dalam 20 minit gitu. so ada lagi baik 5 minit after cakap thank you apa semua, nak berlari pergi kelas kat tingkat 9, tiba tiba ada patient ni, "saya awak taknak interview ke? marilah saya pun nak cerita sakit saya kat awak". I was like, "maaf pakcik, saya kalau boleh pun nak berbual tapi ada kelas ni. sorry ye pakcik". and this pakcik keeps on asking whether this little student nak tahu tak the disease he had. huhu. bersungguh betul. serba salahnyaa time tu :( 

Ada juga patient yang nampak panas di awal perkenalan, tetapi menjadi mesra seperti family sendiri di penghujungnya :) and I still remember this one patient, a 57 year old gentleman comes with abdominal pain. masa nak datang clerk, dia buat buat tidur tak nak layan. huhu. lepastu always marah marah saya sepanjang clerking time. huhu. tabahkan hati, hajar. then after that, I visited him everyday. nak jadikan assigned patient lah gitu plus I can feel that this pakcik is very nice cuma haritu dia sakit, thats why jadi marah marah. hihi. and on second day, after third visit, he suddenly asked my name. and dia puji, sedap nama awak, semanis orangnya. hihi. lepastu kitorang selalu berbual. sampailah masa dia nak discharge, dia ada bagi nasihat sikit sikit, pasal parents, pasal doktor (:  thank you, pakcik ! 

Ada juga patient yang memberi banyak pengajaran. yaa, a lot. 

and tidak dilupakan, aku juga kadang goyah. goyah dengan keputusan yang aku buat few years back. betul ke ni nak jadi doktor? sebab lepas present case dengan DR - aku jadi macam ohmaigdd what am I doing for this almost one year? kenapa aku rasa b**** nak m*&/$3 ni. rasa macam tak belajar apa. sedih wey when it comes. depressed pun ada. haha. yeaa. terpaksa admit that. I am not a genius student. so memang no any other ways except of being a hardworking student. tak boleh malas belajar. tapi hajar ni mengada sikit. tak sedar diri. sobs :( 

tapi, lepas masuk posting ENT kali ni, aku rasa seronok ! because everyone is very nice. the doctors, specialist, classmates. semua baik. and ada terlintas untuk specialist in ENT, insha allah (: 

TODAY WAS A GREAT DAY (:
I managed to examined patient with tympanic membrane perforation due to OM, 
I managed to examined patient with quinsy, eventho it just the scar from I&D procedure,
I managed to present my case em better than before, sebab kurang nervous. hihi. kena tegur, tapi its okay. sebab betul lah, memang aku yang salah (: 

everyday will be a great day if you really appreciate the day ! (: 

love,
shafinaz (: 

TuneList - Make your site Live