November 23, 2014

Rindu

"Teguh kau pegang janjimu dulu
Di tanah orang tunduk selalu
Jangan dibuang budi ajarmu


Bila kau rindu hangat kasihku
Pejamkan saja harap bertemu
Jauh pun mana aku di situ

-fynn jamal & tri”


Dah terlayan lagu Situ by fynn jamal and abg tri. Mak aihhh awal awal dengan buat dunno je. Lama lama dengan air mata tak segan silu mengalir. Aihhh. Baru berapa puluh kilometer jauh je ni pun dah macam ni. HHA. 


Aku tak kaya dengan kasih sayang.
Aku tak pandai menunjuk aku kasih.
Aku paling tak reti berjiwang lagi lagi dengan mereka.
Tapi setiap kali itu aku ‘teringin’ mencurah segala kasih yang tak seberapa yang aku ada. 


Boo. Jiwang mu. 


Sungguh. Mana ada tak sayang family woi.
Seburuk mana pun mereka,
Tetap family yang pertama mereka jumpa.
Family yang pertama buat mereka tergelak.
Family yang pertama.


Apakah engkau masih mahu mendabik dada berpaling muka dari family sendiri?
Tegar sangat kah?

Haha. Hati lelaki pun cair wey. Tak kira kau lelaki ke kau perempuan, mesti letak FAMILY yang pertama,

selepas Yang mengurniakan kau family itu dan pesuruhNya (:


***to mama, papa, tokwan you guys are the best gift ever from Him

November 16, 2014

Tinta untuk sahabat yang jauh

Assalamualaikum, 

Aku harap engkau baik baik sahaja.
Moga sentiasa di bawah lindunganNya. 

Aku tahu engkau bersedih,
Aku tahu engkau sedang berduka

Menangislah wahai jiwa
Cerita padaNya apa yang engkau rasa
Moga moga itu membuatmu tenang.

Sungguh,
susah itu datang untuk mengajar engkau bagaimana rasanya dipermudahkan urusan.
Engkau tak dapat merasa bahagianya sihat andai engkau tidak pernah melalui kesakitan.
Engkau tak akan dapat rasa puasnya belajar andai engkau tidak pernah melalui payahnya memahami.
Engkau juga tak akan dapat merasa senang andai engkau tidak pernah melalui payah derita.

Moga moga engkau tabah
Moga moga engkau terus kuat.
Seperti tabahnya Siti Hajar tatkala ditinggalkan bersendirian bersama anak kecilnya di tengah padang pasir yang tandus, terik !
She did it ! 
She'd gone through it with patience and Sabr.

moga moga engkau tenang wahai sahabat.

To: the one who texted me saying 'Saya rindu awak' 

TuneList - Make your site Live