August 13, 2012

KIDAL :))


Assalamualaikum. entri kali ini saya ingin menulis tentang KIDAL. okay, siapa kidal ? angkat tangan ! ;D well, hari ni hari special untuk orang kidal. 13 OGOS ialah HARI KIDAL SEDUNIA . saya kidal :) I just noticed about this special day last year. sepanjang 18 tahun melalui kehidupan sebagai kidal ni, macam macam ragam yang kelihatan pelik kalau nak dibandingkan dengan orang yang normal. normal di sini ialah orang tangan kanan. saya tak maksudkan tangan kiri ni tak normal, cuma special sikit :) 

orang kata, kidal ni sebab masa baby, dia suka hisap jari tangan kiri. ada jugak orang kata kidal sebab masa kecil dia suka capai barang guna tangan kiri. yang mana kesahihannya, entahlah. tapi ada juga orang yang bukan kidal sejak lahir. macam adik saya. dia kidal sebab masa kecil, tangan kanan dia patah. jadi terpaksalah belajar tulis guna tangan kiri.
orang kidal ni special !
antaranya, si kidal kalau menulis, dia akan sengetkan buku dia. itu lebih selesa. kalau saya, saya sebolehnya menyengetkan buku tu 90 darjah :D 


kedua, si kidal kalau makan guna sudu, dia akan pegang sudu menggunakan tangan kanan. dan sangat kekok untuk menyuap makanan menggunakan tangan kanan. setuju sangat. masa kecil dulu, mama dengan tok wan selalu tegur. HAJAR, makan tangan mana ? bila dah besar, admit masih terbawa-bawa lagi pegang sudu dengan tangan kiri. segan-.- tapi dah boleh dah sikit sikit guna tangan kanan :) sebab segan dengan orang kidal sebaya saya yang boleh pegang sudu dengan tangan kanan. 

ketiga, si kidal sangat susah nak pilih gunting. untuk pengetahuan, tak semua jenis gunting sesuai untuk si kidal. sebab kadang kadang, gunting yang tajam pada orang tangan kanan, bila si kidal yang guna, jadi tumpul. 

keempat, si kidal ni boleh buat multi-task . contohnya, sambil menulis, sambil makan ;) seronok kan? hihihi. sebab tu kalau tengah buat kerja rumah, jangan letak makanan depat si kidal. memang laju je lah 

Everyone is born right handed. Only the greatest overcome it 

ada orang kata, usia si kidal pendek 9 tahun daripada orang normal. sebab mereka terpaksa menyesuaikan diri menggunakan barang yang dicipta untuk orang normal. mungkin benar. tapi, ajal maut kan di tangan tuhan. 

sekali lagi, HAPPY LEFT HANDERS DAY :)) untuk abang HAFIZ (satu-satunya geng dalam keluarga) dan kawan kawan Safirah, Syafirul, Asyikin dan Fazeera . setakat ni, ni jelah yang saya tahu. 

kalau ada yang nak buat ujian tentang HOW LEFT ARE YOU. bolehlah cuba :)


TuneList - Make your site Live