August 29, 2014

Trip to Port Dickson & Melaka

Assalamualaikum w.b.t
so yeahhhhh. Dah janji dah kan haritu nak update entry about our trip to Port Dickson dan Melaka? Baca SINI. SO, here we go ! Actually lama dah plan nak buat trip ni, cuma tak berkesempatan untuk menjadikan ia satu realiti je. Alhamdulillah, berkat ketabahan dan kekuatan yang buatkan si pihak penganjur bertahan, trip ini menjadi juga. *HHA. ayat poyo.

Last week, hmmhmm on my birthday 22 Ogos *lalala kami bergerak ke Port Dickson, Bandar Tentera Darat. Dalam 2 jam dari Subang campur tolak jammed lagi. Pukul 8.30 malam macam tu kami check in di Cocobay Resort. Cocobay ni serius dekat betul dengan rumah sewa papa. Dulu-dulu boleh kata every week turun PD sampai dah malas nak ikut dah kadang kadang. Naik sekolah menengah pergi setahun sekali je, itupun sebab nak datang beraya. And raya tahun ni tak berjalan, so total up dalam setahun lebih juga tak turun sini. So imbau kembali zassssss. 


Masa check in, bas tak dapat masuk, makanya tenaga tenaga perwira kamilah diperlukan untuk angkut all the stuff. like seriouslyyy dah lah jauhhhhh. angkat angkat. dengan salah naik tingkat lah bla bla bla. haha. lepas tu masa nak solat, ambil air sembahyang, like seriously I can't lift my hands up kot. Cuak dah time tu. HAAAAAAA tu lah lama sangat tak work out ! pfffttttt nampak sangat tangan dah lembik ! dok ghapo eh, balik dari PD ni katang lah nanti. kakaka. Then, dalam pukul 9.30 malam pergi cari dinner. so, jalan kaki. yang ni seronok ! sebab.. sebab jalan kaki ramai ramai ni macam seronok sangattttt ! isn't it so ? Dia macam, kalau jalan kaki, kita akan sama sama, without any barrier kot. kalau naik bas, dengan tempat duduknya lagi, lepastu macam kena pilih pilih nak duduk sebelah siapa semua kann. kalau jalan kaki, kita jalan sama sama, kan sweet and sour gituu^^ 


There is something happened at that time. Next post okay ! 

23 Ogos 
Bangun and siap siap apa semua. Then pergi pantai. oh. pantai dia belakang tempat penginapan kami je. dalam 10 minutes walking. pantai dia pun puas hati lah because bersih and tak ramai orang sangat. cuma bila tak ramai orang pergi situ, means tak banyak fasiliti. but overall is GOOD ! (:



First, game Running Man. hmm macam mana ek, dia macam bola beracun gitu lah. tapi each group ada 1 Queen and kita kena protect that queen. kalau queen tu mati, satu group tu mati. haha. guess whatttt, our group is the champion kot ! haha. 




Then, the next game is masukkan air dalam botol guna span. game biasa. tapi kami buat luar biasa. sebab guna air laut ! and actually this is 2 in 1 game. sebab nak masukkan air tu, kena ada partner and ikat kaki. HHA. so challenging right? among all 4 group, only 1 group yang hantar wakil perempuan, and perempuan juara ! HHA. nampak tak perempuan ni sifat dia macam mana? teliti kot sampai penuh 1 botol ! congrats Nik & Fathin ! but, my group still okay. tempat kedua. HHA. 


Lepas tu, dalam pukul 11.30 macam ada orang offer naik banana boat. likeee 11.30 matahari dah naiiiikkk kottt ! Tapi time tu tak terfikir langsung pun semua tu. HHA. nak naikkk jugaa. sebab aku tak pernah naik walaupun dah berulang kali pergi PD tu. pffftttt. at first macam takut juga lah. sebab ceq tak pandai berenang -.- tapi okay je alhamdulillah. HHA. ada life jacket and Allah jaga (: tengah laut tu sempat juga aku apply balik water confident yang aku belajar masa pergi camping dulu. sampai tak nak naik balik haaa. Disebabkan kitorang ni terover excited minta 5 kali jatuh, like seriouslyyyy sakit kot air masin masuk hidung. lepas tu last jatuh tu kena berenang sendiri. berakit rakit ke hulu, berenang renang ketepian, bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian. tapi masa berenang tu I was likeeee aaaaa jauhnyaa. boleh tak nak stay je kat sini? mengada-.-


naik naik je semua sunburn ! Masing masing macam udang kena bakar. Pergi, elok elok je putih bersinar, balik semua macam udang. aaaaaa this is sooo. Lama kot tak sunburn. tiba tiba kena balik. haha.balik balik semua dok melepek. penat kottt. then comes the power nap ! Rasanya aku sempat lelap sekejap je kot tapi puas ! 

petang tu prepare untuk aktiviti malam: Barbeque !
First time kot aku membakar. haha. before this, kalau ada barbeque je mesti yang lelaki bakar. hek eleh. perempuann pun nak. kali ni aku bakar. haha. dapatlah juga belajar sikit sikit. kalau boleh aku nak tahu sebanyak mungkin benda waktu kat universiti ni. nanti dah tua tua boleh survive sendiri ye dok? 


Saje nak share from what I've learnt that night,
kalau masak ayam, kena betul betul pastikan darah dia kering. sebab darah ayam banyak bakteria. 
tapi kalau daging lembu, takpe. so, kalau keluarkan ayam dari freezer, wajib defroze and basuh dulu before masak ! WAJIB ! tapi kalau daging, takperlu. keluarkan terus masak. okay? 

girls, you should avoid choosing kepak as your favorite part kt ayam tu. bahaya okayy ! 

24 Ogos
bangun pagi. siap siap untuk check out and heading to Klebang, Melaka. Kami ke PUSAT KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHAGIA, KLEBANG. diasaskan oleh Encik Ibrahim Roy. He's a muslim btw. impressed ! at age of 47 he already contribute something to society. Beliau yang buka pusat ni. usaha beliau. sejujurnya, aku rasa kagum dengan orang macam Encik Roy ni. hello, tak semua orang sanggup sacrifice duit and even his own life untuk masyarakat kan. Semangat Encik Roy ni kuat sungguh. Banyak kali proposal untuk beliau tubuhkan pusat ni ditolak. but still, beliau berusaha kot !"BUAT BAIK ! tu je kunci hidup dunia akhirat." "saya, anak anak semua dah besar, so saya buka pusat ni. bukan apa, siapa nak bela nasib anak anak syurga ni?" impressed ! seriously ! Encik Roy, seriously kami kagum dengan semangat Encik Roy. Moga semua urusan dipermudahkan! and moga moga kami bakal-bakal doktor ni pun akan kuat semangat untuk bantu orang like what you did ! amiin. 



Most of them memang totally atas katil. tak dapat bergerak. and most of them suffer from cerebral palsy (damage to the brain). so bila brain affected, banyak fungsi badan terganggu. one of them is, mereka tak membesar. ada seorang anak syurga ni, he is 14 years old, but the body size looks like 5 years old. most of the cases are due to infection during pregnancy or having complication during delivery like lambat deliver so oxygen kurang. refleks balik, syukur kan kita ni sempurna. Allah. 






next or last check point is rumah shukri. lunch there ! merasa asam oedas melaka. blurppp kenyang ! Family shukri baik sungguh. May Allah bless you and your family shuk !


ALHAMDULILLAH. maka dengan ini berakhirlah trip ini. setelah berminggu minggu pulun to give the best. maaf untuk cacat cela trip ini. banyak yang dipelajari dari trip ni. and lagi kenal batch sendiri kot. like, tengah tengah trip ni, "baiknyaaaa diaa niii" "eh aku boleh bercakap dengan dia ni?" "ehh boleh je aku masuk dengan diorang ni" "bagusnyaaa diaa niii" and so on. nampak tak? kalau duk bertapa denpan buku je, apa pun tak boleh. haha. GOOD LUCK semua ! 

next post nantikann. zasss 



Assalamualaikum ! (:

No comments:

Post a Comment

COMMENT

TuneList - Make your site Live