March 12, 2015

Ke SABAH kita baaa (:

Assalamualaikum. So here it is. Our story about.. trip to Sabah. Hoyeahhhh. Plan awal tak termasuk langsung pasal nak pergi Sabah ni. Seriously. Ingat nak berjalan area johor or kawasan yang sewaktu dengannya je. Entah macam mana, its all out of sudden weyyy. Harini plan, harini juga beli tiket, esok dah sampai sana. Haha. Dushhh ! Alhamdulillah tiket flight tak berapa mahal. And everything went well. Huuu.

DAY 1

Me, Syaira and Fathin were in 1 flight. Naik air asia from KLIA 2 to KKIA. It took about 2 hrs 30 minutes. Sampai sana jumpa Nadia. Ohh she was in different flight. Nadia dari Senai. Tapi Alhamdulillah sampai pun lebih kurang je. So sampai sampai KK tu Imran, Syed and Irfan ambil kitorang naik avanza yang telah disewa. RM400 untuk 2 hari. Teruskan perjalanan ke Kundasang. Otw to kundasang nampaklah Rumah terbalik. Kami tak masuk pun since from the reviews I’ve read, tak worth it pun dengan RM10 (the entrance fee).


Perjalanan ke Kundasang dalam 2 jam macam tu. Since masing masing lapaaarr, kami singgah makan kat sebuah warung around Nabalu. Why im being so skemaa niiiiii. HHA. Nak naik ke kundasang tu walaupun jalan dia ok, I meant tar dia ok, tak banyak lubang and so on, tapiii  jalan dia agak berliku, dengan bukit bukaunyaa, so you need an expert driver to reach there. Seriously. Alhamdulillah that our driver is okay. Even agak dedor aihhh nak sampai atas tu :p


Kundasang is sooooo beautiful ! can’t stop saying SUBHANALLAH masa nak sampai atas tu. Cantik sangat ! dengan bunga bunga subur, kabusnya lagi. sejuk, cantik. Cantik ! bayangkan kami naik atas tu sambil buka tingkap dan keluarkan tangan. fuhhhh. nikmat ! 

Our first destination is Desa Cattle Farm.


Ladang lembu lah senang cerita. But, jalan nak ke arah tempat ni agak tidak berapa memuaskan, dengan ‘ulcer’ yg terlalu banyak, mak aihh mantul mantul jugalah kitorang ni. We are really fortunate as kami sampai waktu mereka nak perah susu lembu. around 3 pm. So Nampaklah diorang buat tu. Lepastu sempat beli Fresh Milk, RM5.30 untuk 500ml. Susu ni tak boleh simpan lama kalau takde fridge. Even belum buka kotak dia pun, jangan simpan. Sebab nanti rosak. Kalau boleh, beli terus minum. Jangan membazir okayyy. 


Then, kami turun bawah, boleh bagi susu dekat anak lembu and anak kambing kt situ. RM 1.50 untuk setiap botol.

Fathin with her sons :p 
Next, kami pergi strawberry farm sebelum check in homestay. RM2 per person. But actually tak banyak pun strawberry kat sini. Banyak bunga je. Cantik sangat bunga bunga kat sini. If only I can grab one,,,, and strawberry dia tak boleh petik punn. sobs


Check in homestay. Actually I really want to stay in Kiram’s village. Seriously cantik! *boleh baca review others about Kiram's Village ni. Sebenarnya agak sedih waktu diorang tak terus ke Kiram’s Village tu sebab dah nampak signboard dah T.T But, actually our homestay pun best. Kami stay dekat BENSIN HOMESTAY. Homestay ni dekat peak dia and betul betul kat curam. So Nampaklah scenery kat situ. 

BENSIN HOMESTAY (:


Cantik. Ya Allah, I really miss kundasang so much! From there, boleh Nampak gunung kinabalu. Aaaa. Dekat cliff weyhh, bayangkanlah scenery kat situ. Dengan kabusnya, bunganya lagi. Cantik! Harga pun okay. Bilik kami ada katil queen+single with toilet RM70. Kalau bilik yang ada katil queen and toilet RM60. Okay whattt. Tak perlu risau pasal aircond sebab kau akan disejukkan secara semulajadi. huhu. atas bukit kot weyyy. Kat atas tu ada stove kalau nak masak masak. Ada tempat barbeque juga. Tapi kami tak berbabeque pun. Malam tu sempat duduk duduk kat beranda tu sambil mengunyah keropok ubi dan madu dan  menikmati keindahan malam (: Tenang. Indah. 

1 word to descirbe that night is, ROMANTIC. *sila muntah.
sebab gua malas nak layan sangat dengan jiwa romantik yg gua ada ni, gua cepat cepat masuk bilik, selubung selimut dannn zzzzz. 

one of petrol station in Kundasang. kitorang pun ternganga masa sampai sini.huhu

DAY 2

Woke up in the morning and sejuk gilaaaaa. Haha. Bangun dan berguling guling atas katil sambil memeluk sesiapa sahaja yang terdekat keranaaa aaaa sejukkkk gilaaaa. Air dia pun macam ais dah. Brrrrrrr. 


Pukul 7 kami bertolak ke Hot Spring, Poring. Around 1 hour juga nak sampai sana. Otw tu sempat singgah kedai beli pisang goreng rangup dan sedap menjilat jari. Entrance fee untuk Hot Spring ni RM3 per person. Dalam tu ada banyak bath tub. So kalau pergi sini bawa family okay lah. Sebab boleh conquer 1 bath tub untuk 1 family. Ohhyeee, ada juga tempat mandi tertutup. RM15 per hour (harga lain dari entrance fee. Kira kalau nak guna tempat tertutup ni, kena bayar RM3 + RM15 lah).

sebenarnya dah penat tunggu diorang -.- 
Dalam tempat ni juga ada Canopy walk. RM3 per person. Semput juga lah kan sebab kena daki a few metres untuk sampai ke canopy walk ni. Ada 4 platform. Agak gayat untuk orang yang takut tinggi macam saya. Huuu. Tapi nak tak nak kena naik juga, kalau tak, acane nak turun ye dakk. Sampai atas tu, cantik sangat. Ada pokok pokok cantik. bak kata Fathin, macam Twilight. Wohaaaa!

takut takut gua pun, gua pandai control macho. HHA
Otw balik homestay singgah sat makan durian dan manggis dekat Ranau. Murah and sedapp! Fuhhh! Lama kot tak makan duriaann. So, untuk hantu derian macam I ni, sangat sesuai singgah sini oky. Tiada gambar kerana masing masing khusyuk menanti durian masuk ke oral cavity dan seterusnya ke digestive system :D 

Check out homestay and turun ke KK. 

Last moment di Kundasang. haha. Fathin and Nadia masakkan maggi sosej (: 
Otw balik tu hujan. So kabus memang tebal yg amat, TAK Nampak jalan. Agak cuak, tetapi hati reda kerana mata terlalu meronta minta dikatupkan. Huhu. Separuh jalan juga terlelap :F ALHAMDULILLAH that we have a good driver and co-driver. wuuu

Sampai KK pulang kereta sewa and check in hotel kat situ. Switz Paradise Hotel. RM79 per night. With aircond, tv, tip-top toilet, 2 super single bed and most importantly, with free wifi. Haha. Hoii ! kata on vacation! Haha. After check in kemas kemas barang kejap, solat and keluar untuk makan. Seafood. Hoyeahhh. RM163 untuk 7 orang makan. Not bad. Plus ikan dia fresh and sedap! (: ada macam macam. Lobster. Ketam. Udang. Ikan. semua ada. freshh and white haaaaa.

Oh hotel kami ni tengah tengah antara jeti and airport. So easy access. Jalan kaki je boleh sampai Pasar Filipino. Jalan kaki juga boleh sampai Centre Point (mall yang ada banyak baju murah ala ala KWC). RM15 kalau naik teksi ke JETI. RM25-30 kalau naik teksi ke Airport. 

DAY 3

Keluar pergi jeti. Naik teksi. Breakfast kat situ, murah. Then terus naik bot pergi pulau. Kami pergi 2 pulau (Manukan and Pulau Sapi). RM25 per person. Actually 2 pulau RM33, tapi kami ramai, so dapat diskaun (: RM3 untuk masuk ke pulau. Kalau nak pergi pulau ni, siap siap lah bawa bekal makanan yang banyak eh. Kitorang haritu tak sangka pula tersadai lama di pulau, lapaaa wey. Wuuu.



Aku tak enjoy sangat pergi pulau ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dah puas dekat kundasang kot. But pulau dia cantik. Seriously. Air jernih. Dari jeti tu pun boleh Nampak ikan berenang renang. Main main air kat pesisir pantai tu pun ada ikan kecil kecil berenang. aku dengan Nadia bajet nak tangkap guna botol, tapi ikan ikan ni lebih bijak dari medical student. Huwaaa. Dia tak masuk pun dalam botol kamiii T.T  ohyeaa, sampai kat Pulau Sapi, ramai mat dan minah saleh. Sila jaga mata. Haha. Makanan serious mahal. Pulau kann. Nasi goreng ikan sweet sour sepinggan RM11. Haha. So sediakanlah bekal awal awal eh.

Balik dari pulau, masing masing kepenatan. Balik bilik siap siap semua. Lepastu keluar ke Pasar Filipino. Oh ye, kalau pergi Sabah ni benda best untuk mak ialah ikan bilis. Aku pun tak tahu sampailah diberitahu oleh mak Alan. Huhu. Tapi tuu pun tersalah beli T.T she asked for ikan bilis hitam, but I bought the white one. Maaff makcik T.T Kami beli kat kedai hujung hujung, dapat murah. Kalau kedai awal awal tu ½ kilo kena RM20. Kedai hujung ½ kilo RM10. Haaaa.

Beli amplang, kuih cincin. Fuhh. And kat dalam kedai tu banyak gilaa gelanggg. Rambang mata ceqq ha. And peristiwa sedih kat sini is, I berkenan kat 1 gelang ni, cantik sebab manik dia halus kecil je. I asked that kakak to tunggu sekejap, but bila patah balik, that kakak tak tunggu pun, dia dah tutup kedaii T.T huwaaaaaa. Hancur hatiku. Sobs

Malam tu kami singgah kedai mamak kejap, summarized our trip. So everybody needs to speak out anything they want to. Most of us rinduu kundasang (:

DAY 4

Time to say goodbye Sabah (: dek kerana flight kami tak sama, so balik pun asing asing. Sedih sikit lah sebab macam 3 hari sama sama then the fourth day sorang sorang balik. And unfortunately we’re the last one. huahaha.


So yeahhh. Basically trip kali ni sumpah dari sudut hati kecil nurani ini, memang antara kami dengan nature. Bajet kat sana tak banyak pun since kami keluar duit untuk makan and penginapan je. Tu pun 3 malam less than RM60 per person. Makan pun share share. So jimat kat situ. Nak jalan pulau pun dari RM33 dapat less RM25. Jimat lagi. Banyak lah. Shopping pun tak sangat. Seriously, memang antara kami dengan nature.

How I describe Kundasang? Em I N D A H. Indah. If let say I kena campak kat kundasang seminggu, I would survive insha Allah. Dengan sejuknya, dengan bunga bunganya, nothing much I would ask. Masa sampai sana, rasa nak tangkap je segala bunga bungaan kat situ masuk beg. Wuuu. Best ! sesuai untuk jadi tempat animuuunn! :p KUNDASANG, moga kita bertemu lagi.Moga ada cinta bersemi lagi. huahaha ! 

and how I describe sabahan? Friendly. Diorang suka berbual. But some of them ada juga menakutkan. Huahaha. Nasiblah dapat jumpa orang mana ye dok.

but the food is really pelik. haha. we asked for nasi goreng ayam, and yang sampai kat kami is nasi goreng bersama ayam yg dicarik carikkan. macam nasi goreng biasa pun ada. huhu. banyak lagi lh peristiwa makanan pelik. hanya bisa gelak dan aaaaaaaa bila dapat makanan tu. huhu. 

so yeah,, alhamdulillah untuk trip kali ini walau last minute plan and so on. HHA. but yeahhh. kata orang, tak salah kalau mengembara sambil berkenalan dengan alam semulajadi. and as for me, sejujur jujurnya cakap, ciptaan Allah sungguh indah. indah. kadang kadang kau sibuk menelaah tentang bagaimana simptom simptom bronchitis, atau bagaimana structure liver kita, and once when u get it, u rasa puas. tapi, sebenarnya banyak lagi benda diluar yg kau tak explore lagi. pokok pokok, udara segar, yang akan menambahkan lagi kepuasan korang tu. and akan bertambahlah rasa 'kerdilnya aku'. sungguh ! from the peak of kundasang, kalau tengok bawah, manusia tu boleh nampak umpama titik je. it is just from the peak of kundasang. tak kira lagi kalau dari pandangan cakerawala. Allahu. siapa kita untuk terus angkuh? siapa kita untuk berbangga bangga dengan rumah besar, kereta besar yang kita ada? siapa kita weyyyy? (: 

3 comments:

COMMENT

TuneList - Make your site Live